Monday, March 30, 2009

Menyahut Panggilan Tuhan


Firman Tuhan berbunyi, "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit"(Mat 9:37). Ini adalah hakikat dan kenyataan yang benar! Kerana memang umat Katolik banyak sekali tetapi para pekerjanya terutama sekali para paderi adalah sedikit sahaja. Misalnya di Negeri Sabah umat Katolik adalah lebih daripada 300 ribu orang tetapi jumlah paderi yang melayani mereka adalah kecil sekali iaitu hanya hanya 47 orang sahaja! Ini adalah mengikut statistik Gereja Katolik pada tahun 2007. Ini bererti para paderi di Sabah memang "penat teruk dan "beban" mereka memang berat sekali."

Mereka harus berkerja keras dan bertungkus-lumus untuk melayani umat yang memerlukan pelayanan. Yang pasti hidup seorang paderi memang "teruk dan penat sekali kerana melayani begitu banyak umat yang mempunyai berbagai-bagai permintaan, keperluan, sifat dan tabiat. Ini bererti kit perlukan lebih banyak paderi. Sebab itu, sahutlah panggilan Tuhan menjadi paderi!
Kepada kaum belia terutama sekali para lelaki, sahutlah Panggilan Tuhan menjadi paderi. Kerana Gereja kita sangat-sangat memerlukan lebih banyak paderi. Fikir-fikirlah perkara ini iaitu itu menjadi seorang paderi. Janganlah hanya terarah untuk menjadi seorang guru/ doktor/ peguam atau penyanyi dan lain-lain.

Kalau anda berminat untuk menyahut Panggilan Tuhan untuk menjadi paderi, hubungilah paderi yang terdekat dimana anda tinggal. Misalnya paderi di paroki anda sendiri atau paderi di Gereja tempat anda selalu pergi sembayang pada hari Minggu. Sahutlah panggilan Tuhan, kerana mungkin anda dipanggil-Nya untuk melayani ladang-Nya yang luas ini. Amin

Friday, March 27, 2009

Bimbang? Risau?

Saya percaya banyak diantara kita yang bimbang atau risau dan susah hati dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita. Bimbang tidak cukup makan, risau tentang anak-anak, susah hati kerana kekurangan wang, risau dengan keselamatan suami/isteri yang bekerja, risau dengan anak-anak di sekolah, risau dengan perbagai kekurangan, bimbang kerana bisnes tak begitu baik, bimbang pasal loan atau wang pinjaman yang perlu dibayar, bimbang pasal kereta rosak, susah hati pasal handphone habis kredit, risau pasal komputer kena virus, risau tak cukup duit beli kasut dan pakaian baru dan sebagainya. Inilah liku-liku kehidupan!
Kita risau dan bimbang perbagai hal sehingga kita merasa tertekan dan "stress" betul. Jiwa dan fikiran kita tidak tenang dan aman. Hidup kita seolah-olah penuh dengan masalah yang mengakibatkan kita bimbing dan susah hati sehingga kita rasakan tidak ada kebahagian didalam hidup kita. Jadi, tak hairanlah jika kadang-kadang kita teranjur berkata, "Hidup umpamakan didalam neraka! "
Sesungguhnya, kalau kita terlalu memikirkan apa yang kurang didalam hidup, ini boleh membuat kita bimbang dan risau. Ini terjadi terutama sekali jika kita asyik melihat keberadaan dan kejayaan orang lain. Sebab itu elakkanlah membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita janganlah terlalu melihat apa yang kurang didalam hiudp kita tetapi, lihat dan hargailah apa yang kita ada pada kita dan bersyukurlah dengan apa yang seadanya pada diri kita. Sebenarnya, Tidak ada gunanya kita membandingkan diri dengan orang lain. Kerana ini hanya membuat kita iri hati dan risau.
Cukupkanlah diri kita dengan apa yang kita ada dan dapat sesuai dengan kemampuan dan usaha kita. Yang penting kita ada keperluan asas yang diperlukan didalam hidup iaitu makanan, maka kita tidak kelaparan; pakaian maka kita tidak bogel; dan rumah maka, ada tempat berteduh diwaktu hujan dan tidak perlu berbumbungkan langit diwaktu malam. Kerana kita ada tempat tinggal.
Masih lagi bimbang dan risau? Cuba buka Alkitab dan bacalah Injil Matius bab 6, ayat 25. Firman Tuhan berbunyi: "Janganlah kuatir akan hidupmu, akan apa yang hendak kamu makan atau minum, dan janganlah kuatir pula akan tubuhmu, akan apa yang hendak kamu pakai. penting dari pada makanan dan tubuh itu lebih penting dari pada pakaian?"(Mat.6:25). Semoga Firman Tuhan ini mententeramkan hati yang berdebar-debar dan menenangkan fikiran yang runsing dan risau. Amin.

Wednesday, March 25, 2009

Jangan takut!

Apabila berada ditengah-tengah dengan orang-orang yang tak seiman, kita biasanya "merasa takut dan merasa malu" menjadi orang Krisitan. Kenapa yaa? Dan biasanya didalam keadaan berkenaan kita tidak juga diugut atau diancam supaya jangan menunjukkan iman kita kepada mereka. Malah mereka yang tak seiman dengan kita tidak pun menyatakan apa-apa atau melakukan apa untuk menakut-nakut kita. Tetapi kita sendiri yang merasa terpaksa "menyembunyikan" identiti kita sebagai orang Kristan. Macam kita "main tapuk" pula!
Kita pula cuba membenarkan tindakan kita itu dengan berbagai alasan yang kurang logik dan kurang manasabah seperti takut mereka tersinggung, takut mereka marah, ini perkara sensitif, takut kena diskriminasi, takut mereka tidak mau kawan dan sebagainya.
Sebenarnya dimana saja kita berada sebagai orang Krisitan, kita tidak perlu takut untuk mempraktis iman kita selaku orang Kristian. Kerana tujuan kita untuk melakukan demikian bukanlah untuk membangkit kemarahan mereka. Kita juga bukan mahu menghina atau memandang hina agama mereka. Kita juga bukan mahu menunjukkan bahawa kita lebih baik atau kudus daripada mereka. Tidak! Tetapi sebenarnya, apa yang kita lakukan adalah sekadar untuk mempraktis iman kita sebagai orang yang beriman kepada Tuhan. Hanya itu dan sekadar itu. Kenapa pula mereka merasa terancam? Mereka itu lemah sangatkah?
Kalau mereka mempunyi berbagai andaian atau tafsiran yang negatif dan jahat disebalik perbuatan kita maka, itu adalah masalah mereka. Ini bukan masalah kita. Kadang-kadang tuu, saya harian juga, kenapa mereka tidak belajar membuat andaian secara baik dan positif? Ini asyik prasangka saja dengan orang lain!
Biarlah mereka membuat perbagai-bagai andaian mengikut kesukaan mereka. Kerana kita tidak dapat melarang atau menghalang orang lain membuat andaian yang bermacam-macam kepada kita. Yang penting, kita jujur dan iklas didalam hal mempraktis iman kita kepada Tuhan. Kalau ada pihak-pihak yang tertentu merasa sangsi dan berfikiran jahat disebalik perbuatan kita yang murni dan sejati, itu terserahlah kepada mereka.
Kalau mereka marah kerana kita mempraktis iman kita maka, ajukanlah beberapa soalan kepada mereka seperti:"Salahkah saya mempraktis agama saya sendiri?, Kenapa kamu tidak gembira melihat orang percaya kepada Tuhan? Adakah agama kamu mengajar kamu membenci orang lain yang tak seagama dengan kamu? Adakah agama kamu mengajar supaya jangan menghormati agama orang lain? Apa yang lebih baik bagi kamu, saya percaya kepada Tuhan atau saya tidak percaya kepadaNya? Apa yang lebih baik menjadi orang baik atau menjadi orang jahat? Dan sebagai ini....Kalaulah jawapan mereka "Positif atau Ya" maka katalah kepada mereka bahawa Ajaran agama mereka memang lain-lain dan unik.
Kesimpulannya ialah dimana saja kita berada janganlah kita takut mempraktis iman kita atau "malu-malu" menjadi orang Kristian. Ingatlah Firman Tuhan yang berbunyi: Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka(Mat 10:28). Jestru itu, marilah kita dengan berani mempraktis iman dimana saja kita berada kita tanpa takut dan malu. Amin.

Monday, March 23, 2009

Jangan lupa mencari Harta...

Apakah kita sibuk sekali mencari dan mengumpul harta? Saya percaya kebanyakan kita bertungkus-lumus untuk mencari lebih banyak wang supaya dapat membeli perbagai harta terutama sekali hartabenda yang mereka perlukan didalam hidup.
Harta-benda seperti rumah, kereta, tanah, kelengkapan rumah(TV,Peti sejuk, Mesin-mesin eletronik dan sebagainya), handphone, komputer, dan sebagainya. Tujuannya? Supaya hidup mereka di dunia ini lebih senang dan selesa. Ini memang baik dan tidak salah. Sebenarnya, kita harus memperkembangkan dan memajukan diri kita tetapi bukan saja dari segi harta-benda tetapi juga dari segi kerohanian atau keagamaan. Sebab itu, janganlah kita terlalu tertumpuh kepada hal mengumpul dan memiliki harta duniawi sahaja sehingga LUPA pada Tuhan yang Maha Esa. Kita mesti ingat Tuhan.

Alkitab mengingatkan kita supaya jangan terlalu tergila-gilakan harta dunia ini. Pengajaran ini jelas sekali didalam Alkitab dimana Firman Tuhan berbunyi: "Janganlah kamu mengumpulkan harta di bumi; di bumi ngengat dan karat merusakkannya dan pencuri membongkar serta mencurinya.Tetapi kumpulkanlah bagimu harta di sorga; di sorga ngengat dan karat tidak merosakkannya dan pencuri tidak membongkar serta mencurinya.Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada(Mat 6:19-21)".

Sesungguhnya, harta duniawi tidak dibawa mati. Semuanya akan kita tinggalkan apabila kita mati. Sebab itu, janganlah kita terlalu gilakan harta duniawi sehingga lupa mencari dan mengumpul harta Surgawi semasa hidup di dunia ini.
"Harta Surgawi" adalah seperti menyembah Tuhan sepenuh hati, sentiasa melakukan kebaikan, mematuhi pengajaran-pengajaran Tuhan, menjauhkan apa juga jenis kejahatan, taat berdoa, suka membantu orang, sabar, penyayang, jujur , dermawan, pengampun, dan sebagainya. Inilha harta surgawi yang perlu kita utamakan dan pentingkan didalam hidup kita. Jestru itu, marilah kita sama-sama menjadi orang-orang beriman yang mementingkan Harta Surgawi dan bukannya harta duniawi. Amin.

Friday, March 20, 2009

Musuhku kawanku atau kawanku musuhku?

Apakah reaksi atau tindakan anda apabila tiba-tiba terjumpa musuh atau orang yang anda benci? Pura-pura tidak nampak? Ambil jalan lain(magalai boh!)? Tunduk kepala; melihat ke tanah? Berlimpas tanpa menegur? Menunjukkan muka yang asam sambil mengeratkan mulut? Jantung berdenyut dengan cepat(Tug! Tug!)? Meluap-lupa kemarahan didalam hati? Memaki diam-diam(Setan! Celaka! Matilah kau!)? Geram? Berkata sesuatu yang kesat dan jahat,"Hoi! Hantu!"? Apa tingu-tingu! Setan! Atau anda menyapa dan dengan senyuman yang manis berkata, " Heloo....Lama tak jumpa.Apa khabar?" Lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

Yaaa.....memang susah sekali berkawan balik atau berbaik-baik dengan orang-orang yang kita anggap musuh. Kerana mereka telah melakukan sesuatu yang jahat kepada kita. Apa lagi dengan musuh ketat yang telah benar-benar menyakiti hati kita dan ini membuat kita benar-benar benci kepada orang berkenaan. Tapi, perlukah kita membenci orang sampai akhir zaman atau sampai kita mati? Adakah apa-apa kebaikan untuk diri kita sendiri sekiranya kita terus menerus membenci musuh-mush kita? Pendek kata, apa yang kita dapat daripada sikap yang terus memusuhi dan membenci orang? Apa untungnya?
Mungkin kita berjaya menjauhkan orang-orang berkenaan daripada hidup kita. Tetapi biasanya kita merasa tidak aman dan tidak bahagia setiap kali kita terjumpa orang berkenaan. Jiwa dan hati kita tertekan. Sentiasa ada "stress". Jadi, ini membuat hidup kita tidak tenteran dan tidak tenang. Apakah kita mahu perkara ini berterusan? Atau kita mahukan ketenangan jiwa dan fikiran?
Saya pasti, kita semua mahukan ketenangan, keamanan dan kebahagian didalam hidup kita. Sebab itu, kalau kita inginkan semua ini maka, kita harus belajar mengampuni musuh-musuh kita. Kerana kalau kita tidak mengampuni musuh-musuh kita, kita yang sendiri juga yang rugi! Kerana hidup kita tidak akan aman dan damai selagi kita tetap membenci dan memusuhi orang-orang yang kita benci.
Yaaa......memang susah sekali mengampuni ornag lain dan ini memerlukan masa tetapi kita mesti belajar mengampuni. Kalau tidak, kita juga yang menderita. Sebab itu marilah belajar mengampuni musuh-mush kita seperti yang diajar oleh Tuhan didalam Alkitab," Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka...."(Mat.5:44).

Kita berdoa bukan supaya mereka(musuh-musuh) mendapat kecelakaan atau agar mereka cepat-cepat mati, tetapi supaya mereka mendapat kekuatan untuk meminta maaf kepada kita diatas kesalahan mereka. Dan kita juga berdoa agar mereka dapat memaafkan kesalahan kita yang keterlaluan membenci mereka. Dan jangan lupa juga berdoa agar kita dapat mengampuni musuh-musuh kita dengan hati iklas dan dengan sepenuh hati.

Kesimpulannya, marilah kita saling mengampuni dan saling bermaaf-maafan agar kita dapat hidup dengan aman dan damai. Lagi pun buat apa kita bermusuhan lama-lama. Sikap bermusuhan dan benci membenci ini adalah bagaikan peribahasa yang berbunyi Yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu! Kedua-duanya kalah dan rugi. Sebab itu, marilah saling mengampuni seperti Tuhan yang Maha Esa yang sentiasa mengampuni dosa-dosa dan kesalahan kita. Ini bererti kawanku bukan lagi musuhku tetapi musuhku kini adalah kawanku. Kerana kami sudah berdamai dan bermaaf-maafan. Amin.

Sunday, March 15, 2009

Akulah Tuhan Allahmu....

Pembacaan pertama sempena dengan Minggu Ketiga musim Puasa ini yang di petik Alkitab, Kitab Keluaran berbunyi, "Akulah Tuhan Allahmu..... Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku(Kel.20:1-2). Petikan ini meningatkan saya satu larangan baru-baru ini bahawa perkataan "Allah" tidak boleh dipakai oleh orang-orang yang beragama lain selain daripada agama resmi.
Arahan ini memberi beberapa impklasi. 1) Seolah-olah si pelarang menunjukkan bahawa ia mempunyai suatu pemikiran yang sempit dan mentaliti yang masih seperti "Katak dibawa tempurung"; 2) Seolah-olah memperlihatkan bahawa si pelarang bertindak tidak adil kepada orang-orang yang tak seagama dengannya; 3) Seolah-olah si pelarang menunjukkan sifat dan sikap diskriminasi terhadap orang-orang tak sebulu dengannya.
Meskipun hujah dan alasan si pelarang ada kebenarannya menurut sudut pandangan dan pendapatnya, namun jika dihayati sepenuhnya larangan berkenaan boleh dianggap keterlaluan. Kerana kita semua sedia maklum bahawa semua bahasa yang terdapat didunia adalah kurnia dan pemberian TUHAN YANG MAHAKUASA. Dan DIA tidak pernah mengeluarkan apa-apa larangan kepada individu atau kepada mana-mana pihak bahawa perkataan itu atau perkataan ini hanya boleh dipakai oleh orang-orang tertentu. Selain daripada itu, jika kita lihat dimana-mana negara tidak wujuh larangan seperti ini. Malah dinegara-negara asal-usul perkataan berkenaan tidak ada larangan aneh bin ganjil ini.
Selain daripada itu, jika dikaji dimana-mana buku dan termasuklah didalam mana Buku Suci atau Kitab Suci yang dimiliki oleh mana-mana agama tidak terdapat catitan mengenai larangan penggunaan mana-mana bahasa atau perkataan. Pendek kata, semua manusia yang dicipta oleh Tuhan bebas dan berhak belajar dan menggunakan mana-mana bahasa yang mereka suka dan minati serta bermakna bagi mereka.
Biasanya orang berhak melarang orang lain menggunakan sesuatu benda atau perkara kerana benda/perkara berkenaan miliknya. Misalnya si tokey melarang orang mencuri barang-barang dikedainya. Ini memang larang yang logik dan betul kerana barang-barang itu adalah miliknya. Tetapi arahan melarang untuk menggunakan suatu bahasa/perkataan yang bukan dimilik oleh pelarang adalah satu tindakan yang tidak logik, dan tidak betul, dan tidak boleh diterima. Kerana bahasa/perkataan berkenaan bukan miliknya.
Larangan berkenaan memang aneh bin ganjil sekali, dan tidak masuk akal kerana yang dicipta(manusia) pula yang mengeluarkan larangan berkenaan, sedangkan yang mencipta dan memberi bahasa iaitu Pencipta, iaitu Tuhan Yang Mahakuasa tidak mengeluarkan apa-apa larangan. Jestu itu, didalam hal ini siapa yang kita ikut? Manusia atau Tuhan?
Jadi, perlukah kita takut untuk menggunakan perkataan berkenaan? Apa yang ditakutkan? Kerana kita bukan menggunakan perkataaan berkenaan untuk mengelirukan orang atau untuk menghujat atau menghina sesiapa. Bagi saya, Firman Tuhan ini memberi kekuatan: "Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka(Mat.10:28). Dan akhir sekali, janganlah kita sekali-kali membenci dan merasa panas hati kepada si pelarang. Ingatlah Firman Tuhan yang berbunyi "Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka...."(Mat.5:44). Semoga kita semua diberkati Tuhan yang Maha Esa. Amin.

Friday, March 13, 2009

Nanti kena "Sebat"...

Pada musim Puasa (Pra-Paska) ini, satu tema atau topik yang benar-benar ditekankan ialah Pertobatan. Inilah seruhan dan panggilan Tuhan kepada umat-Nya baik pada zaman dahulu dan pada hari ini. Sesungguhnya, kita semua adalah diajak untuk BERTOBAT supaya kita mendapat Penyelamatan dan kehidupan abadi daripada Tuhan. Terserahlah kepada kita untuk bertindak untuk mengikut dan menjawap seruhan Tuhan untuk bertobat.
Seruhan untuk bertobat memang begitu ketara dan jelas sekali sebagaimana tercatat didalam Alkitab, Firman Tuhan. Ianya jelas sekali seperti matahari di langit. Tuhan berfirman," Bertobatlah dan berpalinglah dari segala durhakamu, supaya itu jangan bagimu menjadi batu sandungan, yang menjatuhkan kamu ke dalam kesalahan; Buangkanlah dari padamu segala durhaka yang kamu buat terhadap Aku dan perbaharuilah hatimu dan rohmu! Sebab Aku tidak berkenan kepada kematian seseorang yang harus ditanggungnya, demikianlah firman Tuhan ALLAH. Oleh sebab itu, bertobatlah, supaya kamu hidup!"(Yez 18:30-32; Mat 4:17).
Kalau kita cintakan kehidupan kita sendiri dan mahu hidup bersama-sama dengan Tuhan didalam Surga suatu hari nanti iaitu selepas kita meninggalkan dunia ini, sudah pasti kita tidak akan berlengah-lengah didalam hal bertobat. Jangan tunggu lama-lama untuk bertobat. Jangan tangguh-tangguhkan keinginan dan kerinduan untuk bertobat. Bertindaklah dengan cepat sebelum terlambat. Jangan berkata, Esok saya akan bertobat kerana hari esok tidak pernah dijanjikan kita. Samada panjang atau pendeknya hiudp kita didalam dunia ini bukan berada ditangan kita. Hidup kita adalah ditangan Tuhan. Dia boleh pada bila-bila masa untuk memanggil kita untuk kembali kepada-Nya. Sebab itu, sebleum terlambat, marilah bertobat sepenuh hati dan kembali ke jalan yang benar dan yang diberkati Tuhan.
Marilah kita sama menyambut seruhan Tuhan untuk bertobat. Kerana kita semua ada kemampuan untuk bertobat jika kita mahu. Tindakan untuk bertobat ada didalam tangan kita. Ini bukanlah diluar kemampuan kita. Kerana Tuhan telah memberi kita kekuatan untuk melakukannya jika kita berkerjasama dengan rahmatNya.
Marilah sama mengingatkan diri kita masing-masing bahawa kalau kita tak bertobat kita juga yang "kena sebat"(hukum) di kemudian hari. Jadi, marilah bertobat agar kita dinobatkan sebagai anak-anak Tuhan yang baik. Lalu, dipersilakan oleh Tuhan untuk memasuki Kerajaan Surga yang Dia sudah sediakan untuk orang-orang beriman yang telah bertobat dan menjadi orang-orang yang mulia dan kudus. Jestu itu, marilah bertobat sebelum terlambat. Amin.

Wednesday, March 11, 2009

Buatlah....PhD!

Yaaa.....buatlah PhD dimusim puasa ini. Jangan malas-malas buat PhD. Maksud saya bukan buat thesis untuk mendapatkan Kedoktoran duniawai. Tetapi untuk "Kedoktoran" rohani bah! P=Puasa; h(H)=Hulurkan derma; dan D=Doa.
P= Puasa memang mencabar sekali. Memang menghairankan juga yaa....Di musim puasa nii macam rasa lapar saja dan macam selera makan pun macam bagus betul. Mantang-mantanglah musim puasa macam-macam lagi keinginan. Macam rindu makan itulah dan inilah! Hey! Inilah gara-gara godaan Setan dan Iblis. Tapi, jangan mengalah. Kuatkan hati.....Berjuanglah habis-habisan.
H=Hulurkan derma. Apa macam, dah meningkatkan aksi mendermakah? Atau masih selalu memberi wang yang pandai berbunyi-bunyi(duit syiling) bila ke Gereja? Bah, cubalah belajar memberi derma tanpa bunyi(wang kertas). Ini bererti memberi lebih daripada kebiasaan. Ringankan tangan menghulurkan derma kepada pihak Gereja dan juga kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Tidak rugi bah menderma. Kerana orang yang menerima bantuan kita akan menjadi gembira(senyuman pasti lebar-lebar) dan kita pula kena berkat lagi oleh Tuhan yang Maha Esa. dan kita pula merasa "puas hati". Ada kebahagian disudut hati kita.
D=Doa pula bagaimana cabaran dan godaannya. Apakah anda merasa semakin malas pula berdoa dan macam bosan pula berdoa? Rasa mengantuk? Bah.....biasalah bah tuu. Yang penting jangan mudah mengalah. Teruslah berdoa. Jangan tinggalkan doa atau mengenepikannya. Kuatkan hati. Tabahkan hati.]
Memang buat PhD banyak sekali cabaran dan godaanya. Begitulah perjalanan orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Tuhan. Cabaran dan godaan sedemikian adalah perkara biasa dan sememangnya kita dah jangkakan akan berlaku. Maklumlah setan dan iblis nii kuat cemburu. Pantang nampak orang berpuasa dan menderma! Apa lagi kalau berdoa. Mereka pasti tidak tidur kerana bersungguh-sungguh berusaha memisahkan kita daripada Tuhan. Tapi, walau bagaimana pun, hadapilah segala-galanya dengan tenang. Berpuasalah dengan tabah; Hulurkanlah derma dengan iklas dan berdoalah tanpa jemu.
Jangan sekali-kali mudah mengalah. Berjuanglah dengan tabah. Kalau tidak nanti para setan dan iblis pula yang menari-narilah kerana berjaya mengagalkan usaha kita untuk mendapatkan PhD rohani lagi. Akhirnya, kita sendiri yang rugi. Dah tuu dapat juga gelar PhD tetapi lain ertinya iaitu Peminat hantu Dah! Jestru itu, berjuanglah sepenuh hati. Jangan mengalah selagi badan bernyawa. Amin.

Thursday, March 5, 2009

Pedoman berpuasa-3: Doa.

Doa adalah satu lagi aspek yang ditekankan pada Musim Puasa ini. Jadi, pada masa yang mulia ini, kita diminta agar melihat aspek doa didalam kehidupan kita sebagai orang Kristian. Berikut adalah beberapa soalan yang boleh dijadikan bahan renungan: 1) Adakah saya setia dan rajin berdoa setiap hari atau jarang-jarang berdoa?; 2) Adakah saya berdoa menurut perasan(mood)? Misalnya kalau mood saya baik maka, saya berdoa. Tetapi bila mood tak baik maka, saya pun tak berdoa.; 3) Adakah saya berdoa mengikut cuaca?(Contohnya: Kalau hujan saya tak pergi sembayang. Tapi, kalau tak hujan baru muncul di Gereja!); 4) Adakah saya hanya berdoa di Gereja tetapi di rumah jarang sekali berdoa?; 5) Apakah saya malu berdoa ditempat umum seperti di kedai makan? (Makan saja tanpa mengucapkan apa-apa doa kerana "malu" atau takut dilihat orang.) ; 6) Apakah tujuan saya berdoa? Adakah untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa saya orang yang holy-holy atau memang dengan iklas berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa? ; 7) Adakah saya berdoa pada masa sakit dan susah sahaja? Tetapi pada waktu sihat dan senang jarang sekali berdoa?; 8) Apakah saya rajin pergi ke Gereja pada setiap Minggu dan pada hari-hari yang ditetapkan wajib pergi sembayang di Gereja/Chapel?; 9) Adakah saya sabar didalam doa terutama sekali bila saya memohon sesuatu daripada Tuhan?; 10) Adakah saya berdoa untuk keperluan orang lain atau saya hanya berdoa untuk kepentingan diri sendiri?; 11) Adakah saya berdoa untuk kecelakaan atau kesusahan pada musuh-musuh saya atau saya berdoa untuk berkat dan kebaikan mereka?; 12) Adakah saya malas da bosan berdoa?
Semoga soalan=soalan ini membantu kita untuk memeriksa diri kita masing-masing didalam hal berdoa. Sesungguhnya, Alkitab mengajar kita supaya rajin berdoa. Dan ia juga mengajar kita supaya jangan bertele-tele bila berdoa. Ini bererti berdoa panjang-panjang dan dengan perkataan yang banyak sekali adalah tidak digalakkan. Selain daripada itu Alkitab juga mengingatkan kita supaya jangan berdoa dengan tujuan untuk mendapatkan pujian atau perhatian daripada orang lain; Kita diajar agar berdoa "diam-diam dan senyap". Jestru itu, marilah kita berdoa seperti yang diajar oleh Tuhan Yesus. Sebab itu, jangan lupa berdoa "Bapa Kami" setiap hari(Mt.6:5-13; Efe.6:17).
Berdoa adalah penting sekali didalam kehidupan kita selaku orang Krisitan. Kerana melalui doa kita menyampaikan kata-kata pujian dan penyembahan kepada Tuhan dan mengucapkan "Terima kasih" kita kepada-Nya kerana memberi kita kehidupan dan berbagai-bagai keperluan dan berkat didalam hidup kita. Disamping itu, jangan lupa memohon keampunan diatas segala kesilapan dan dosa yang pernah kita lakukan. Jadi, marilah kita rajin berdoa. Kerana apabila kita berdoa, kita ingat Tuhan maka, bila kita ingat Tuhan kita tidak berani melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan pengajaran Tuhan. Dengan ini kita lebih diberkati oleh Tuhan dan iman kita menjadi semakin kuat dan mantap.
Saudara dan saudari, semoga Firman Tuhan yang berbunyi: "Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu jangan jatuh ke dalam percobaan" (Mt.26:41) memberi kita kesedaran dan dorongan supaya rajin berdoa. Sama-samalah kita berusaha agar setia dan tetap didalam hal berdoa. Dan jangan kita lupa untuk saling berdoa untuk sesama. Marilah kita bertobat dan buangkan sikap yang merugikan iaitu malas berdoa. Marilah membina semangat baru sempena dengan musim puasa ini. Sebab itu, marilah kita tingkatkan usaha untuk berdoa. Kerana kalau kita malas berdoa, lama-kelamaan kita akan jauh daripada Tuhan dan lebih terikut-ikut kepada godaan dan pujukan setan dan iblis. Sebab itu, marilah dengan rendah hati, sabar dan tabah berdoa agar seluruh kehidupan kita terarah kepada melakukan kehendak Tuhan dan mengikuti segala pengajaran-Nya. Amin.

Tuesday, March 3, 2009

Pedoman berpuasa-2: Hulurkan Derma.

Satu lagi aspek yang penting sekali di musim puasa ini ialah memberi derma. Ini bererti pada musim yang mulia ini, kita disedarkan agar ingat-ingatlah orang yang susah dan kekurangan. Sebab itu pada musim ini, kita dengan ringan hati berilah derma didalam apa juga bentuk kepada orang-orang yang susah dan miskin. Dan kalau pergi sembayang, jangan lupa memberi lebih daripada kebiasaan. Misalnya kalau kita biasa memasukkan RM1.00 kedalam "kantung derma", cubalah memberi lebih daripada itu. RM2.oo kah atau RM5.00 kah, atau RM10.00 atau lebih daripada itu. Selaian daripada itu, jika kita melihat orang yang kurang upaya(cacat) bermain muzik di tepi kedai atau menjual makanan ringan atau tisu maka, bantulah mereka dengan menghulurkan derma atau membeli barang yang mereka jual.
Sebenarnya, kita dapat memberi derma didalam banyak cara dan bentuk. Tidak semestinya didalam bentuk wang dan benda sahaja. Kerana kita juga boleh memberi derma dari segi kemahiran(skill), tenaga dan masa. Kita boleh melakukan kerja-kerja amal seperti membersihkan kawasan Gereja atau Rumah Ibadat, melawat Rumah orang tua-tua, meluangkan masa dengan ibubapa kita atau nenak atau datuk kita yang dah lama tak sempat dilawati dan sebagainya; Para ibubapa pula boleh menderma masa dengan meluangkan masa yang lebih banyak dengan anak-anak; Dan anak-anak pula boleh menderma tenaga dengan lebih rajin menolong ibu-bapa dengan kerja-kerja di rumah dan sebagainya. Pendek kata, kita boleh menderma didalam banyak cara dan bentuk, tidak semestinya didalam bentuk wang dan benda. Walau bagaimana pun, sesuai dengan pengajaran Alkitab, janganlah kita membesar-besarkan atau melaung-laungkan pekerjaan amal kita atau derma yang kita berikan: "Apabila engakau memberi sedekah, janganlah engakau mencanangkan hal itu.....Jika engkau memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kiri mu apa yang diperbuat tangan kanan mu"(Rujuk Mat.6:1-4).
Jadi, jelas sekali bahawa Alkitab mengajar kita supaya jangan mencari nama atau populariti apabila memberi derma kepada orang lain. Jadi, marilah kita belajar menderma dengan senyap. Jangan macam ayam betina "Bertelur sebiji, riau sekampung." Dan janganlah kita mengamalkan konsep "masuk kedalam bakul dan angkat sendiri" didalam hal memberi bantuan atau derma kepada orang yang susah dan miskin. Semoga kita bangga dan merasa bahagia memberi tanpa menarik perhatian orang lain. Kerana apa yang kita lakukan adalah untuk kemuliaan Tuhan yang Maha Esa dan bukannya untuk kemuliaan diri kita sendiri. Amin.