Tuesday, March 11, 2014

SEMANGAT P.B.S



Kini kita didalam musim Prapaska(sebelum Paska/Easter) dimana pada musim ini kita diingatkan supaya mendukung semangat P.B.S! Ini bukan ada kaitan dengan politik bah...tetapi ada kena-mengena dengan kerohanian hidup kita terutama sekali di dalam kontex Pertobatan: "Bertobatlah....."(Matius 4:17).

P=Puasa: "Apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu...supaya jangan dilihat atau diketahui orang bahawa kamu sedang berpuasa..."(Matius 6:16-18).Jadi dimusim Prapaska ini kita diundang dan diminta untuk berpuasa bukan saja dari segi makanan dan minuman tetapi lebih-lebih lagi berpuasa daripada membuat perkara-perkara yang jahat. Kerana ini membawa kepada dosa. Jestru itu, kita diingatkan agar membuat perkara-perkara yang baik dan berguna sepanjang musim Prapaska ini agar kita lebih diberkati Tuhan Allah.

B=Beri derma:"Hendaklah sedekahmu(dermamu) itu diberikan secara tersembunyi..."(Matius 6:4). Di musim ini juga kita diingatkan supaya membantu orang-orang yang miskin dan susah dengan memberi bantuan  dalam bentuk wang atau material atau keperluan seharian seperti makanan. Selain daripada itu,  jangan lupa menderma dari segi bakat, masa dan tenaga juga seperti melakukan kerja-kerja amal. Jadi, rajin-rajinlah menderma sesuai dengan kemampuan dan kedudukan. Beri dengan iklas dan jujur. Jangan memberi kerana mengharapkan balasan atau sambil mencari nama. Berilah derma dengan senang hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari si penerima. Ingatlah Tuhan memberkati orang yang murah hati dan ringan tangan.

S=Sembayang: "Apabila kamu berdoa......masuklah kedalam bilikmu..."(Matius 6:5-6). Bah, jangan lupa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Tuhan dengan berdoa lebih atau meningkatkan aksi doa terutama sekali kalau jarang berdoa. Cubalah perbaiki diri. Janganlah malas-malas berdoa. Kalau jarang ke Gereja maka cubalah mulakan langkah untuk ke Gereja lagi. Rajin-rajinlah pergi Sembayang dan juga sembayang secara peribadi baik di rumah atau dimana saja anda berada. Dan berdoalah secara tetap dan mantap!

Sebenarnya, Seruhan utama dimusim PraPaska ini ialah BERTOBATLAH. Ubah kehidupan yang jahat menjadi baik dan yang dah baik buat kehidupan itu lebih baik dan yang dah berada ditahap lebih baik, majulah ketahap yang terbaik. Dan seandainya anda sudah di tahap "Terbaik" bah...kekalkan. Jangan jatuh ketahap yang rendah pula.

Ok! Mari kita sama-sama  mendukung semangat P.B.S sepanjang musim PraPaska ini. Semoga melalui Tuhan Yesus, kita semua diberkati oleh Tuhan Allah. Amin.

Wednesday, March 5, 2014

Harta

"Jangan percaya pada harta benda yang diperoleh dengan tidak adil,
sebab tidak berguna sedkit pun pada hari sial."(Sirakh 5:8).
 
Mencari dan mengumpul harta benda atau kekayaan secara tidak adil dengan menggunakan cara yang tidak bermoral dan  jahat adalah salah dan haram. Kekayaan yang didapati secara jahat bukanlah menjadi suatu berkat dan kebahagian  tetapi menjadi sumber kesedihan, kerisauan, kebimbingan dan kesusahan. Ini bukan saja semasa  hidup di dunia tetapi lebih-lebih lagi setelah meninggalkan dunia ini.
 
Harta yang diperolehi dengan cara yang jahat tidak mendapatkan kebahagian yang sejati. Jestru itu, kalau ingin mencari harta  atau kekayaan gunakanlah cara  yang baik dan mulia supaya apa yang dimiliki nanti membawa ketenangan dan kebahagian yang sejati didalam hidup. Maka dengan itu, janganlah menggunakan cara yang jahat untuk mencari kekayaan. Pendek kata, carilah kekayaan dengan cara yang baik, bermoral, iklas dan jujur.