Friday, September 14, 2012

Hati-hati di masa muda...

Kecenderungan dimasa muda adalah  mau "enjoy dan siok-siok" saja sehingga lupa hal atau perkara  yang penting seperti pelajaran dan hal yang terpenting sekali didalam  iaitu iman kepada Tuhan Allah. Perkara-perkara ini begitu mudah dilupakan kerana terlalu sibuk bersama-sama dengan kawan-kawan melakukan hal-hal yang konon-konon membuat diri  enjoy dan  merasa siok.  Sifat seperti ini boleh membinasakan masa depan sendiri terutama sekali bila pelajaran diabaikan dan Tuhan Allah dilupakan. Jestru itu Firman Tuhan yang berbunyi: "Ingatlah akan Penciptamu pada masa mudamu, sebelum hari-hari yang malang dan mendekat tahun-tahun yang kau katakan:" Tidak ada kesenangan bagiku didalamnya!"(Pengkhotbah 12:1).
Jadi,  semasa masa muda, janganlah  abaikan perkara-perkara yang penting dan yang terpenting didalam hidup. Sebab itu, tumpuhkan perhatian yang perkara-perkara yang lebih penting dan yang terpenting sekali didalam hidup. Memang banyak perkara yang penting didalam hidup ini tetapi bukan semuanya berguna. Pilih dan buat yang benar-benar penting dan berguna. Dan didalam apa juga keadaan dan dimana saja berada, jangan lupa kepada perkara yang terpenting sekali didalam hidup ini iaitu Tuhan Allah. Jangan lupakan DIA dan jangan lalai didalam hal melakukan dan berpegang kepada semua pengajaranNya. Melakukan kehendakNya adalah yang terpenting sekali didalam hidup. Lakukanlah kehendakNya, anda pasti akan bahagia dan selamat didunia dan diakhirat nanti. Jestru itu, marilah beriman kepadaNya dengan rendah hati dan sentiasa memohon pengampunan daripadaNya apa juga jenis kesalahan dan dosa kita. Pendek kata, JANGAN LUPA TUHAN ALLAH. Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Kasih abadi

Didalam Alkitab dinyatakan bahawa "Kasih tidak berkesudahan.."( 1 Kor.13:8). Ini bererti  Kasih tidak berhenti.Ia adalah sepanjang masa tanpa nokta. Tidak ada titik berhenti. Sebab itu bila kita mengasih seseorang maka kasih-sayang kita itu mestilah berkekalan. Ini menuntut kesetiaan tanpa batas. Misalnya bila seseorang telah berjanji untuk mengasihi suami  atau isterinya maka, cintanya kepada suami/isteri adalah sampai selama-lamanya. Hanya kematian yang memisahkan mereka.

Biasanya, didalam Upacara perkahwinan janji yang diucapakan  mempunyai sifat dan unsur cintakasih  yang berkekalan dan kesetiaan sampai bila-bila dan tanpa mengira kedudukan, status, dan keadaan. Biasanya orang yang berkahwin akan melafaskan perjanjian kahwin  dimana mereka akan saling mencintai dan menghormati baik pada masa suka dan duka, baik pada masa sihat atau sakit dan baik pada masa kaya atau miskin, mereka akan tetap kekal mengasihi sesama sampai selama-lamanya. Pendek kata, cinta mereka adalah kekal dan cinta abadi. Sebab itu, kalau ada masalah atau kesalahan semasa didalam pejalanan hidup mereka sebagai suami-isteri, mereka mestilah mempunyai sifat toleransi dan saling mengampuni kesalahan   supaya cinta-kasih yang tersaling itu tidak akan terputus dan tetap terpelihara. Dengan  itu, perkahwinan mereka tetap utuh meskipun kadang-kadang ianya  mengalami "kejutan dan gangguan". Tetapi hal ini tidak merosakkan perjalan hidup mereka sebagai pasangan suami-isteri yang sah.

Jadi, kepada pasangan suami-isteri ingatlah bahawa kasih-sayang diantara kamu adalah untuk selama-lamanya. Sebab itu, jagalah cinta-kasih kamu bersama agar ianya tidak rosak dan tidak terjadi perceraian. Jestru itu, Tanamlah dan pupuklah semangat saling mengasihi didalam nama Tuhan supaya cinta-kasih kamu tetap  kekal selama-lamanya dan bahagia bersama-sama sampai bila-bila masa. Kalau hal ini dipelihara dan dikekalkan maka tidak hairanlah kalau berkat Tuhan sentiasa berlimpah-limpah bersama-sama dengan kamu. Pujilah Tuhan! Amin.