Saturday, December 14, 2013

Bila Letih lesu dan susah

Yesus berkata: "Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu"(Matius 11:28).

Apabila kita menghadapi atau mengalami kesusahan atau masalah, apakah jalan penyelesian yang kita ambil? Apa tindakan yang kita buat untuk mengatasinya? Jalan mudah dan cepat? Cara duniawi? Membelakangi Firman Tuhan?

Ada kecenderungan dikalangan kita dimana kita biasa menyelesaikan masalah atau kesusahan dengan tidak menitik-beratkan samada keputusan atau tindakan yang kita ambil itu bertentangan atau tidak dengan pengajaran Tuhan. Yang dipentingkan ialah perkara itu selesai tanpa mengambil-kira ajaran Tuhan didalam Alkitab. Kalau perkara ini berlaku maka, tidak hairanlah jika pelakunya akan menghadapi masalah yang lebih berat lagi iaitu jatuh kedalam dosa. Kerana tindakan dan perbuatan yang diambilnya adalah bertentangan dan tak sejajar dengan Firman Tuhan.

Hal seperti ini sepatutnya kita elakkan kerana kita adalah orang Kristian. Jestru itu, setiap tindakan dan keputusan yang diambil untuk mengatasi sesuatu masalah haruslah berdasarkan kepada pengajaran Tuhan sebagaimana tercatat didalam Alkitab. Ini bererti, kita mencari penyelesian "cara Kristiani" dengan bertanya," Apakah pengajaran Tuhan didalam hal ini? Apa kata Alkitab? Apa pengajaran Gereja didalam hal ini? Ini sangat penting dihayati supaya keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah adalah  berdasarkan "Kehendak Tuhan" dan bukannya kehendak dan kemahuan diri sendiri. Jadi, bila kita ada masalah, datanglah kepada Tuhan Yesus dan mohonlah bantuan dan bimbingan daripada-Nya. Jangan segan dan jangan takut kerana Tuhan sentiasa membantu orang yang jujur dan iklas memohon bantuan daripada-Nya. Maka dengan itu, bila ada masalah atau kesusahan didalam hidup DATANGLAH KEPADA TUHAN YESUS DAHULU. Janganlah mendahulukan cara duniawi tetapi utamakan dahulu cara Tuhan. Amin.