Tuesday, March 11, 2014

SEMANGAT P.B.S



Kini kita didalam musim Prapaska(sebelum Paska/Easter) dimana pada musim ini kita diingatkan supaya mendukung semangat P.B.S! Ini bukan ada kaitan dengan politik bah...tetapi ada kena-mengena dengan kerohanian hidup kita terutama sekali di dalam kontex Pertobatan: "Bertobatlah....."(Matius 4:17).

P=Puasa: "Apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu...supaya jangan dilihat atau diketahui orang bahawa kamu sedang berpuasa..."(Matius 6:16-18).Jadi dimusim Prapaska ini kita diundang dan diminta untuk berpuasa bukan saja dari segi makanan dan minuman tetapi lebih-lebih lagi berpuasa daripada membuat perkara-perkara yang jahat. Kerana ini membawa kepada dosa. Jestru itu, kita diingatkan agar membuat perkara-perkara yang baik dan berguna sepanjang musim Prapaska ini agar kita lebih diberkati Tuhan Allah.

B=Beri derma:"Hendaklah sedekahmu(dermamu) itu diberikan secara tersembunyi..."(Matius 6:4). Di musim ini juga kita diingatkan supaya membantu orang-orang yang miskin dan susah dengan memberi bantuan  dalam bentuk wang atau material atau keperluan seharian seperti makanan. Selain daripada itu,  jangan lupa menderma dari segi bakat, masa dan tenaga juga seperti melakukan kerja-kerja amal. Jadi, rajin-rajinlah menderma sesuai dengan kemampuan dan kedudukan. Beri dengan iklas dan jujur. Jangan memberi kerana mengharapkan balasan atau sambil mencari nama. Berilah derma dengan senang hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari si penerima. Ingatlah Tuhan memberkati orang yang murah hati dan ringan tangan.

S=Sembayang: "Apabila kamu berdoa......masuklah kedalam bilikmu..."(Matius 6:5-6). Bah, jangan lupa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Tuhan dengan berdoa lebih atau meningkatkan aksi doa terutama sekali kalau jarang berdoa. Cubalah perbaiki diri. Janganlah malas-malas berdoa. Kalau jarang ke Gereja maka cubalah mulakan langkah untuk ke Gereja lagi. Rajin-rajinlah pergi Sembayang dan juga sembayang secara peribadi baik di rumah atau dimana saja anda berada. Dan berdoalah secara tetap dan mantap!

Sebenarnya, Seruhan utama dimusim PraPaska ini ialah BERTOBATLAH. Ubah kehidupan yang jahat menjadi baik dan yang dah baik buat kehidupan itu lebih baik dan yang dah berada ditahap lebih baik, majulah ketahap yang terbaik. Dan seandainya anda sudah di tahap "Terbaik" bah...kekalkan. Jangan jatuh ketahap yang rendah pula.

Ok! Mari kita sama-sama  mendukung semangat P.B.S sepanjang musim PraPaska ini. Semoga melalui Tuhan Yesus, kita semua diberkati oleh Tuhan Allah. Amin.