Tuesday, February 21, 2012

HIDUP D.A.P!

Musim Puasa atau PraPaska dah tiba. Yang ditekankan dimusim ini ialah D=DOA, A=AMAL@menderma, P=PUASA. Seandainya kita gagal atau kurang berjaya didalam ketiga-tiga perkara ini D.A.P maka, inilah masanya kita untuk berubah untuk menjadi  orang Kristian yang lebih baik. Pendek kata, BERTOBATLAH  sebelum terlambat.
OK, Selamat menghayati semangat Puasa(Lent). Semoga kita semua diberkati oleh Tuhan Yesus Kristus. Amin.

Tuesday, December 20, 2011

Hidup menurut Injil

"Hanya, hendaklah hidupmu berpadanan dengan Injil Kristus....(Filipi 1:27a)." Firman Tuhan ini mengingatkan kita supaya hidup menurut Injil. Ini bererti kehidupan yang berdasarkan kepada pengajaran-pengajaran Tuhan Yesus Kristus. Jadi untuk hidup menurut Injil kita mestilah mengetahui apa itu Injil. Jestru itu perlulah kita memiliki sebuah Alkitab  kerana Kitab Injil terdapat didalam Alkitab dimana ianya didapati dibahagian Perjanjian Baru.

Ada empat Injil didalam Alkitab iaitu Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes. Kesemua Injil ini  mempunyai Kisah mengenai Tuhan Yesus dan pengajaran-pengajaranNya juga terdapat didalam Injil-Injil berkenaan. Jadi, kalau kita ingin mengetahui ajaran-ajaran Yesus maka kita mestilah meluangkan masa untuk membaca Kitab-Kitab Injil ini supaya kita dapat mengetahui semua pengajaran Tuhan Yesus dan dengan itu kita dapat hidup menurut Injil Kristus. Jestru itu, rajin-rajinlah membaca Injil supaya kita dapat mengetahui pengajaran Yesus dan hidup sesuai dengan pengajaran-Nya.

Salah satu daripada pengajaran Yesus yang terpenting sekali yang terdapat didalam Injil ialah: "Kasihilah Tuhan , Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segneap akal budimu dan degnan segenap kekuatanmu......Dan Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri(Markus 12:30-31;Matius 22:34-40; Lukas 10:25-28). Dan banyak lagi pengajaran-pengajaran Tuhan Yesus yang ada didalam Kitab Injil yang menanti untuk kita ketahui dan amalkan didalam kehidupan kita setiap hari selaku pengikutNya. Sesungguhnya sebagai orang Kristian, kita patutlah mengenal, menghayati dan melakukan semua pengajaran Tuhan Yesus yang terdapat didalam Kitab Injil.

Saudara dan saudari, marilah kita beruasaha untuk mengetahui semua pengajaran Yesus yang termaktub didalam Injil supaya kita dapat hidup menurut Injil. Janganlah kita lalai dan janganlah malas untuk mengetahui ajaran Yesus yang ada didalam Injil. Marilah kita dengan tekun dan tabah menjalankan kehidupan kita selaku orang-orang Kristian  berdasarkan dan berpandukan kepada Injil, Firman Tuhan. Amin.

Saturday, September 10, 2011

Tinggal & Meninggal


Kita tinggal didunia ini bukanlah untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia ini. Sama ada kita telah menjadi manusia yang berjaya atau gagal, berpangkat atau tidak, kaya atau miskin....kita semua akan pergi. Satu per satu kita akan pergi. Kemana? Sudah pasti badan kita akan menuju kepada tanah perkuburan tetapi roh kita kembali ke hadapan Pencipta kita iaitu Tuhan Allah yang Maha Esa. Sebab itu, kita harus usahakan dan mencoba sedaya-upaya menjadikan kehidupan semasa tinggal di dunia ini suatu kehidupan yang baik, bermoral, beragama dan setia kepada Tuhan sampai kepada hafas kita yang terakhir. Kerana meskipun kehidupan didunia ini akan berakhir tetapi selepas kita meninggalkan dunia ini, kehidupan kita akan bermula iaitu satu kehidupan yang baru. Tetapi semasa ada baik atau jahat, bahagia atau sengsara kehdiupan kita selepas kita meninggalkan dunia ini adalah bergantung kepada kehidupan kita semasa hidup didalam dunia ini. Sebab itu, marilah kita menjadi manusia yang sungguh-sungguh menyembah Tuhan Allah dan mengikut segala Pengajaran-Nya sesuai dengan tunjuk-ajar yang diberikan oleh Tuhan Yesus, Anak Allah yang dihantar-Nya bukan saja untuk mewartakan Khabar Gembira tetapi bertindak selaku Penebus dosa dan Penyelamat umat manusia.

Secara am, Tuhan Yesus mengajar kita utuk mencintai Tuhan Allah segenap hati kita dan mencintai sesama manusia seperti kita mencinti diri kita sendiri(Injil Markus 12:28-31). Kegagalan kita untuk metaati Pengajaran Tuhan bererti kegagalan kita mencintai Tuhan dan sesama manusia dan ini adalah satu dosa besar. Sebab itu marilah kita, jauhkan dosa dan segala jenis kejahatan kerana dosa mendatangkan maut( Yakobus 1:15). Jestru itu, marilah kita tinggal baik-baik semasa hidup didalam dunia ini supaya apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tidak akan ketinggalan utuk memasuk Kerajaan Surga. Amin.

Monday, August 8, 2011

Dapatkan Alkitab bah!

Alkitab adalah Firman Tuhan. aApakah anda dah memiliki sebuah Alkitab? Kalau belum, dapatkan satu! Beli bah! Jangan terlalu kedekut didalam hal membeli Alkitab. Jangan bilang mahal. Kerana ianya mampu kita miliki. Kalau Handphone, TV, Kereta, Jam, Komputer, Baju, Kasut dan lain-lain lagi barang yang  dapat kita miliki, mustahil kita tak dapat memiliki Alkitab. Sebab itu dapatkan satu Alkitab supaya anda dapat membaca, merenung dan melakukan pengajarannya didalam kehidupan  setiap hari. Jestru itu, dapatkan Alkitab secepat yang mungkin, jika anda belum memilikinya. Dan bagi yang dah ada Alkitab, jangan lupa meluangkan masa untuk membacanya setiap hari. Baca satu bab setiap hari pun...dah memadai. Lama-lama habis tu dibaca. Dan bila dah habis membacanya......BACA LAGI!  Ok, selamat membaca Alkitab.

Saturday, May 21, 2011

Carilah dahulu...

Di era IT ini, banyak diantara kita  berusaha keras   untuk mendapatkan lebih banyak wang, harta, pangkat, kedudukan, keseronokan hidup, dan kuasa. Inilah yang menjadi tumpuan dan buruan utama manusia dimasa kini. Sebenarnya, tak salah mencari perkara-perkara ini. Yang penting ialah ianya dicari secara baik dan tidak melanggar mana-mana nilai etika dan tidak bertentangan dengan pengajaran agama yang dianuti. Walau bagaimana pun, kita janganlah terlalu tergila-gilakan "wang & harta duniawi" kerana ini boelh menyebabkan kita lupa pada Tuhan yang Maha Esa dan membelakangkan pengajaranNya. Sebab itu, jangnalah kita lupa kata Tuhan Yesus," carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarnya...(Mat.6:33). Jestru itu, rajin-rajinlah berdoa dan pergi sembayang dan jangan lupa mengikut dan melakukan pengajaran Tuhan didalam hidup kita setiap hari. Sasaran utama kita ialah melakukan kehendak Tuhan dan menyembahNya sepenuh hati. Semoga semua kita berusaha kearah ini. Kerana tak ada gunanya kita menjadi pengikut Tuhan kalau kita tak mengikutiNya sepenuh hati. Pendek kata, apalah guna mengaku orang yang percaya kepada Tuhan tetapi tidak mengikut pengajaranNya sepenuh hati dna tidak menyembahNya setiap hari.? Jestru itu, marilah menjadi orang saleh dan kudus. Amin.

Wednesday, March 9, 2011

Hari Tiga Abu:Permulaan musim Pra-Paska;Musim Puasa(Lent)

Bagi umat Katolik Hari Rabu Abu(Ash Wednesday) adalah permulaan musim puasa atau musim Pra-Paska menurut bahasa Liturgi. Pada masa ini ada empat perkara yang ditekankan iaitu: 1.Pertobatan, 2:Berdoa, 3.Berpuasa, 4. Memberi derma.

1.Pertobatan: Inilah inti utama musim ini iaitu seruhan pertobatan. Kita semua dipanggil supaya bertobat: "Bertobatlah....."(Mat.4:17).Sebab itu, pada masa ini sangat penting sekali kita melihat cara kehidupan kita dan memperbaiki mana-mana sikap dan cara kehidupan kita yang salah. Jadi, jika kehidupan tidak mengikut cara kehidupan Kristian maka kita bertobat dengan kembali kejalan yang benar dan hidup sebagai orang Kristian yang baik, kudus dan sejati. Jadi, marilah menjadi orang yang bertobat supaya dapat merayakan Hari Paska(Easter) dengan lebih bermakna dan meriah.

2.Berdoa: Pada musim ini, kita luangkanlah masa yang lebih untuk berdoa. Jadi, seandainya kita jarang sekali berdoa baik dirumah atau di Gereja maka inilah masa yang baik untuk memulakan kehidupan yang berdoa lagi. Mulalah rajin-rajin berdoa kepada Tuhan. Dan berdoalah kepada Tuhan dengan rendah hati dan dengan iklas. Jangan mencari nama didalam hal berdoa(Mat.6:5-13).

3.Berpuasa: Perkara ini melibatkan dua aspek iaitu berpuasa dari segi makanan dan minuman dan berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan pengajaran Kristian. Pendek kata, kita berpuasa daripada melakukan kejahatan dan dosa. Dan bila kita berpuasalah tanpa menarik perhatian orang lain(Mat 6:16-18). Inilah cara puasa yang mulia.

4.Memberi derma: Pada musim ini, janganlah lupa memberi derma kepada orang-orang yang miskin dan kekurangan. Hulurkanlah bantuan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Mendermalah sesuai dengan kemampuan anda dan mendermalah secara senyap-senyap. Jangan "bising-bising" bila menderma(Mat 6:1-4).

Akhir sekali, jangan hairan jika mengalami banyak godaan dan gangguan sepanjang musim puasa ini. Kerana jika kita sungguh-sungguh berpegang kepada semangat musim puasa ini, jangan harap setan dan iblis akan tidur nyenyak. Mereka pasti akan melipatkan ganda usaha mereka untuk menjatuhkan iman kita. Sebab itu, tabahkanlah hati dan sabarlah menghadapi apa jua jenis godaan yang datang didalam kehidupan kita sepanjang musim puasa ini. Kuatkanlah iman dan semangat anda. Jangan sekali-kali lemah semangat dan awal-awal angkat bendera putih. Berjuanglah dan ingatlah didalam nama Tuhan Yesus, kita boleh mengatasi apa jua tentangan dan godaan yang datang didalam hidup kita. Amin

Thursday, February 24, 2011

Mau jadi Boss?

"Barangsiapa ingin menjadi besar diantara kamu, hendaklah ia menjadi pelayan mu, dan barangsiapa yang mahu menjadi terkemuka diantara kamu, hendaklah ia menjadi hamba untuk semuanya"(Mrk 10:43-44).

Secara am Kecenderungan dan keminatan kita adalah untuk menjadi Boss! Meskipun keinginan ini bukanlah salah kalau disertai dengan motif yang baik tapi ianya dianggap salah jika tujuan kita untuk menjadi Boss adalah tertumpuh kepada "Mencari Nama & untuk mempunyai Kuasa." Ini bahaya nii! Jadi, kalau mau jadi Boss, jadilah Boss yang baik dan bukannya Boss yang jahat, garang dan tak baik. Ingatlah, kedudukan Boss bererti lebih banyak tanggungjawap, kerja dan memberi contoh serta tauladan kpd sesama terutama sekali yang berada dibawah jagaan Boss. Pendek kata, Boss bererti lebih sungguh didalam pelayanan dan pekerjaan dimana ini dihiasi dengan kejujuran, keiklasan, kerendahan hati dan ketegasan secara sihat. Janganlah kerana dah jadi Boss, buruk tabiat pula seperti lambat datang pejabat, tak buat kerja, awal pulang, membebankan kaki-tangan, terlalu mengarah dan tak bertimbang-rasa. Bah, ingatlah menjadi Boss yang sabar, baik, perhatin, penyayang, peramah, understanding, & dll.

Petikan Alkitab diata memberi kita pedoman dan pengajaran bahawa menjadi Boss bererti pelayanan dan perkhidmatan kepada sesama manusia dan bukannya mementingkan kedudukan, pangkat dan kuasa. Jestru itu, jadilah Boss yang baik.