Thursday, July 29, 2010

Iman dan Perbuatan

Ada sebuah kisah mengenai percintaan. Setelah berkenalan dan berkawan selama tiga tahun, wanita itu bertanya kepada teman lelakinya.
“Apakah kau benar-benar mencintaiku?, tanyanya sambil memandang wajah jejaka yang dianggapnya bukan saja baik hati tetapi kacak juga.
“Ya….sudah tentu, Sayang”, katanya sambil memegang tangan wanitanya.
"Bila kau masuk meminang?” tanyanya dengan penuh harapan.
“Ahhh…..ahhhh…..”. Nada suaranya jelas menimbulkan keraguan.

Kini wanita ini mengerti bahawa jejaka yang dia sanjung selama ini sebenarmya tidak mencinta sebagai kekasih tetapi sekadar kawan biasa.

Inilah yang dinamakan “Perkataan manis tak dibuktikan dengan perbuatan yang nyata. Atau manis dibibir saja tapi dihati lain-lain. Kata cinta, tapi takut masuk meminang. Jadi kata-kata yang manis tidak ada gunakan jika tidak diiringi dengan perbuatan. Begitu juga dengan halnya yang melibatkan kepercayaan kita kepada Tuhan.

Banyak orang berkata kepada Tuhan tetapi cara kehidupan mereka bagaikan orang yang tak mengenal Tuhan. Malah ada yang lebih teruk daripada orang yang tidak menganuti apa-apa agama. Bagaiman dengan kita sendiri? Apakah kita percaya kepada Tuhan tetapi tanpa perbuatan?

Sudah dibaptis tetapi kehidupan macam orang pagan juga. Misalnya kaki judi, kaki perempuan, gila lelaki, kaki minum, penipu, tak sembayang, pukul bini/suami, mendera anak sendiri, mencuri harta orang, malas pergi sembayang dan macam-macam lagi kejahatan yang lain dilakukannya. Inilah yang dikatakan ada kepercayaan tapi tidak melakukan apa yang diajar disuruh oleh Tuhan. Ini bererti tidak menghidupi kehidupan sesuai dengan pengajaran Tuhan.

Sesungguhnya, iman mestilah disertai dengan perbuatan. Misalanya berdasarkan kepada SEPULUH PERINTAH TUHAN. Salah satu daripadanya ialah: “Kuduskanlah Hari Tuhan” maka, perbuatan yang sesuai dilakukan mengikut pengajaran ini ialah PERGI SEMBAYANG KE GEREJA ADA HARI AHAD.” Inilah yang dikatakan Iman dengan perbuatan yang nyata. Kalau disebaliknya iaitu tidak pergi sembayang inilah yang dimaksudkan Iman tanpa perbuatan! Seperti yang tertulis didalam Alkitab:

”Jika iman itu tidak disertai dengan perbuatan, maka iman itu pada hakekatnya adalah mati”(Yakobus 2:17).

Perlu kita ingat bahawa setiap perbuatan kita sebagai orang yang beriman kepada Tuhan mestilah berdasarkan kepada cinta atau kasih. Kerana perbuatan yan dilakuan tanpa kasih bererti sia-sia. Tak bernilai dan tidak mendatangkan apa-apa berkat didalam hidup kita. Kerana Tuhan hanya memberkati orang beriman yang mempunyai cintakasih didalam setiap perbuatannya. Seperti yang dinyatakan didalam Alkitab:

“ Sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih aku sama sekali tidak berguna”(1 Kor.13:2b)

Jadi, didalam hidup kita sebagai orang Krisitan, kita harus pastikan bahawa apa yang kita buat sesuai dengan pengajaran agama kita, haruslah kita lakukan atas dasar cintakasih dan bukan kerana mahu mencari sanjungan, pujian, pangkat , glamour dan populariti. Bukan juga kerana terpaksa tetapi apa saja yang kita lakukan adalah atas perasaan cinta kepada Tuhan dan sesame manusia. Ini bererti setiap perbuatan kita dalah iklas dan jujur.

Saudara dan saudari marilah kita selaku orang yang beriman menghidupi iman kita dengan sentiasa melakukan kehendak Tuhan dan mentaati segala pengajaranNya dalam semangat cintakan kepada Tuhan Yanga Maha Esa.


Sunday, July 4, 2010

Balas bah!??

Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! (Roma 12:17)

Kebanyakan manusia memang cenderung dan selalu mahu membalas kejahatan yang dilakukan orang lain kepadanya. Membalas dendam adalah dianggap sebagai satu keadilan dan satu kepuasan bila berjaya  melakukan pembalasan kepada orang jahat atau musuhnya. Tetapi Firman Tuhan yang tersebut diatas memberi kita pengajaran yang jelas sekali bahawa kita tidak boleh membalas "kejahatan dengan kejahatan" sebaliknya kita dicabar dan diminta supaya membalas kejahatan dengan kebaikan. Pendek kata, kita diminta untuk mengasihi sesama manusia termasuklah orang-orang yang jahat. Nah, sekarang mari kita tanya diri kita sendiri, "Apakah kita cenderung untuk membalas kejahatan dengan kejahatan atau dengan sabar belajar mengasihi dan mengampun orang-orang yang bertindak jahat kepada kita?

Didalam hidup ini, kejahatan jangan kita lakukan.  Musuh atau penjahat bukan dimusnahkan. Tetapi, marilah kita menawan dan memenangi hati mereka dengan kebaikan agar mereka tergerak untuk  menjadi manusia yang lebih baik dan seterusnya bertobat kepada Tuhan dan menjadi orang yang beriman kepada Tuhan. 

Saudara dan saudari, marilah kita sama-sama menjauhkan kejahatan dan sentiasa mengutamakan cintakasih, pengampunan, keamanan, dan kedamaian didalam hidup kita.