Tuesday, September 29, 2009

Berjaga-jagalah Iblis!


Salah satu daripada yang menjadi penganggu dan pengoda utama didalam hidup kita sebagai orang yang beriman kepada Tuhan ialah Iblis. Dia ini tidak mahu kita setia dan taat kepada Tuhan. Sebab itu ia sentiasa mencari jalan yang paling menarik untuk mengoda umat manusia yang beriman kepada Tuhan supaya mereka jatuh kedalam dosa dan jauh daripada Tuhan. Dia tidak mahu kita menjadi orang yang iklas dan jujur serta setia kepada Tuhan. Kerana dia tidak mahu kita mendapat kebahagian sejati dan kehidupan kekal bersama-sama dengan Tuhan di suatu hari ini. Pendek kata, dia mahu kita masuk surga. Dia mah kita pergi ke neraka. Dia begitu cemburu kalau kita menjadi orang yang kudus dan bertakwa. Itulah sebabnya dia sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan iman agar kita jatuh kedalam dosa. Jestru itu saudara dan saudari, marilah menghayati Firman Tuhan yang berbunyi:"Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya"(1 Pet 5:8).

Sesungguhnya, senjata yang paling berbisa melawan iblis ialah kecekalan dan ketabahan hati untuk menyembah Tuhan dan mengikuti segala pengajaranNya. Dan yang peling penting ialah rajin, tetap dan setia berdoa. Sebab itu, janganlah lalai didalam hal berdoa. Tetaplah berdoa lebih-lebih lagi apabila ada keinginan untuk berbuat jahat atau apabila digoda oleh Iblis.Amin.






Sunday, September 13, 2009

Yang terpenting....


"Jagalah dirimu, supaya hatimu jangan sarat oleh pesta pora dan kemabukan serta kepentingan-kepentingan duniawi dan supaya hari Tuhan jangan dengan tiba-tiba jatuh ke atas dirimu seperti suatu jerat"(Yak.2:34).


Berdasarkan kepada petikan Alkitab diatas mari kita tanya pada diri kita masing-masing: Apakah saya menjaga diri saya daripada pesta pora? Misalnya pergi pub-pub malam untuk berpesta sampai pagi? Pesta kahwin yang terlalu lama. Mungkin satu minggu atau dua minggu.


Bagaimana didalam hal meminum minuman keras semasa ada Keramian atau acara "Aramai Tii"? apakah kita terlalu minum minuman keras yang memabukkan? Apakah kita selalu mabuk?


Bagaimana daripada kepentingan-kepentingan duniawi? Apakah kita terlalu mencari kekayaan dan wang sehingga lupa Tuhan dan jarang sekali berdoa kepada Tuhan?


Jadi, Alkitab mengajar kita supaya jangan keterlaluan didalam hal berpesta atau "Ramai-ramai". Demikian juga dengan hal meminum minuman keras. Jangan terlampau minum nanti mabuk! Minum sikit-sikit, bolehlah asalkan jangan sampai mabuk-mabukkan. Dan kita juga diingatkan supaya jangan terlalu mementingkan harta dan kekayaan duniawi. Kerana kalau terlalu gilakan harta dunia, kita akan lupa Tuhan dan harta-benda pula menjadi tuhan kita. Sebab itu, marilah dahulukan Tuhan didalam hidup kita. Sesungguhnya, Tuhan adalah yang nombor satu dan yang terpenting sekali didalam hidup kita. Bukan mengutamakan pesta, harta dan minuman. Kerana yang terpenting sekali didalam hidup kita ialah Tuhan yang Maha Esa. Amin.