Sunday, September 13, 2009

Yang terpenting....


"Jagalah dirimu, supaya hatimu jangan sarat oleh pesta pora dan kemabukan serta kepentingan-kepentingan duniawi dan supaya hari Tuhan jangan dengan tiba-tiba jatuh ke atas dirimu seperti suatu jerat"(Yak.2:34).


Berdasarkan kepada petikan Alkitab diatas mari kita tanya pada diri kita masing-masing: Apakah saya menjaga diri saya daripada pesta pora? Misalnya pergi pub-pub malam untuk berpesta sampai pagi? Pesta kahwin yang terlalu lama. Mungkin satu minggu atau dua minggu.


Bagaimana didalam hal meminum minuman keras semasa ada Keramian atau acara "Aramai Tii"? apakah kita terlalu minum minuman keras yang memabukkan? Apakah kita selalu mabuk?


Bagaimana daripada kepentingan-kepentingan duniawi? Apakah kita terlalu mencari kekayaan dan wang sehingga lupa Tuhan dan jarang sekali berdoa kepada Tuhan?


Jadi, Alkitab mengajar kita supaya jangan keterlaluan didalam hal berpesta atau "Ramai-ramai". Demikian juga dengan hal meminum minuman keras. Jangan terlampau minum nanti mabuk! Minum sikit-sikit, bolehlah asalkan jangan sampai mabuk-mabukkan. Dan kita juga diingatkan supaya jangan terlalu mementingkan harta dan kekayaan duniawi. Kerana kalau terlalu gilakan harta dunia, kita akan lupa Tuhan dan harta-benda pula menjadi tuhan kita. Sebab itu, marilah dahulukan Tuhan didalam hidup kita. Sesungguhnya, Tuhan adalah yang nombor satu dan yang terpenting sekali didalam hidup kita. Bukan mengutamakan pesta, harta dan minuman. Kerana yang terpenting sekali didalam hidup kita ialah Tuhan yang Maha Esa. Amin.