Wednesday, March 11, 2009

Buatlah....PhD!

Yaaa.....buatlah PhD dimusim puasa ini. Jangan malas-malas buat PhD. Maksud saya bukan buat thesis untuk mendapatkan Kedoktoran duniawai. Tetapi untuk "Kedoktoran" rohani bah! P=Puasa; h(H)=Hulurkan derma; dan D=Doa.
P= Puasa memang mencabar sekali. Memang menghairankan juga yaa....Di musim puasa nii macam rasa lapar saja dan macam selera makan pun macam bagus betul. Mantang-mantanglah musim puasa macam-macam lagi keinginan. Macam rindu makan itulah dan inilah! Hey! Inilah gara-gara godaan Setan dan Iblis. Tapi, jangan mengalah. Kuatkan hati.....Berjuanglah habis-habisan.
H=Hulurkan derma. Apa macam, dah meningkatkan aksi mendermakah? Atau masih selalu memberi wang yang pandai berbunyi-bunyi(duit syiling) bila ke Gereja? Bah, cubalah belajar memberi derma tanpa bunyi(wang kertas). Ini bererti memberi lebih daripada kebiasaan. Ringankan tangan menghulurkan derma kepada pihak Gereja dan juga kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Tidak rugi bah menderma. Kerana orang yang menerima bantuan kita akan menjadi gembira(senyuman pasti lebar-lebar) dan kita pula kena berkat lagi oleh Tuhan yang Maha Esa. dan kita pula merasa "puas hati". Ada kebahagian disudut hati kita.
D=Doa pula bagaimana cabaran dan godaannya. Apakah anda merasa semakin malas pula berdoa dan macam bosan pula berdoa? Rasa mengantuk? Bah.....biasalah bah tuu. Yang penting jangan mudah mengalah. Teruslah berdoa. Jangan tinggalkan doa atau mengenepikannya. Kuatkan hati. Tabahkan hati.]
Memang buat PhD banyak sekali cabaran dan godaanya. Begitulah perjalanan orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Tuhan. Cabaran dan godaan sedemikian adalah perkara biasa dan sememangnya kita dah jangkakan akan berlaku. Maklumlah setan dan iblis nii kuat cemburu. Pantang nampak orang berpuasa dan menderma! Apa lagi kalau berdoa. Mereka pasti tidak tidur kerana bersungguh-sungguh berusaha memisahkan kita daripada Tuhan. Tapi, walau bagaimana pun, hadapilah segala-galanya dengan tenang. Berpuasalah dengan tabah; Hulurkanlah derma dengan iklas dan berdoalah tanpa jemu.
Jangan sekali-kali mudah mengalah. Berjuanglah dengan tabah. Kalau tidak nanti para setan dan iblis pula yang menari-narilah kerana berjaya mengagalkan usaha kita untuk mendapatkan PhD rohani lagi. Akhirnya, kita sendiri yang rugi. Dah tuu dapat juga gelar PhD tetapi lain ertinya iaitu Peminat hantu Dah! Jestru itu, berjuanglah sepenuh hati. Jangan mengalah selagi badan bernyawa. Amin.