Tuesday, August 26, 2008

Sepuluh Perintah Tuhan

Sebagai orang yang telah menerima pembaptisan, masih ingatkah kamu apa itu "Sepuluh Perintah Tuhan" yang utama? Ingat? Kalau dah lupa-lupa berikut adalah hadiah untuk anda. Berdasarkan kepada Alkitab Kristian yang lengkap, terdapat SEPULUH PERINTAH TUHAN ALLAH YANG UTAMA:
01: Aku Allah, Tuhan mu. Sebab itu janganlah memuja berhala; Berbaktilah kepada-KU saja dan cintailah Aku lebih dari segala sesuatu.
02: Jangan menyebut Nama Allah, Tuhan mu tidak dengan hormat.
03: Kuduskankanlah hari Tuhan.
04: Hormatilah ibubapa mu.
05: Jangan membunuh.
06: Jangan berbuat cabul atau zina.
07: Jangan mencuri.
08: Jangan berbohong atau berdusta.
09: Jangan mengingini isteri(suami) orang lain.
10: Jangan mengingini harta-benda orang lain.

(Rujukan Kitab Keluaran 20:1-17; Kitab Ulangan 5:1-22).
Sesungguhnya, inilah yang menjadi Pedoman danPegangan didalam hidup kita selaku orang Krisitan. Sebab itu, marilah kita bersama-sama berusaha sungguh-sungguh untuk melaksanakan Perintah-perintah Tuhan ini didalam kehidupan kita setiap hari. Jangan mudah berputus asa didalam hal melakukannya. Kuatkan hati dan tingkatkan semangat jati untuk menjadi umat Kristian yang lebih baik. Amin.

Saturday, August 16, 2008

Perintah Tuhan yang kedua

Perintah Tuhan yang terpenting sekali sudah kita ketahui. Sekarang marilah kita pelajari Perintah Tuhan yang kedua, ianya berbunyi seperti berikut: "Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Mat.22:39). Pada pendapat saya, perintah ini adalah tepat sekali. Kerana kalau kita saling mengasihi seseama manusia seperti kita mengasihi diri sendiri maka, wujudlah keamanan dan kebahagiaan dianata kita. Dengan ini kita hidup gembira dan tanpa perang. Dunia kita aman dan bahagia!
Sesungguhnya, jika kita percaya dan mencintai Tuhan maka, kita mestilah mencintai ciptaan Tuhan yang paling istimewa iaitu manusia. Sebab itu, kalau membenci sesama manusia yang dicipta oleh Tuhan maka, ini bererti bahawa cinta kita kepada Tuhan adalah tidak sempurna dan tidak lengkap. Dan merupakan satu pembohongan kepda diri sendiri dan kepada Tuhan. Kerana itu, marilah kita saling mengasihi sesama manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, kedudukan, status, dan agama; Janganlah ada kebencian, pergaduhan, perkauman, perperangan, kejahatan dan keganasan diantara kita. Kalau ini dapat kita amalkan didalam hidup kita maka, sempurnalah cinta kita kepada Tuhan.
Buat apa kita bergaduh dan bermusuhan? Janganlah ada kebencian dan permusuhan diantaa kita. Kerana, kita semua adalah satu didalam keluarga besar Tuhan. Kita semuanya bersaudara kerana kita semua adalah ciptaan-Nya. Sebab itu, marilah kita saling mengasihi sesama seperti kita mencintai diri sendiri supaya kita dapat hidup dengan harmoni, aman dan damai . Marilah juga saling tolong menolong dan saling menghormati diantara kita selaku manusia yang sama-sama dicipta oleh Tuhan yang Maha Esa. Amin.

Friday, August 8, 2008

Perintah yang terutama

Pernahkah anda bertanya apakah Pengajaran atau Perintah Tuhan yang terpenting sekali? Dulu saya sering juga memikirkan hal ini dan tercari-cari jawapannya. Puas juga saya memeras otak untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan. Tetapi, tidak dapat sehinggalah saya berjaya memiliki sebuah Alkitab yang lengkap. Jawapannya terdapat didalam Injil Markus yang berbunyi: " Kasihilah Tuhan, Allahmu dengan segenap hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu" (Mrk.12:30-31; Mat.22:34-38;Luk.10:10:25-28).
Saya fikir tidak adalah lagi Perintah yang lebih penting daripada ini. Inilah perintah yang harus kita usahakan didalam kehidupan agar dapat melakukannya didalam kehidupan kita setiap hari dan sepanjang kehidupan kita didunia ini. Kerana selaku manusia, tugas atau tanggungjawap kita yang terpenting sekali didalam hidup ini ialah mencintai Tuhan sepanjang hidup kita, kerana Dialah Pencipta kita.
Cinta kita kepada Tuhan mestilah mantap dan sepenuh hati. Kita haruslah sungguh-sungguh dan serious didalam perkara ini kecuali kalau kita tak kisah masuk neraka disuatu hari nanti. Tetapi, sebagai orang yang mahukan kebahagian sejati dan keselamatan serta merindukan kehidupan di Surga, kita tidak boleh bersikap separuh hati didalam hal mencintai Tuhan. Kita mesti mencintaiNya sepenuh hati dan sepanjang kehidupan kita didunia ini agar peluang kita untuk menikmati kehidupan disamping denganNya dimasa akan datang lebih cerah. Jestu itu, marilah kita mencintai Tuhan melalui fikiran, perkataan dan perbuatan sepanjangan hayat kita didunia ini. Disamping itu, jangan kita lupa menjauhi apa juga jenis kejahatan dan kekejian yang boleh membawa dosa. Kerana upah dosa ialah maut iaitu kesengsaraan ke dalam api neraka. Jestru itu, marilah melakukan apa yang diberkati dan diredai oleh Tuhan demi cinta kita yang sejati kepadaNya; dan demi mendapat kebahagian dan keselamatan kita diakhir zaman nanti. Semoga kepenuhan dan kejujuran kita mencintai Tuhan, diberkatiNya dengan kehidupan abadi bersama-sama denganNya didalam Surga.Amin.

Tuesday, August 5, 2008

Sungguh-sungguh bertuah!

Seorang anak kecil bertanya kepada ibunya," Mak bagaimana kamu buat saya?" Ibunya sambil tersenyum lebar menjawab." Sayangku, Tuhan yang membuatmu. Saya dan ayahmu hanya melakukan apa yang perlu sesuai dengan pengajaran Tuhan seperti menjaga dan memberimu makan dan pakaian." " Wah! Tuhan tu baik ya mak. Dia buat saya, kata anak kecil itu sambil melompot-lompat dengan penuh gembira. "Yaa...nak, Tuhan memang baik dan sungguh-sungguh baik."
Didalam Kitab Kejadian bab 1, ayat 1 sehingga ayat 28 (Kej.1:1-28), dikisahkan bagaimana Tuhan mencipta dunia dan seluruh isinya termasuklah manusia. Tuhan berkata,"Baiklah kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kita,"(Kej.1:26a). Berdasarkan kepada Kitab ini memang jelas sekali bahawa Tuhan adalah pencipta manusia. Saya percaya bahawa setiap manusia yang ada didalam dunia ini adalah sungguh-sungguh bertuah kerana telah diberi peluang oleh Tuhan yang Mahakuasa untuk hidup di dunia ini. Sedangkan beribu-ribu "benih kehidupan" yang tidak sempat menjadi matang dan dilahirkan. Ada pula diantara mereka yang "gugur" atau "gagal" semasa didalam perjalanan untuk bersatu dengan "telur ibu" dan seterusnya dilahir ke dalam dunia ini. Tetapi, kita semua sungguh-sungguh bertuah, kerana kita berjaya keluar dari rahim ibu kita dan seterusnya hidup diatas bumi yang indah ini. Kenapa? Kerana Tuhan mengizinkan dan merancanakan kewujudan kita. Dia mengkurniakan kita KEHIDUPAN! Inilah pemberian-NYA Tuhan yang bukan saja yang terpenting tetapi yang teristimewa sekali. Kita memang sungguh-sungguh bertuah!!!
Sedar akan hakikat ini, marilah menjaga kehidupan ini dengan penuh berhati-hati. Dan sebagai tanda keiklasan kita berterima-kasih kepada Tuhan, marilah berusaha menjadi manusia yang baik, dan lebih beriman dengan rajin mematuhi segala perintah-perintah-Nya dan rajun berdoa serta bertakwa kepada-Nya. Marilah menyembah-Nya dengan jujur dan menjauhkan apa juga jenis kejahatan supaya kita dapat hidup dengan tenteram dan tenang tanpa kekecohan. Marilah sama-sama kita mencintai Tuhan sepenuh hati kita dan sesama manusia serta saling menghormati antara satu sama dengan tanpa mengira kedudukan, warna kulit, bangsa dan agama kerana kita semua adalan ciptaan Tuhan. Kita semua adalah anak-anak Tuhan. S ebab itu elakkan pergaduhan dan perperangan dan marilah kita sama-sama hidup dengan aman dan bahagia demi cinta kita kepda Tuhan yang Maha Esa. Amin.

Friday, August 1, 2008

Kenapa "Pak Janggut."

Mungkin kamu berfikir atau tertanya-tanya atau hairan kenapa blogku ini dinamakan Pak Janggut. Biarlah ku terangkan secara ringkas dan padat. Pertama, saya memang suka dengan panggilan ini kerana saya memang berjanggut. Jadi ngamlah! Tapi sebab yang kedua lebih istimewa kerana ada kaitan seorang gadis yang benar-benar telah "mencuri hatiku" pada suatu masa dahulu. Dialah yang pertama sekali memanggil saya "Pak Janggut." Hmmm...kami adalah bah mula berjinak-jinak dengan dunia percintaan tetapi, kerana "kesibukan peribadi" maka, benih kasih-sayang yang baru tumbuh terbengkalai begitu saja.Tak kesampaianlah.... Apa boleh buat. Mungkin dah tidak ada jodoh bah!(He he he) Kini, semuanya tinggal kenangan saja. Walau bagaimanapun, masih ada sisa-sisa kasih-sayang diantara kami bah. Tapi, bukanlah sebagai pasangan "Romeo & Juliet" tetapi, hanya sebagai sahabat yang bersaudara dan seiman didalam nama Tuhan. Dan saling menghormati peribadi dan komitmen masing-masing. Jadi, konon-konon mau mengabadikan kenangan yang manis bersama-sama dengan seorang insan yang pernah menyentuh hatiku. Apa salahnya kan? Sedangkan yang jahat pun kita terkenang-kenang juga! Inikan pula kenangan manis! Betul tak? Nah! Begitulah kisahnya, mengapa blogku yang simple dan tak seberapa ini dinamakan Pak Janggut( He he he ...)