Tuesday, August 5, 2008

Sungguh-sungguh bertuah!

Seorang anak kecil bertanya kepada ibunya," Mak bagaimana kamu buat saya?" Ibunya sambil tersenyum lebar menjawab." Sayangku, Tuhan yang membuatmu. Saya dan ayahmu hanya melakukan apa yang perlu sesuai dengan pengajaran Tuhan seperti menjaga dan memberimu makan dan pakaian." " Wah! Tuhan tu baik ya mak. Dia buat saya, kata anak kecil itu sambil melompot-lompat dengan penuh gembira. "Yaa...nak, Tuhan memang baik dan sungguh-sungguh baik."
Didalam Kitab Kejadian bab 1, ayat 1 sehingga ayat 28 (Kej.1:1-28), dikisahkan bagaimana Tuhan mencipta dunia dan seluruh isinya termasuklah manusia. Tuhan berkata,"Baiklah kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kita,"(Kej.1:26a). Berdasarkan kepada Kitab ini memang jelas sekali bahawa Tuhan adalah pencipta manusia. Saya percaya bahawa setiap manusia yang ada didalam dunia ini adalah sungguh-sungguh bertuah kerana telah diberi peluang oleh Tuhan yang Mahakuasa untuk hidup di dunia ini. Sedangkan beribu-ribu "benih kehidupan" yang tidak sempat menjadi matang dan dilahirkan. Ada pula diantara mereka yang "gugur" atau "gagal" semasa didalam perjalanan untuk bersatu dengan "telur ibu" dan seterusnya dilahir ke dalam dunia ini. Tetapi, kita semua sungguh-sungguh bertuah, kerana kita berjaya keluar dari rahim ibu kita dan seterusnya hidup diatas bumi yang indah ini. Kenapa? Kerana Tuhan mengizinkan dan merancanakan kewujudan kita. Dia mengkurniakan kita KEHIDUPAN! Inilah pemberian-NYA Tuhan yang bukan saja yang terpenting tetapi yang teristimewa sekali. Kita memang sungguh-sungguh bertuah!!!
Sedar akan hakikat ini, marilah menjaga kehidupan ini dengan penuh berhati-hati. Dan sebagai tanda keiklasan kita berterima-kasih kepada Tuhan, marilah berusaha menjadi manusia yang baik, dan lebih beriman dengan rajin mematuhi segala perintah-perintah-Nya dan rajun berdoa serta bertakwa kepada-Nya. Marilah menyembah-Nya dengan jujur dan menjauhkan apa juga jenis kejahatan supaya kita dapat hidup dengan tenteram dan tenang tanpa kekecohan. Marilah sama-sama kita mencintai Tuhan sepenuh hati kita dan sesama manusia serta saling menghormati antara satu sama dengan tanpa mengira kedudukan, warna kulit, bangsa dan agama kerana kita semua adalan ciptaan Tuhan. Kita semua adalah anak-anak Tuhan. S ebab itu elakkan pergaduhan dan perperangan dan marilah kita sama-sama hidup dengan aman dan bahagia demi cinta kita kepda Tuhan yang Maha Esa. Amin.