Saturday, August 16, 2008

Perintah Tuhan yang kedua

Perintah Tuhan yang terpenting sekali sudah kita ketahui. Sekarang marilah kita pelajari Perintah Tuhan yang kedua, ianya berbunyi seperti berikut: "Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri" (Mat.22:39). Pada pendapat saya, perintah ini adalah tepat sekali. Kerana kalau kita saling mengasihi seseama manusia seperti kita mengasihi diri sendiri maka, wujudlah keamanan dan kebahagiaan dianata kita. Dengan ini kita hidup gembira dan tanpa perang. Dunia kita aman dan bahagia!
Sesungguhnya, jika kita percaya dan mencintai Tuhan maka, kita mestilah mencintai ciptaan Tuhan yang paling istimewa iaitu manusia. Sebab itu, kalau membenci sesama manusia yang dicipta oleh Tuhan maka, ini bererti bahawa cinta kita kepada Tuhan adalah tidak sempurna dan tidak lengkap. Dan merupakan satu pembohongan kepda diri sendiri dan kepada Tuhan. Kerana itu, marilah kita saling mengasihi sesama manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, kedudukan, status, dan agama; Janganlah ada kebencian, pergaduhan, perkauman, perperangan, kejahatan dan keganasan diantara kita. Kalau ini dapat kita amalkan didalam hidup kita maka, sempurnalah cinta kita kepada Tuhan.
Buat apa kita bergaduh dan bermusuhan? Janganlah ada kebencian dan permusuhan diantaa kita. Kerana, kita semua adalah satu didalam keluarga besar Tuhan. Kita semuanya bersaudara kerana kita semua adalah ciptaan-Nya. Sebab itu, marilah kita saling mengasihi sesama seperti kita mencintai diri sendiri supaya kita dapat hidup dengan harmoni, aman dan damai . Marilah juga saling tolong menolong dan saling menghormati diantara kita selaku manusia yang sama-sama dicipta oleh Tuhan yang Maha Esa. Amin.