Thursday, February 24, 2011

Mau jadi Boss?

"Barangsiapa ingin menjadi besar diantara kamu, hendaklah ia menjadi pelayan mu, dan barangsiapa yang mahu menjadi terkemuka diantara kamu, hendaklah ia menjadi hamba untuk semuanya"(Mrk 10:43-44).

Secara am Kecenderungan dan keminatan kita adalah untuk menjadi Boss! Meskipun keinginan ini bukanlah salah kalau disertai dengan motif yang baik tapi ianya dianggap salah jika tujuan kita untuk menjadi Boss adalah tertumpuh kepada "Mencari Nama & untuk mempunyai Kuasa." Ini bahaya nii! Jadi, kalau mau jadi Boss, jadilah Boss yang baik dan bukannya Boss yang jahat, garang dan tak baik. Ingatlah, kedudukan Boss bererti lebih banyak tanggungjawap, kerja dan memberi contoh serta tauladan kpd sesama terutama sekali yang berada dibawah jagaan Boss. Pendek kata, Boss bererti lebih sungguh didalam pelayanan dan pekerjaan dimana ini dihiasi dengan kejujuran, keiklasan, kerendahan hati dan ketegasan secara sihat. Janganlah kerana dah jadi Boss, buruk tabiat pula seperti lambat datang pejabat, tak buat kerja, awal pulang, membebankan kaki-tangan, terlalu mengarah dan tak bertimbang-rasa. Bah, ingatlah menjadi Boss yang sabar, baik, perhatin, penyayang, peramah, understanding, & dll.

Petikan Alkitab diata memberi kita pedoman dan pengajaran bahawa menjadi Boss bererti pelayanan dan perkhidmatan kepada sesama manusia dan bukannya mementingkan kedudukan, pangkat dan kuasa. Jestru itu, jadilah Boss yang baik.

Wednesday, February 16, 2011

Ada apa pada nama?

"Hendaklah engkau memelihara namamu, sebab ia tinggal padamu lebih lama daripada seribu harta emas yang besar"(Sirakh 41:12).

Petikan Alkitab ini memberi kita pengajaran agar menjaga nama sendiri dengan baik. Kerana kalau kita tidak menjaga nama kita  dengan baik, maka kita dianggap hina dan kotor oleh orang lain. Sebab itu sangat penting sekali jika menjaga nama kita agar ianya sentiasa baik dan dihormati orang. Jestru itu elakkanlah perkara-perkara yang boleh mencemar nama baik kita sendiri. Ingatlah bahawa apabila nama kita menjaadi cemar, para ahli keluarga kita yang dan para saudara-mara kita juga turut tercemar. Sebab itu, pandai-pandailah menjaga nama sendiri. Buatlah perkara-perkara yang baik dan mulia agar nama kita tetap terpelihara BAIK DAN DIHORMATI MALAH DISEGANI!

Friday, January 14, 2011

Keras kepala

"Jangan keras kepala terhadap ketakutan akan Tuhan, dan
jangan mendekatiNya dengan mendua hati"(Sirakh 1:28).

Banyak orang mengaku dan menanggap dirinya percaya kepada Tuhan namun keras kepala dan tidak takut untuk melanggar pengajaran Tuhan. Jadi, kalau begini sikapnya, apalah guna percaya kepada Tuhan? Jestru itu, jika kita percaya kepada Tuhan, marilah menjadi umatNya yang setia dan taat. Jangan terlalu keras kepala dan "takut-takutlah" kepada Tuhan kerana Dia berkuasa untuk menghantar kita Surga atau ke neraka. Ingat-ingatlah bahawa sebagai umat Tuhan,  kita ada tanggungjawap untuk menjadi umatNya yang benar-benar beriman dan bertakwa. Amin.


Tuesday, December 7, 2010

Anggur, Musik & Pelajaran.

"Air anggur dan musik meriangkan hati tetapi cinta kepada kebijaksanaan lebih baik daripada kedua-duanya"(Sirakh 40:20).

Memang air anggur dan musik boleh membuat kita begitu asyik  sehingga lupa kepada perkara-perkara yang lebih penting seperti menimba ilmu pengetahuan yang membuat kita bijak. Sebab itu, janganlah terlalu meminum minuman yang beralkohol atau minuman yang boleh memabukkan. Demikian juga dengan musik. Kalau kita terlalu mendengar musik juga boleh membuat kita terlalu asyik sehingga lupa membuat kerja adan membuat kerja-kerja yang lebih berguna dan berfaedah.

Sesungguhnya mencari ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan adalah pilihan yang lebih baik. Sebab itu, luangkanlah masa utnuk membaca bagi menambah ilmu pengetahuan. Belajar baik-baik, jangan terikut-ikut dengan kawan-kawan yang kuat minuman minuman yang keras dan asyik menari dengan iringan musik yang menasyikkan.

Kecenderungan dan minat kepada minuman keras dan musik adalah jelas sekali terutama pada umur sedang meningkat dewasa. "Darah muda" membuat kita lupa kepada perkara yang lebih penting misalanya belajar dan pergi sekolah kerana terlalu asyik dengan minuman keras & musik. Kedua-dua perkara ini boleh membawa kepada kegagalan, kesusahan dan kekecewaan jika terlalu aysik denganya sehinga lupa belajar. Jestru itu, adalah lebih baik tidak meminum minuman keras kalau masih lagi belajar. Demikian juga dengan musik, jangan terlalu mendengar musik sehingga pelajaran pun terjejas. Jadi, pandai-pandailah menjaga diri didalam hal ini. Minum sikit tak apa asalkan dikawal pengambilannya. Demikian juga dengan mendengara musik. Ok bah kalau tak keterlaluan. Walau bagaimana pun jika ternyata bahawa kedua-dua perkara ini menjejaskan pelajaran anda maka adalah lebih baik menumpuhkan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.

Thursday, December 2, 2010

Keperluan utama...

Didalam Alkitab didalam Kitab Sirakh dinyatakan bahawa keperluan utama didalam  hidup kita selaku manusia ialah "air dan makanan serta pakaian dan perumahan..."(Sirakh 29:21). Bila direnung secara mendalam betul juga kan! Kalau tidak ada air, kita akan kehausan dan mati akibat tidak ada air. Begitu juga kalau tidak ada makanan kita mati kebuluran.Begitu juga kalau tidak ada pakaian dan rumah. Ini mengakibatkan kita kesejukan dan akhir-akhirnya....mati. Jadi, kita perlu pastikan kita mempunyai keperluan utama ini secara mencukupi setiap hari agar kita dapat hidup lebih panjang didunia ini. Tidak bagus bah, cepat mati.(Hehehehe....).Bah! Marilah kita menjaga hidup dan saling bantu membantu agar kita semua mempunyai keperluan asas yang mencukupi.

Sunday, October 10, 2010

Lupa berterima...

Didalam Injil Lukas bab 17, ayat 11 sehingga ayat 19, tersebut kisah mengenai 10 orang berpenyakit kusta. Semua mereka datang kepada Tuhan Yesus dan meminta kasihan daripada-Nya.  Dia telah memenuhi permintaa mereka; Semua mereka disembuhkan-Nya  tetapi hanya seorang saja yang kembali untuk berterima kasih kepada-Nya! (Lk 17:11-19).Kenapa?

Yaaa... beginilah sifat kebanyakan manusia semasa susah, mereka mencari Tuhan dan memohon bantuan-Nya tapi bila mereka mendapat apa yang mereka hajati mereka lupa berterima kasih kepada Tuhan. Kenapa? Mungkin kerana terlalu ghairah atau terlalu naik "siok" maka Tuhan pun dilupakan. Apakah kita seperti mereka? Yang tidak tahu berterima kasih kepada Tuhan?  Dan juga kepada sesama insan?

Sifat tidak berterima kasih juga terbawa-bawa didalam kehidupan kita selaku manusia. Banyak orang yang berbakti dan berjasa kepada kita sepanjang hiudp kita seperti ibubapa kita, para ahli  keluarga kita, guru-guru, para doktor dan orang-orang yang berkerja dengan kerajaan dan swasta dan sebagainya. Pernahkah kita berterima kasih kepada mereka? Atau kita "acuh tak acuh" saja bila kebetulan bertemu dengan mereka?

Kebanyakan orang yang pernah menabur budi, jasa, bakti, pertolongan kepada kita biasanya tidaklah mengharap sangat balasan secara material atau kewangan daripada kita. Bagi mereka ucupan "Terima Kasih" atau "Thank You" dah memadai dan mencukupi.  Sebenarnya, kita tak dapat membayar atau membalas jasa dan bakti mereka kepada kita. Kerana jasa dan bakti baik daripada ibubapa atau orang lain tidak dapat kita nilai dengan wang dan harta.  Sebab itu, sebanyak mana pun kita berikan kepada mereka, kita tetap terhutang budi kepada mereka untuk selama-lamanya. Begitu juga dengan jasa dan bakti  yang Tuhan kurnikan kepada kita. Bagaimana kita mampu "membayarnya?  Kita tetap selama-lamanya "berhutang" kepada Tuhan yang Masa Esa dan Maha Pengasih.

Meskipun kita tidak mampu "membayar" jasa dan bakti mereka dan kepada Tuhan, kita sekurang-kurangnya dapat mengucapkan "Ribuan Terima Kasih." Disamping memperlihatkan penghormatan kita kepada mereka dan memberi aksi Penyerahan dan Penyembahan kepada Tuhan yang Maha Esa dengan sepenuh hati.

Bah! Marilah kita belajar mengucapkan "Terima Kasih" kepada setiap insan yang berbakti dan berjasa kepada kita. Lebih-lebih lagi kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah memberi kita kehidupan, dan berbagai-bagai lagi hadiah dan berkat. Amin.

Friday, September 17, 2010

Buat baik

"Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepada mu, perbuatlah demikian juga kepada mereka.
"(Matius 7:12).

Ada orang tak sukakan kejahatan dan hanya mahukan yang baik-baik untuk  dirinya sendiri. Tetapi suka pula membuat kejahatan kepada orang lain seperti memburuk-burukkan orang lain, menghina dan menfitnah orang, menuduh tanpa bukti dan usul-periksa, tak membayar hutang,  menumbuk, menipu, memaki-maki, dan sebagainya. Nah! Petikan Alkitab  diatas mencabar kita supaya melakukan yang baik-baik kepada orang lain kerana kita sukakan kebaikan; Dan jangan buat yang jahat kepada orang lain kerana kita sendiri pun tak sukakan kejahatan  dilontarkan kepada diri kita. Sesungguhnya, Kita semua mahukan yang baik-baik dan tidak mahu yang jahat-jahat. Jadi, marilah kita sama-sama memperjuangankan apa yang baik dan menjauhkan kejahatan demi kebaikan, kebahagian, keamanan, kegembiraan dan  kesejahteraan bersama selaku manusia ciptaan Tuhan yang bertuah kerana dapat hidup di bumi yang bertuah ini! Amin.