Monday, February 9, 2009

Hal mencuri.

Perintah Tuhan yang ke-7 ialah "Jangan mencuri" (Kitab Kel. 20:1-17;Ul 5:1-22). Perintah in mengajar kita supaya menghormati harta-benda kepunyaan orang lain termasuklah barang-barang milik ahli-ahli keluarga sendiri. Jadi, apa saja milik orang lain, janganlah usik-usik harta atau benda yang bukan milik kita.
Perintah ini juga mengajar kita agar membantu menjaga dan memelihara harta atau barang milik orang lain. Jadi, kalau kita nampak ada pencuri mencuri harta atau barang jiran kita, maka panggillah polis atau berteriak "Hoi! Jangan mencuri!; atau "Pencuri! Pencuri!
Selain daripada itu Perintah ini juga mengajar kita didalam hal meminjam atau memakai harta-benda orang lain. Jadi, kalau mau pinjam, mintalah kebenaran dulu sebelum menggunakannya. Kerana menggunakan harta-benda atau barang-barang orang tanpa kebenaran boleh menimbulkan pergaduhan dan kemarahan. Sebab itu, kalau mau pakai atau pinjam orang, tanya dulu. Dah dapat kebenaran barulah pakai. Dan, bila pakai barang pinjamam, pakailah dengan cermat dan penuh berhati-hati. Jaga, jangan sampai rosak. Kalau rosak bertanggungjawaplah; bayar kalau tuannya mahu minta pampasan. Pendek kata, bayar balik.
Jangan pandai pinjam atau pakai tapi tidak pandai pula jaga harta orang. Kalau tak pandai jaga harta pinjaman, lebih baik jangan pinjam harta orang. Dan kalau pinjam harta orang, jangan pinjam terus-menerus-Tidak pandai kasih balik. Jangan menunggu pemiliknya memintanya kembali baru kasih balik. Ini adalah sifat yang tidak baik dan memalukan. Jadi, kalau dah siap memakainya, kembalikanlah harta orang secepat yang mungkin. Kerana harta itu bukan milik anda dan tak sepatutnya berada ditempat anda begitu lama. Kembalikan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Ingatlha, kalau kita ada kekurangan, janganlah sampai mencuri. Berusahalah secara baik untuk memilik benda atau harta yang ingin kita miliki. Kumpul wang sikit-sikit, lama-lama dapat juga bah tuu! Sesungguhnya, orang yang mencuri adalah orang yang tamak! Dan orang yang tamak, selalunya rugi. Kerana dia bukan saja digelar pencuri dan penjahat. Malah kalau kedapatan dihukum dan dimasukkan kedalam penjara!
Kemisikinan dan kesusahan hidup bukan alasan untuk mencuri. Kalau ada kekurangan, mintalah bantuan dengan rendah hati. Tetapi, jangan pula selalu meminta-minta. Kerana orang pun tak suka kalau selalu diminta-minta.
Belajarlah berusaha untuk memajukan diri agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan orang lain. Kalau selalu meminta, tidak juga baik nanti mendapat gelaran P-E-M-A-L-A-S. Malu juga bah kan! Walau bagaimana pun, kalau dah tidak ada jalan lain lagi, jangan malu-malu meminta pertolongan. Yang penting, jangan mencuri! He he he....
Hmmm.....kadang-kadang lucu juga ragam manusia. Kalau meminta malu konon, tetapi kalau mencuri tidak malu pula! Seperti kisah seorang anak kecil kedapatan mencuri buah rambutan.
"Kenapa kau mencuri?!"
"Abisss.....masak sudah itu rambutan.."
"Kenapa kau tidak meminta?"
"Malu bah..."
"Oh.....meminta malu yaa...Mencuri tak malu?"
Semoga kita, tidak malu meminta kebenaran sebelum menggunakan harta atau barang-barang orang lain memakainya; Dan tidak malu meminta dengan baik tetapi malu mencuri. Semoga kita juga belajar menghormati dan menjaga harta orang lain disamping menjaga harta sendiri. Akhir sekali, biarlah miskin harta asalkan kaya dengan iman; Biarlah miskin asalkan tidak mencuri harta-benda atau barang-barang orang lain. Amin!