Saturday, September 6, 2008

Bertobatlah

Panggilan atau seruhan "Bertobatlah" adalah jelas sekali didalam Alkitab. Misalnya didalam Injil Matius, Yohanes Pembaptis berseru,"Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat!"(Mt.3:2). Demikian juga dengan Tuhan Yesus, ia juga memberitakan ajaran yang sama(Mt.4:17). Pada asasnya seruhan "Bertobatlah" bererti memanggil orang atau orang-orang yang bersalah atau berdosa supaya kembali kepada Tuhan dengan mengikut semua pengajaran-Nya dan menyembah-Nya sepenuh hatinya. Ini bererti mengubah cara kehidupan yang jahat kepada cara kehidupan yang lebih baik. Berubah tidak lagi melakukan kejahatan dan dosa; Berubah dan mengutamakan Tuhan dan menjadikan Tuhan yant terpenting sekali didalam kehidupannya setiap hari.
Berikut adalah contoh beberapa keadaan/situasi dan bagaimana cara untuk bertobat.
Contoh pertama: Misalnya, seorang lelaki yang sudah tinggal bersama-sama gadis yang belum secara sah menjadi isterinya. Mereka dah hidup bersama-sama meskipun belum lagi berkahwin. Dari segai agama dan etika, ini adalah salah dan dosa. Jadi, jika mereka mahu bertobat, mereka harus berpisah sementara waktu dan tinggal berasingan. Hanya apabila mereka dah berkahwin dan barulah mereka tinggal bersama-sama lagi sebagai pasangan suami-isteri yang sah.
Contoh kedua: Lelaki yang dah beristeri dan mempunyai anak tetapi dia ada perempuan lain. Ini bererti dia berlaku curang dan melaku zina. Ini adala salah dan dosa, Jadi, jika dia mahu bertobat sepenuhnya, dia mesti putuskan hubungannya dengan perempuan simpanannya dan menjadi suami yang baik dan setia kepada isterinya lagi.
Contoh ketiga: Orang yang melakukan pekerjaan haram seperti mencuri atau menjual barang-barang larangan dan haram seperti dadah. Orang yang terlibar didalam hal ini, kalau dia mahu bertobat, dia harus berhenti daripada pekerjaan seperti ini dan mencari jenis kerja yang baik.
Contoh keempat: Orang yang jarang atau langsung tak pergi ke Gereja atau ke Rumah Ibadat untuk bersembayang pada hari-hari yang diwajibkan. Kalau dia mahu bertobat maka, dia mula rajin-rajin ke Gereja atau Rumah Ibadat untuk bersembayang bersama-sama dengan umat seiman.
Dapatlah disimpulkan secara am bahawa seruhan "Bertobatlah" bererti kembali kepada Tuhan dengan hati yang iklas dan jujur; Dari kehidupan yang jahat kepada kehidupan yang baik. Siapa yang dipanggil untuk bertobat? Sesungguhnya, kita semua adalah dipanggil untuk bertobat. Sebab itu, marilah kita masing-masing melihat kehidupan kita masing-masing. Jadi, dimana terdapat kelemahan atau kegagalan didalam hal mengikuti Pengajaran Tuhan, kita bertobat dengan memperbaiki kesilpan kita. Lalu menjadi umat Tuhan yang lebih baik. Dan dimana ada kejahatan dan kejahilan yang kita lakukan, kita hentikan dan berubah menjadi umat Tuhan yang lebih mulia dan suci.
Sesungguhnya, sifat bertobat mestilah sentiasa kita amalkan didalam kehidupan kita selaku orang yang percaya kepada Tuhan. Itulah sebabnya, adalah penting sekali setiap hari kita memeriksa kehidupan kita supaya mana-mana yang salah dapat kita perbaiki dan perbetulkan. Ini perlu kita lakukan sebelum terlambat. Jadi, bertobatlah sebelum terlambat. Jangan tangguh-tangguhkan keinginan untuk bertobat. Marilah, bertobatlah kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Jadi, sebelum mati baiklah kita bertobat sepenuh hati agar kita selamat dan peluang kita untuk memasuki Kerajaan Tuhan atau Sorga adalah lebih cerah. Amin.