Tuesday, August 10, 2010

Perbuatan & Kasih


Perlu kita ingat bahawa setiap perbuatan kita sebagai orang yang beriman kepada Tuhan mestilah berdasarkan kepada cinta atau kasih. Kerana perbuatan yang dilakuan tanpa kasih adalah sia-sia; tak bernilai dan tidak mendatangkan apa-apa berkat dan kebaikan didalam hidup kita. Kerana Tuhan hanya memberkati orang beriman yang mempunyai cintakasih didalam setiap perbuatannya. Seperti yang dinyatakan didalam Alkitab: “ Sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih aku sama sekali tidak berguna”(1 Kor.13:2b)


Jadi, didalam hidup kita sebagai orang Kristian, kita harus pastikan bahawa apa yang kita buat adalah sesuai dengan pengajaran agama kita dan dilakukan atas dasar cintakasih dan bukan kerana mahu mencari sanjungan, pujian, pangkat , glamour dan populariti dari sesiapa. Bukan juga kerana terpaksa tetapi apa saja yang kita lakukan adalah berdasarkan cinta yang iklas dan jujur kepada Tuhan dan sesama manusia. Pendek kata, Iman tanpa perbuatan adalah kesia-siaan dan perbuatan tanpa cintakasih adalah tidak berguna! Jestru itu, marilah kita menghidupi iman kita kepada Tuhan dengan mengikuti segala PengajaranNya dan melakukannya kerana kita mencintaiNya. Yaaa....iman mesti ada perbuatan; Dan perbuatan mestilah disertai dengan cintakasih......Macam ini barulah ada hasil dan berkat daripada Tuhan Yang Maha Esa. Amin.