Kewujudan setan memang tidak dapat disangkal. Tetapi kita tidak perlu takut dan gentar kerana kalau kita sungguh-sungguh beriman dan kuat berdoa dan bersandar kepada Tuhan Yesus Kristus, kita pasti dapat mengalahkan kuasa setan dan iblis. Ingatlah bahawa Alkitab mengajar kita supaya kuat iman dan tenang serta waspada bila berhadapan dengan godaan setan(1 Petrus 5:8-9). Jangan mudah mengalah. Lawan dan berdoalah supaya tidak terpedaya dengan godaan setan.