Thursday, June 10, 2010

Tetap Alim meskipun.....

Menurut Alkitab, "Kamu janganlah bergaul dengan orang yang sekalipun menyebut dirinya saudara, adalah orang cabul, kikir, penyembah berhala, penfitnah, pemabuk atau penipu; dengan orang yang demikian janganlah kamu sekali-kali makan bersama-sama.(1 Korintus 5:11)." Petikan Alkitab ini mengajak kita untuk merenung: Pertama, Siapakah kawan-kawan kita? Kedua, apakah kita, orang-orang yang tergolong seperti yang disebutkan didalam petikan diatas? Kalau ya, patutlah kita sikit kawan yang baik-baik. Kebanyakan kawan-kawan dan kenalan kita adalah org-org yang terlampau  suka "Aramai Tii(AT).  Jadi, berdasarkan kepada seruhan Alkitab ini maka pentinglah kita memilih kawan-kawan yang boleh membantu dan  mempangaruhi kita untuk menjadi orang Kristian yang lebih baik. Walau bagaiman pun, jangan terlalu cepat "membuang kawan-kawan AT." Cuba-cubalah mengajak mereka untuk menjadi orang yang lebih baik dan seterusnya membimbing mereka menjadi orang Krisitan yang lebih baik. Cuba-cubalah berikan nasihat yang baik kepada mereka dan berilah contoh yang baik agar mereka lebih terdorong untuk menjadi orang yang  "Tetap Alim"(TA) meskipun suka juga berAramai Tii secara sederhana tetapi tidak terlampaulah...Walau bagaimana pun,  kalau tidak mendengar nasihat meskipun dah berkali-kali diberitahu, maka mungkin dah sampai waktunya  untuk "main jauh-jauh"-tidak ikut bersama-sama dengan mereka untuk aktiviti yang berkaitan dengan AT. Walau bagaimana pun mereka tetap dianggap sebagai kenalan dan "kawan biasa-biasa" lah.

Akhir sekali, Bah!  kalau mau ada acara "AT" minuman yang bikin pening & pusing kepala tak semestinya diadakan bah. Buli juga bah berAramai Tii tanpa alkohol. Kalau mau juga, sikit-sikit lah. Jadi, ingat-ingatlah memelihara status TA semasa ikutserta didalam acara AT. OK . Aramai Tii!

Thursday, May 27, 2010

Musuh...

Banyak orang berfikir dan beranggapan bahawa mush harus dimusnahkan. Musuh mesti dibalas dan dihukum sesuai dengan kejahatan yang dilakukannya. Gigi diganti dengan gigi;Darah diganti dengan darah. Demikianlah pegangan kebanyak orang yang tidak percaya kepada Tuhan. Tetapi Alkitab mengajar kita "Kasihilah musuh-musuh mu...."(Markus 5:44). Inilah cabaran kita selaki orang Kristian dimana kita bukan diminta untuk memusnahkan musuh-musuh kita tetap menarik dan mempangaruhi mereka supaya mereka bertobat dan menjadi orang-orang yang baik. Sebab itu itu kita diminta supaya berdamai  dan mengampuni mereka. Jestru itu, marlah kita belajar mengasihi musuh-musuh kita dengan mengampuni kesalahan mereka dan membimbing mereka untuk menjadi orang-orang yang baik. Inilah cabaran kita selaku orang-orang Kristian iaitu belajar mempraktis pengaran Yesus ini:"Kasihilah musuh-musuh mu."

Monday, April 19, 2010

Mau makan apa?

Didalam Perjanjian Lama seperti yang terdapat didalam Kitab Imamat bab 11:1-47, dinyatakan bintang-binatang  yang haram iaitu yang  tidak boleh dimakan dan yang tidak haram iaitu binatang-binatang yang boleh dimakan. Walau bagaimana pun didalam Perjanjin Baru larangan ini ditiadakan oleh Tuhan Yesus. Dia mengajar bahawa semua jenis makanan yang boleh dimakan.

Pengajaran ini begitu jelas dan nyata didalam   Injil Markus bab 7, ayat 14 sehingga ayat 23(Mrk 7:7-23)  jelas sekali dinyatakan bahawa kita boleh makan apa saja jenis makanan yang boleh dimakan. Menurut Tuhan Yesus, apa yang dimakan akan ke jamban atau tandas." Apapun dari luar yang masuk kedalam seseorang, tidak akan menajiskannya, tetapi apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskannya.....Dengan demikian Yesus menyatakan semua makanan adalah halal.(Mrk 7:15,19)"

Walau bagaimana pun, ini bukan bererti kita hantam makan apa saja. Jadi, pandai-pandailah bah makan makanan yang bersih, dan tidak membahayakan kesihatan badan. Ini bererti  makanan yang beracun, kotor, bangas atau basi dan boleh membahayakan dan memudaratkan kesihatan tidak boleh kita makan. Jadi, kita makanlah makanan yang bersih, baik dan tidak membawa apa padah kepada diri kita.  

Bah. ingat-ingatlah, makanlah mengikut keperluan, jangan makan sesuka hati dan terlalu makan nanti sakit. Makan secara berlebih-lebihan boleh menyebabkan penyakit. Jadi, makanlah menurut keperluan badan. Mesti "jaga badan mah..."

Kesimpulan yang kita dapat rumuskan berdasarkan kepada Alkitab ialah,  kita boleh makan semua jenis makanan asalkan makanan berkenaan tidak membahayakan badan kita. Jadi, pandai-pandailah memilih makanan yang sesuai dengan selera, minat dan keperluan diri sendiri. Jadi, jangan berlebih-lebih kalau makan kio. Bahaya moti kalau talampau makan meskipun makanan itu sedap sekali. Tapi kawallah "nafsu makan" nanti sakit, susah lagi berubat. Dan yang paling malang, kita kehilangan selera makan bila sakit.  Sebab itu, makanlah baik-baik supaya selera makan pun tak hilang. Hehehe....

Sunday, March 28, 2010

Barabas atau Yesus?

Didalam Alkitab(Lukas 23:1- 25) tercatit kisah dimana Pilatus bertanya kepada  orang awam siapakah yang mereka pilih untuk dilepas dari tahanan. Kerana menurut kebiasaannya,  pada hari raya ia melepaskan seorang tahanan. Pada masa itu dihadapan mereka ada dua orang tahanan iaitu   Barabas yang memang diketahui orang ramai sebagai orang yang jahat sekali. Dan Yesus yang terkenal kebaikannya. Ini bererti mereka harus memilih diantara yang baik dan jahat atau yang hitam dan yang putih. Pilihan itu begitu jelas dan terang sekali. Yang baik terang-terang didepan mata mereka tetapi sungguh menghairankan sekali. Mereka tidak memilih yang baik sebaliknya mereka memilih yang jahat. Pilihan mereka memperlihatkan kebodohan dan kecetekan kebijaksanaan mereka. Bagaimana dengan kita? Apakah kita seperti mereka juga?

Didalam hidup kita juga sering melakukan pilihan yang salah. Misalnya, ada diantara kita yang abaikan kewajiban pergi ke sembayang pada hari Minggu(Ahad) kerana gara-gara mahu main bolasepak atau futsal atau badminton atau kerana gila berkerja atau kerana mengadakan majlis ramai-ramai pada hari minggu.
Ada juga orang sanggup  meninggalkan Yesus kerana gara-gara berkahwin dengan orang yang tak sama agama atau kerana mahu isteri lebih daripada satu. Ada juga orang "tukar agama" kerana mahukan kenaikan pangkat. Inilah beberapa contoh yang dapat kita lihat dikalangan umat kita sendiri.

Saudara dan saudari marilah kita sentiasa memilih yang terbaik iaitu perkara yang tidak bertentangan dengan pengajaran Yesus atau Alkitab. Janganlah kita terpengaruh dengan perkara yang cantik dan menarik dilihat tetapi pada amnya ianya bertentangan dengan pengajaran Tuhan. Janganlah kita mudah tertarik dengan hal-hal duniawi yang menyebabkan kita berdosa. Marilah kita jauhi apa juga jenis kejahatan dan sentiasa memilih yang diberkati dan diredai Tuhan yang Maha Esa. Pendek kata, pilihlah Yesus kerana dialah pilihan yang terbaik  dan tolaklah Barabas kerana ia adalah pilihan yang jahat dan buruk. Jadi, marilah kita  bertobat dengan meninggalkan apa juga jenis kejahatan dan dosa. Dan marilah kita menjadi pengikut Tuhan Yesus yang terbaik. Amin!


Wednesday, February 17, 2010

Hari Tiga Abu:Bermulanya musim puasa.

Bagi umat Katolik, Perayaan Hari Tiga Abu adalah permulaan puasa selama 40 hari. Pada musim yang mulia ini tiga aspek  yang utamakan iaitu 1: Memberi Derma:  Kita selaku umat Krisitan adalah diingatkan agar tidak lupa membantu orang-orang yang kekurangan. Sebab itu pada musim ini kita dicabar untuk memberi derma melebihi daripada kebiasaan kita. Misalnya kalau kebiasaan kita adalah memberi RM1.00 setiap kali acara Kolesion diadakan didalam Gereja maka, kita cubalah memberi derma melebihi daripada kebiasaan yang dah lapuk ini. Cubalah beri yang hijau-hijau(RM5.00) atau yang merah-merah(RM10.00). Dan ingat yaa....kalau menderma, janganlah diheboh-hebohkan kepada orang lain. Ini bererti kalau memberi derma, DIAM-DIAM bah! Jangan buat publisiti atau iklan.

2: Doa: Pada musim yang mulia ini, kita juga diingatkan supaya meningkatkan doa. Jadi, kalau kita malas-malas sembayang atau pergi sembayang, bah ubahlah itu tabiat. Rajin-rajinlah sembayang setiap hari dan jangan lupa pergi Gereja pada hari Ahad dan hari-hari yang wajib. Kata orang, "rajin-rajinlah sembayang sebelum disembayangkan." Dan ingatlah, kalau berdoa diam-diam. Jangan minta puji atau cari nama bila mau berdoa.

3: Puasa: Pada musim ini kita juga dicabar untuk berpuasa daripada makanan, minuman dan juga daripada aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti acara "Aramai tii." Jadi, pada musim puasa ini, makanan dan minuman dikurangkanlah terutama sekali makanan yang sedap-sedap. Ini bererti makan secara sederhana. Aksi ini memberi kita peringatan bahawa kita hidup bukan untuk makan semata-mata tetapi kita makan untuk sambung kehidupan yang pasti akan berakhir suatu hari ini. Tapi yang paling penting kita ingat ialah berpuasa daripada melakukan kejahatan dan dosa. Pendek kata, pertobatan penting sekali dimusim puasa ini. Seperti yang terdapat didalam,Bertobatlah dan percayalah kepada Injil kerana Kerajaan Surga sudah dekat.

Jadi, semua yang kita lakukan pada musim puasa ini adalah untuk menarik perhatian kita supaya menempuhkan perhatian kepada Tuhan yang Maha Esa. Maka dengan itu semua yang kita lakukan sepanjang musim puasa ini adalah untuk kemulian dan keagungan Tuhan. Dan juga untuk kebaikan serta untuk keselamatan jiwa dan roh kita. Jestru itu, laluilah musim ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa pada musim yang mulia ini. Amin.

(Sumber Injil Matius 6:1-6,16-18. Untuk renungan seterusnya sila baca petikan Alkitab yang disediakan)

Tuesday, December 8, 2009

Musim Advent

Musim Advent bukanlah sekadar tempoh untuk menanti   tarik 25hb Disember iaitu hari yang diangkat sebagai tarikh untuk merayakan Hari Kelahiran Tuhan Yesus Kristus, tetapi  inti yang paling penting dimusim ini ialah kita diingatkan bahawa DIA akan datang lagi untuk kedua kali.


Maka, pengajaranNya yang berbunyi: " Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat!"(Mat 4:17), haruslah kita beri perhatian sepenuhnya. Jestru itu marilah sentiasa siap sedia untuk menyambut kedatanganNya dengan hidup sebagai orang Kristian yang sejati dan sentiasa menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa. Kerana perkara-perkara seperti ini menjauhkan kita daripada Tuhan. Jadi, marilah bersungguh-sungguh menjadi pengikutiNya yang taat, setia dan mulia agar peluang kita untuk memasuki KerajaanNya adalah cerah! Amin.

Monday, November 23, 2009

Jaga nama...

"Hendaklah engkau memelihara namamu, sebab ia tinggal padamu
lebih lama dari pada seribu harta emas yang besar."(Sirakh 41:12).

Petikan Alkitab ini, mengajar kita supaya menjaga nama baik kita. Ini juga bererti menjaga nama baik keluarga. Kerana kalau kita tidak menjaga nama kita dengan baik maka, seluruh ahli-ahli keluarga malah termasuk saudara-mara akan terkena juga. Seperti kata orang tua-tua,"Seekor kerabau membawa lumpur, semua pun terkena. Pendek kata, gara-gara seorang buat perkara yang jahat, semua ahli keluarga merasa malu atau kena kasi malu. Maka, dengan itu jagalah nama baik anda supaya nama keluarga juga terpelihara.