Didalam Alkitab(Lukas 23:1- 25) tercatit kisah dimana Pilatus bertanya kepada orang awam siapakah yang mereka pilih untuk dilepas dari tahanan. Kerana menurut kebiasaannya, pada hari raya ia melepaskan seorang tahanan. Pada masa itu dihadapan mereka ada dua orang tahanan iaitu Barabas yang memang diketahui orang ramai sebagai orang yang jahat sekali. Dan Yesus yang terkenal kebaikannya. Ini bererti mereka harus memilih diantara yang baik dan jahat atau yang hitam dan yang putih. Pilihan itu begitu jelas dan terang sekali. Yang baik terang-terang didepan mata mereka tetapi sungguh menghairankan sekali. Mereka tidak memilih yang baik sebaliknya mereka memilih yang jahat. Pilihan mereka memperlihatkan kebodohan dan kecetekan kebijaksanaan mereka. Bagaimana dengan kita? Apakah kita seperti mereka juga?
Didalam hidup kita juga sering melakukan pilihan yang salah. Misalnya, ada diantara kita yang abaikan kewajiban pergi ke sembayang pada hari Minggu(Ahad) kerana gara-gara mahu main bolasepak atau futsal atau badminton atau kerana gila berkerja atau kerana mengadakan majlis ramai-ramai pada hari minggu.
Ada juga orang sanggup meninggalkan Yesus kerana gara-gara berkahwin dengan orang yang tak sama agama atau kerana mahu isteri lebih daripada satu. Ada juga orang "tukar agama" kerana mahukan kenaikan pangkat. Inilah beberapa contoh yang dapat kita lihat dikalangan umat kita sendiri.
Saudara dan saudari marilah kita sentiasa memilih yang terbaik iaitu perkara yang tidak bertentangan dengan pengajaran Yesus atau Alkitab. Janganlah kita terpengaruh dengan perkara yang cantik dan menarik dilihat tetapi pada amnya ianya bertentangan dengan pengajaran Tuhan. Janganlah kita mudah tertarik dengan hal-hal duniawi yang menyebabkan kita berdosa. Marilah kita jauhi apa juga jenis kejahatan dan sentiasa memilih yang diberkati dan diredai Tuhan yang Maha Esa. Pendek kata, pilihlah Yesus kerana dialah pilihan yang terbaik dan tolaklah Barabas kerana ia adalah pilihan yang jahat dan buruk. Jadi, marilah kita bertobat dengan meninggalkan apa juga jenis kejahatan dan dosa. Dan marilah kita menjadi pengikut Tuhan Yesus yang terbaik. Amin!