Bagi umat Katolik, Perayaan Hari Tiga Abu adalah permulaan puasa selama 40 hari. Pada musim yang mulia ini tiga aspek yang utamakan iaitu 1: Memberi Derma: Kita selaku umat Krisitan adalah diingatkan agar tidak lupa membantu orang-orang yang kekurangan. Sebab itu pada musim ini kita dicabar untuk memberi derma melebihi daripada kebiasaan kita. Misalnya kalau kebiasaan kita adalah memberi RM1.00 setiap kali acara Kolesion diadakan didalam Gereja maka, kita cubalah memberi derma melebihi daripada kebiasaan yang dah lapuk ini. Cubalah beri yang hijau-hijau(RM5.00) atau yang merah-merah(RM10.00). Dan ingat yaa....kalau menderma, janganlah diheboh-hebohkan kepada orang lain. Ini bererti kalau memberi derma, DIAM-DIAM bah! Jangan buat publisiti atau iklan.
2: Doa: Pada musim yang mulia ini, kita juga diingatkan supaya meningkatkan doa. Jadi, kalau kita malas-malas sembayang atau pergi sembayang, bah ubahlah itu tabiat. Rajin-rajinlah sembayang setiap hari dan jangan lupa pergi Gereja pada hari Ahad dan hari-hari yang wajib. Kata orang, "rajin-rajinlah sembayang sebelum disembayangkan." Dan ingatlah, kalau berdoa diam-diam. Jangan minta puji atau cari nama bila mau berdoa.
3: Puasa: Pada musim ini kita juga dicabar untuk berpuasa daripada makanan, minuman dan juga daripada aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti acara "Aramai tii." Jadi, pada musim puasa ini, makanan dan minuman dikurangkanlah terutama sekali makanan yang sedap-sedap. Ini bererti makan secara sederhana. Aksi ini memberi kita peringatan bahawa kita hidup bukan untuk makan semata-mata tetapi kita makan untuk sambung kehidupan yang pasti akan berakhir suatu hari ini. Tapi yang paling penting kita ingat ialah berpuasa daripada melakukan kejahatan dan dosa. Pendek kata, pertobatan penting sekali dimusim puasa ini. Seperti yang terdapat didalam,Bertobatlah dan percayalah kepada Injil kerana Kerajaan Surga sudah dekat.
Jadi, semua yang kita lakukan pada musim puasa ini adalah untuk menarik perhatian kita supaya menempuhkan perhatian kepada Tuhan yang Maha Esa. Maka dengan itu semua yang kita lakukan sepanjang musim puasa ini adalah untuk kemulian dan keagungan Tuhan. Dan juga untuk kebaikan serta untuk keselamatan jiwa dan roh kita. Jestru itu, laluilah musim ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa pada musim yang mulia ini. Amin.
(Sumber Injil Matius 6:1-6,16-18. Untuk renungan seterusnya sila baca petikan Alkitab yang disediakan)
(Sumber Injil Matius 6:1-6,16-18. Untuk renungan seterusnya sila baca petikan Alkitab yang disediakan)