Showing posts with label Hari Tiga Abu. Show all posts
Showing posts with label Hari Tiga Abu. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Hari Tiga Abu:Permulaan musim Pra-Paska;Musim Puasa(Lent)

Bagi umat Katolik Hari Rabu Abu(Ash Wednesday) adalah permulaan musim puasa atau musim Pra-Paska menurut bahasa Liturgi. Pada masa ini ada empat perkara yang ditekankan iaitu: 1.Pertobatan, 2:Berdoa, 3.Berpuasa, 4. Memberi derma.

1.Pertobatan: Inilah inti utama musim ini iaitu seruhan pertobatan. Kita semua dipanggil supaya bertobat: "Bertobatlah....."(Mat.4:17).Sebab itu, pada masa ini sangat penting sekali kita melihat cara kehidupan kita dan memperbaiki mana-mana sikap dan cara kehidupan kita yang salah. Jadi, jika kehidupan tidak mengikut cara kehidupan Kristian maka kita bertobat dengan kembali kejalan yang benar dan hidup sebagai orang Kristian yang baik, kudus dan sejati. Jadi, marilah menjadi orang yang bertobat supaya dapat merayakan Hari Paska(Easter) dengan lebih bermakna dan meriah.

2.Berdoa: Pada musim ini, kita luangkanlah masa yang lebih untuk berdoa. Jadi, seandainya kita jarang sekali berdoa baik dirumah atau di Gereja maka inilah masa yang baik untuk memulakan kehidupan yang berdoa lagi. Mulalah rajin-rajin berdoa kepada Tuhan. Dan berdoalah kepada Tuhan dengan rendah hati dan dengan iklas. Jangan mencari nama didalam hal berdoa(Mat.6:5-13).

3.Berpuasa: Perkara ini melibatkan dua aspek iaitu berpuasa dari segi makanan dan minuman dan berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan pengajaran Kristian. Pendek kata, kita berpuasa daripada melakukan kejahatan dan dosa. Dan bila kita berpuasalah tanpa menarik perhatian orang lain(Mat 6:16-18). Inilah cara puasa yang mulia.

4.Memberi derma: Pada musim ini, janganlah lupa memberi derma kepada orang-orang yang miskin dan kekurangan. Hulurkanlah bantuan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Mendermalah sesuai dengan kemampuan anda dan mendermalah secara senyap-senyap. Jangan "bising-bising" bila menderma(Mat 6:1-4).

Akhir sekali, jangan hairan jika mengalami banyak godaan dan gangguan sepanjang musim puasa ini. Kerana jika kita sungguh-sungguh berpegang kepada semangat musim puasa ini, jangan harap setan dan iblis akan tidur nyenyak. Mereka pasti akan melipatkan ganda usaha mereka untuk menjatuhkan iman kita. Sebab itu, tabahkanlah hati dan sabarlah menghadapi apa jua jenis godaan yang datang didalam kehidupan kita sepanjang musim puasa ini. Kuatkanlah iman dan semangat anda. Jangan sekali-kali lemah semangat dan awal-awal angkat bendera putih. Berjuanglah dan ingatlah didalam nama Tuhan Yesus, kita boleh mengatasi apa jua tentangan dan godaan yang datang didalam hidup kita. Amin

Wednesday, February 17, 2010

Hari Tiga Abu:Bermulanya musim puasa.

Bagi umat Katolik, Perayaan Hari Tiga Abu adalah permulaan puasa selama 40 hari. Pada musim yang mulia ini tiga aspek  yang utamakan iaitu 1: Memberi Derma:  Kita selaku umat Krisitan adalah diingatkan agar tidak lupa membantu orang-orang yang kekurangan. Sebab itu pada musim ini kita dicabar untuk memberi derma melebihi daripada kebiasaan kita. Misalnya kalau kebiasaan kita adalah memberi RM1.00 setiap kali acara Kolesion diadakan didalam Gereja maka, kita cubalah memberi derma melebihi daripada kebiasaan yang dah lapuk ini. Cubalah beri yang hijau-hijau(RM5.00) atau yang merah-merah(RM10.00). Dan ingat yaa....kalau menderma, janganlah diheboh-hebohkan kepada orang lain. Ini bererti kalau memberi derma, DIAM-DIAM bah! Jangan buat publisiti atau iklan.

2: Doa: Pada musim yang mulia ini, kita juga diingatkan supaya meningkatkan doa. Jadi, kalau kita malas-malas sembayang atau pergi sembayang, bah ubahlah itu tabiat. Rajin-rajinlah sembayang setiap hari dan jangan lupa pergi Gereja pada hari Ahad dan hari-hari yang wajib. Kata orang, "rajin-rajinlah sembayang sebelum disembayangkan." Dan ingatlah, kalau berdoa diam-diam. Jangan minta puji atau cari nama bila mau berdoa.

3: Puasa: Pada musim ini kita juga dicabar untuk berpuasa daripada makanan, minuman dan juga daripada aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti acara "Aramai tii." Jadi, pada musim puasa ini, makanan dan minuman dikurangkanlah terutama sekali makanan yang sedap-sedap. Ini bererti makan secara sederhana. Aksi ini memberi kita peringatan bahawa kita hidup bukan untuk makan semata-mata tetapi kita makan untuk sambung kehidupan yang pasti akan berakhir suatu hari ini. Tapi yang paling penting kita ingat ialah berpuasa daripada melakukan kejahatan dan dosa. Pendek kata, pertobatan penting sekali dimusim puasa ini. Seperti yang terdapat didalam,Bertobatlah dan percayalah kepada Injil kerana Kerajaan Surga sudah dekat.

Jadi, semua yang kita lakukan pada musim puasa ini adalah untuk menarik perhatian kita supaya menempuhkan perhatian kepada Tuhan yang Maha Esa. Maka dengan itu semua yang kita lakukan sepanjang musim puasa ini adalah untuk kemulian dan keagungan Tuhan. Dan juga untuk kebaikan serta untuk keselamatan jiwa dan roh kita. Jestru itu, laluilah musim ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati oleh Tuhan yang Maha Esa pada musim yang mulia ini. Amin.

(Sumber Injil Matius 6:1-6,16-18. Untuk renungan seterusnya sila baca petikan Alkitab yang disediakan)