Showing posts with label Nama. Show all posts
Showing posts with label Nama. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Ada apa pada nama?

"Hendaklah engkau memelihara namamu, sebab ia tinggal padamu lebih lama daripada seribu harta emas yang besar"(Sirakh 41:12).

Petikan Alkitab ini memberi kita pengajaran agar menjaga nama sendiri dengan baik. Kerana kalau kita tidak menjaga nama kita  dengan baik, maka kita dianggap hina dan kotor oleh orang lain. Sebab itu sangat penting sekali jika menjaga nama kita agar ianya sentiasa baik dan dihormati orang. Jestru itu elakkanlah perkara-perkara yang boleh mencemar nama baik kita sendiri. Ingatlah bahawa apabila nama kita menjaadi cemar, para ahli keluarga kita yang dan para saudara-mara kita juga turut tercemar. Sebab itu, pandai-pandailah menjaga nama sendiri. Buatlah perkara-perkara yang baik dan mulia agar nama kita tetap terpelihara BAIK DAN DIHORMATI MALAH DISEGANI!

Monday, November 23, 2009

Jaga nama...

"Hendaklah engkau memelihara namamu, sebab ia tinggal padamu
lebih lama dari pada seribu harta emas yang besar."(Sirakh 41:12).

Petikan Alkitab ini, mengajar kita supaya menjaga nama baik kita. Ini juga bererti menjaga nama baik keluarga. Kerana kalau kita tidak menjaga nama kita dengan baik maka, seluruh ahli-ahli keluarga malah termasuk saudara-mara akan terkena juga. Seperti kata orang tua-tua,"Seekor kerabau membawa lumpur, semua pun terkena. Pendek kata, gara-gara seorang buat perkara yang jahat, semua ahli keluarga merasa malu atau kena kasi malu. Maka, dengan itu jagalah nama baik anda supaya nama keluarga juga terpelihara.

Monday, November 3, 2008

Merenung Printah Tuhan yang ke dua.

Perintah Tuhan yang kedua ialah," Jangan menyebut Nama Allah, Tuhan mu tidak dengan hormat."Perintah ini mengajar kita agar memanggil dan menyebut nama Tuhan secara hormat dan baik. Perintah ini juga memberi kita peringatan agar tidak menyebut nama Tuhan secara sembarangan iaitu secara tidak hormat. Jadi, bila kita berdoa sebutkan nama Tuhan dengan penuh hormat.
Perintah ini juga juga mengingatkan kita agar tidak menggunakan nama Tuhan untuk tujuan kejahatan seperti berbohong dan menipu. Malah bersumpah untuk menegakkan kebenaran juga tidak tidak digalakkan. Seperti yang dikatakan didalam Injil Matius:" Jika YA, hendaklah kamu katakan YA. Jika TIDAK, hendaklah kamu katakan TIDAK. Apa yang lebih daripada itu berasal dari si jahat(Mat 5:37). Ini bererti kita mestilah jujur dan iklas didalam kehidupan kita. Kalau kita bersalah, akuilah kesalahan/kesilapan kita dengan rendah hati. Kalau betul katakanlah yang benar dan kalau orang lain tidak percaya dengan kejujuran dan kebenaran yang kita katakan itu masalah mereka. Yang penting kita sudah berterus terang dan bercakap benar. Kecuali kalau anda/kita berbohong.Katakanlah yang betul dan benar.Jangan berselindung dengan menggunakan nama Tuhan. Ingat, Tuhan tahu bah! Kita berbohong atau bercakap benar.
Mungkin kita berjaya membohongi orang lain dengan menggunakan nama Tuhan. Tetapi, Ingatlah bahawa Tuhan tahu dan Dia tidak dapat kita bohongi walau bagaimana licik sekali pun teknik dan cara kita. Suatu hari nanti kebenaran akan timbul; suatu hari nanti kita akan kedapatan juga jika kita berbohong.
Selain daripada itu, kita juga harus berhati-hati agar tidak menggunakan nama Tuhan ketika didalam keadaan kecewa, susah, sedih atau marah. Jadi didalam keadaaan seperti ini banyakkan kesabaran dan berdoalah kepada Tuhan dengan rendah hati.
Sesungguhnya, perintah ini mengajar kita agar menggunakan dan menyebut nama Tuhan secara hormat dan baik. Jadi, marilah gunakan dan sebutkan nama Tuhan dengan baik. Amin.

Tuesday, August 26, 2008

Sepuluh Perintah Tuhan

Sebagai orang yang telah menerima pembaptisan, masih ingatkah kamu apa itu "Sepuluh Perintah Tuhan" yang utama? Ingat? Kalau dah lupa-lupa berikut adalah hadiah untuk anda. Berdasarkan kepada Alkitab Kristian yang lengkap, terdapat SEPULUH PERINTAH TUHAN ALLAH YANG UTAMA:
01: Aku Allah, Tuhan mu. Sebab itu janganlah memuja berhala; Berbaktilah kepada-KU saja dan cintailah Aku lebih dari segala sesuatu.
02: Jangan menyebut Nama Allah, Tuhan mu tidak dengan hormat.
03: Kuduskankanlah hari Tuhan.
04: Hormatilah ibubapa mu.
05: Jangan membunuh.
06: Jangan berbuat cabul atau zina.
07: Jangan mencuri.
08: Jangan berbohong atau berdusta.
09: Jangan mengingini isteri(suami) orang lain.
10: Jangan mengingini harta-benda orang lain.

(Rujukan Kitab Keluaran 20:1-17; Kitab Ulangan 5:1-22).
Sesungguhnya, inilah yang menjadi Pedoman danPegangan didalam hidup kita selaku orang Krisitan. Sebab itu, marilah kita bersama-sama berusaha sungguh-sungguh untuk melaksanakan Perintah-perintah Tuhan ini didalam kehidupan kita setiap hari. Jangan mudah berputus asa didalam hal melakukannya. Kuatkan hati dan tingkatkan semangat jati untuk menjadi umat Kristian yang lebih baik. Amin.