Didalam Alkitab didalam Kitab Sirakh dinyatakan bahawa keperluan utama didalam hidup kita selaku manusia ialah "air dan makanan serta pakaian dan perumahan..."(Sirakh 29:21). Bila direnung secara mendalam betul juga kan! Kalau tidak ada air, kita akan kehausan dan mati akibat tidak ada air. Begitu juga kalau tidak ada makanan kita mati kebuluran.Begitu juga kalau tidak ada pakaian dan rumah. Ini mengakibatkan kita kesejukan dan akhir-akhirnya....mati. Jadi, kita perlu pastikan kita mempunyai keperluan utama ini secara mencukupi setiap hari agar kita dapat hidup lebih panjang didunia ini. Tidak bagus bah, cepat mati.(Hehehehe....).Bah! Marilah kita menjaga hidup dan saling bantu membantu agar kita semua mempunyai keperluan asas yang mencukupi.
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Thursday, December 2, 2010
Monday, April 19, 2010
Mau makan apa?
Didalam Perjanjian Lama seperti yang terdapat didalam Kitab Imamat bab 11:1-47, dinyatakan bintang-binatang yang haram iaitu yang tidak boleh dimakan dan yang tidak haram iaitu binatang-binatang yang boleh dimakan. Walau bagaimana pun didalam Perjanjin Baru larangan ini ditiadakan oleh Tuhan Yesus. Dia mengajar bahawa semua jenis makanan yang boleh dimakan.
Pengajaran ini begitu jelas dan nyata didalam Injil Markus bab 7, ayat 14 sehingga ayat 23(Mrk 7:7-23) jelas sekali dinyatakan bahawa kita boleh makan apa saja jenis makanan yang boleh dimakan. Menurut Tuhan Yesus, apa yang dimakan akan ke jamban atau tandas." Apapun dari luar yang masuk kedalam seseorang, tidak akan menajiskannya, tetapi apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskannya.....Dengan demikian Yesus menyatakan semua makanan adalah halal.(Mrk 7:15,19)"
Walau bagaimana pun, ini bukan bererti kita hantam makan apa saja. Jadi, pandai-pandailah bah makan makanan yang bersih, dan tidak membahayakan kesihatan badan. Ini bererti makanan yang beracun, kotor, bangas atau basi dan boleh membahayakan dan memudaratkan kesihatan tidak boleh kita makan. Jadi, kita makanlah makanan yang bersih, baik dan tidak membawa apa padah kepada diri kita.
Bah. ingat-ingatlah, makanlah mengikut keperluan, jangan makan sesuka hati dan terlalu makan nanti sakit. Makan secara berlebih-lebihan boleh menyebabkan penyakit. Jadi, makanlah menurut keperluan badan. Mesti "jaga badan mah..."
Kesimpulan yang kita dapat rumuskan berdasarkan kepada Alkitab ialah, kita boleh makan semua jenis makanan asalkan makanan berkenaan tidak membahayakan badan kita. Jadi, pandai-pandailah memilih makanan yang sesuai dengan selera, minat dan keperluan diri sendiri. Jadi, jangan berlebih-lebih kalau makan kio. Bahaya moti kalau talampau makan meskipun makanan itu sedap sekali. Tapi kawallah "nafsu makan" nanti sakit, susah lagi berubat. Dan yang paling malang, kita kehilangan selera makan bila sakit. Sebab itu, makanlah baik-baik supaya selera makan pun tak hilang. Hehehe....
Wednesday, February 25, 2009
Pedoman berpuasa-1:Puasa dari makanan dan minuman.
Berpuasa adalah perkara yang wajip kita lakukan di musim puasa(Pra-Paska) ini selama 40 hari. Musim ini bermula dari Hari ini iatu Haru Rabu Abu sehinggalah pada Hari Jumaat Agung.
Salah satu daripada aspek yang ditekankan sempena dengan musim puasa ialah berpuasa daripada makanan dan minuman yang sedap-sedap. Ini bererti kita memakan makanan yang sederhana atau simple menu sahaja(Jangan hairan kalau anda slim2(langsing) selepas ini). Jadi, sepanjang musim puasa ini, kita tidak mengadakan pesta-pesta secara besar-besaran. Misalnya, bagi mereka yang ngam-ngam(terkena betul) birthday pada musim ini maka, rayakanlah birthday anda secara sederhana. Tapi, kalau mahu merayakannya selepas musim puasa(Belated birthday) boleh juga.
Makan secara sederhana di musim puasa ini memberi kita dua peringatan. Pertama, Tuhan adalah pemberi kehidupan. Sebab itu, kita mesti utamakan kehidupan terutama sekali kehidupan selepas kita meninggalkan dunia ini. Kita mesti pentingkan kehidupan bersama-sama dengan Tuhan di suatu hari nanti. Sebab itu, kita mestilah menjagalah kehidupan sebagai orang yang beriman kepada Tuhan. setialah kepada Tuhan dan peganglah segala pengajaran-Nya dengan tabah dan setia sampai mati. Inilah yang penting sekali. Sebab itu, kita mesti selalu mengingatkan diri kita bahawa kita hidup bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup. Jadi, ini bererti kita mengutamakan Pemberi dan Pencipta kehidupan iaitu Tuhan yang Maha Esa.
Kedua, kita makan secara sederhana supaya dapat mengurangkan perbelanjaan makanan kita. Ini bererti kita berjimat-cermat untuk menabung atau menyimpan wang untuk didermakan kepada orang-orang yang miskin dan kekurangan. Wang yang terkumpul boleh kita berikan secara langsung kepada orang-orang yang memerlukkan atau disalurkan kepada pihak Gereja.
Pada musim puasa ini, sama-samalah kita berusaha sedaya-upaya untuk menghidupi semangat Pra-Paska dan ingat-ingatlah pesan Alkitab: "Apabila kamu berpuasa janganlah muramkan mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahawa mereka sedang berpuasa. Sesungguhnya, mereka sudah mendapat upahnya. Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, supaya jangan dilihat oleh orang bahawa engkau sedang berpuasa, melainkan hanya oleh Bapa mu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalanya kepadamu"(Mat.6:16-18).
Petikan Alkitab ini mengajar kita supaya berpuasalah secara senyap. Kita bukan mencari nama atau mengiklankan diri bila berpuasa. Pendek kata, jangan main "tayang-tayang" bila berpuasa. Berpuasalah secara senyap dan dengan rendah hati. Amin.
Monday, October 20, 2008
Makanan menurut Alkitab
Pada amnya ada dua sebab mengapa kita makan. 1: Kerana lapar. Sebab itu kita perlu makan supaya bertenaga dan kuat untuk melakukan apa saja perkerjaan yang perlu kita buat; 2:Kerana kita perlu terus hidup kerana itu kita perlu makan. Kalau tak makan-cepatlah mati! Walau bagaimana pun ini bukan bererti kita hidup untuk makan.Tetapi kita makan untuk hidup.
Didalam hal yang berkaitan dengan makanan yang selalu menjadi persoalan ialah: Apakah yang yang boleh dimakan? Secara am, apa saja boleh dimakan asalkan ianya baik dan selamat dimakan. Ini bererti makanan yang boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan penyakit seperti makanan yang beracun, basi atau tamat tempoh untuk dimakan haruslah kita elakkan. Tetapi yang selalu menjadi persoalan umat Kristian ialah, "Apa yang boleh dimakan menurut Alkitab?
Didalam hal yang berkaitan dengan makanan yang selalu menjadi persoalan ialah: Apakah yang yang boleh dimakan? Secara am, apa saja boleh dimakan asalkan ianya baik dan selamat dimakan. Ini bererti makanan yang boleh membahayakan kesihatan dan menyebabkan penyakit seperti makanan yang beracun, basi atau tamat tempoh untuk dimakan haruslah kita elakkan. Tetapi yang selalu menjadi persoalan umat Kristian ialah, "Apa yang boleh dimakan menurut Alkitab?
Menurut Alkitab terutama sekali di bahagian Perjanjian Lama memang terdapat beberapa larangan tentang binatang-binatang, ikan-ikan dan burung-burung yang tidak boleh dimakan kerana ianya dianggap haram. Sebab itu ianya tidak boleh dimakan. Misalnya unta, pelanduk, babi hutan, tikus, katak, biawak, ular, ikan-ikan yang tidak bersirip dan tidak bersisik; dan burung rajawali, burung hantu, burung unta, bangau dan sebagainya(Rujuk Kitab Imamat 11:1-47). Ini adalah mengikut Kitab Perjanjian Lama tetapi didalam Kitab Perjanjian Baru terdapat pengajaran baru mengenai makanan yang disampaikan oleh Tuhan Yesus sendiri.
Yesus berkata,"Bukan yang masuk ke dalam mulut yang menajiskan orang melainkan yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan orang." Dia juga berkata," Tidak tahukah kamu bahawa segala sesuatu yang masuk ke dalam perut lalu dibuang di jamban?(Lihat Matius 15:1-20; Markus 7:1-23). Jadi berdasarkan kepada pengajaran Tuhan Yesus makanan "haram" tidak timbul. Ini bererti tidak ada masalah didalam hal makanan kerana semua yang dimakan berakhir di tandas. Jadi, sebagai kesimpulan, bagi orang Kristian, dia boleh dan bebas memakan apa juga jenis makanan yang boleh dimakan asalkan makanan berkenaan tidak beracun dan tidak membahayakan kepada kesihatan badan. Ini bererti ia boleh memakan apa juga binatang, ikan, burung dan lain-lain yang boleh dimakan. Kerana tidak ada makanan yang dianggap haram menurut pengajaran Tuhan Yesus.
Subscribe to:
Posts (Atom)