Wednesday, February 25, 2009

Pedoman berpuasa-1:Puasa dari makanan dan minuman.

Berpuasa adalah perkara yang wajip kita lakukan di musim puasa(Pra-Paska) ini selama 40 hari. Musim ini bermula dari Hari ini iatu Haru Rabu Abu sehinggalah pada Hari Jumaat Agung.

Salah satu daripada aspek yang ditekankan sempena dengan musim puasa ialah berpuasa daripada makanan dan minuman yang sedap-sedap. Ini bererti kita memakan makanan yang sederhana atau simple menu sahaja(Jangan hairan kalau anda slim2(langsing) selepas ini). Jadi, sepanjang musim puasa ini, kita tidak mengadakan pesta-pesta secara besar-besaran. Misalnya, bagi mereka yang ngam-ngam(terkena betul) birthday pada musim ini maka, rayakanlah birthday anda secara sederhana. Tapi, kalau mahu merayakannya selepas musim puasa(Belated birthday) boleh juga.
Makan secara sederhana di musim puasa ini memberi kita dua peringatan. Pertama, Tuhan adalah pemberi kehidupan. Sebab itu, kita mesti utamakan kehidupan terutama sekali kehidupan selepas kita meninggalkan dunia ini. Kita mesti pentingkan kehidupan bersama-sama dengan Tuhan di suatu hari nanti. Sebab itu, kita mestilah menjagalah kehidupan sebagai orang yang beriman kepada Tuhan. setialah kepada Tuhan dan peganglah segala pengajaran-Nya dengan tabah dan setia sampai mati. Inilah yang penting sekali. Sebab itu, kita mesti selalu mengingatkan diri kita bahawa kita hidup bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup. Jadi, ini bererti kita mengutamakan Pemberi dan Pencipta kehidupan iaitu Tuhan yang Maha Esa.
Kedua, kita makan secara sederhana supaya dapat mengurangkan perbelanjaan makanan kita. Ini bererti kita berjimat-cermat untuk menabung atau menyimpan wang untuk didermakan kepada orang-orang yang miskin dan kekurangan. Wang yang terkumpul boleh kita berikan secara langsung kepada orang-orang yang memerlukkan atau disalurkan kepada pihak Gereja.
Pada musim puasa ini, sama-samalah kita berusaha sedaya-upaya untuk menghidupi semangat Pra-Paska dan ingat-ingatlah pesan Alkitab: "Apabila kamu berpuasa janganlah muramkan mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahawa mereka sedang berpuasa. Sesungguhnya, mereka sudah mendapat upahnya. Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, supaya jangan dilihat oleh orang bahawa engkau sedang berpuasa, melainkan hanya oleh Bapa mu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalanya kepadamu"(Mat.6:16-18).
Petikan Alkitab ini mengajar kita supaya berpuasalah secara senyap. Kita bukan mencari nama atau mengiklankan diri bila berpuasa. Pendek kata, jangan main "tayang-tayang" bila berpuasa. Berpuasalah secara senyap dan dengan rendah hati. Amin.