Wednesday, August 5, 2009

Jangan jemu berbuat baik bah!

Alkitab iaitu Firman Tuhan berseru, "Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik"(Galatia 6:9a). Adakalanya kita jemu berbuat baik terutama sekali apabila apa yang kita lakukan tidak dihargai oleh penerimanya atau tidak mendapat pengakuan dari mana-mana pihak? Apakah kita menjadi lemah dan tidak bersemangat lagi untuk melakukan kebaikan? Dan akhirnya berhenti sama sekali melakukan kebaikan kerana tidak mendapat pujian atau sanjungan?
Saudara dan saudari, ingatlah bahawa tidak ada orang kita memaksa kita untuk melakukan kebaikan. Kita biasanya memilih untuk melakukanya kerana atas dasar cintakan sesama manusia dan didorong kuat oleh pengajaran agama yang kita ikuti. Tuhan mengajar kita supaya berbuat baik terutama sekli kepada golongan yang miskin dan kekurangan. Sebab itu kita melibatkan diri didalam aktiviti kebajikan. Kerana mahu beramal dan berkhidmat kepada orang-orang yang memerlukan bantuan tanpa memikirkan apa-apa balasan dan ganjaran.
Jadi, janganlah lemah semangat untuk terus melakukan kebaikan kepada sesama manusia meskipun tidak mendapat apa-apa penghargaan atau pujian dan balasan dari mana-mana pihak di dunia ini. Kerana yang penting didalam melakukan kebaikan ialah memberi dan bukannya menerima pujian atau balasan daripada penerima. Janganlah terlalu gilakan pujian dan balasan duniawi. Kerana kalau kita melakukan kebaikan dengan iklas dan jujur, Tuhan akan membalas segala perbuatan kita yang baik di kemudian hari.
Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan ucapan "Terima Kasih" dari orang yang kita bantu atau tolong. Jangan terlalu gilakan sijil penghargaan daripada mereka. Jadi, sesuai dengan pengajaran Alkitab, marilah kita melaksanakan apa yang diajar oleh Tuhan dimana Dia mengajak kita agar jangan jemu-jemu melakukan kebaikan kepada sesama manusia terutama sekali kepada mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Ok, Selamat beramal kasih kepada sesama insan tanpa bosan! Amin.