Tuhan Yesus Kristus bersabda, "Akulah roti kehidupan" (Yoh.6:24a).
Manusia selalunya sibuk sekali mencari makanan iaitu "roti kehidupan" setiap hari. Kerana tidak mahu menjadi mangsa kelaparan! Kadang-kadang "stok makanan" banyak pun masih juga sibuk bekerja. Yaa....memang banyak manusia yang tidak pernah kenal merasa puas. Sudah banyak tapi masih mau lagi. Sudah kaya tapi mau tambah kaya lagi. Sesungguhnya, Ketamakan manusia memang susah dibendung dan dihalang. Tapi, kita mesti ingat bahawa "roti kehidupan duniawi" tidak berkekalan. Kerana ia biasanya masuk mulut pertama dan kemudian itu keluar di mulut kedua di belakang badan kita!
Kesibukan kita mencari "roti kehidupan duniawi" janganlah menyebabkan kita lupa mencari "roti kehidupan surgawi iaitu "Tubauh dan Darah Yesus Kristus." Sebab itu, jangan lupa pergi ke Gereja setiap hari Ahad atau pada hari Sabtu(Misa Senja). Kerana disinilah kita diberi dua jenis makanan iaitu dari Alkitab, iaitu Firman Tuhan dan Tubuh Kristus yang kita sambut didalam upacara Komuni. Sebab itu, jangan ponteng pergi Gereja. Rajin-rajinlah pergi ke Gereja atau pergi sembayang bukan saya untuk menunaikan kewajipan kita untuk pergi sembayang setiap minggu dan mendengar "Firman Tuhan. Tetapi lebih-lebih lagi untuk pergi menyambut "Tubuh dan Darah Kristus" didlaam Komuni. Sebab itu, saudara dan saudari terutama sekali umat Katolik, janganlah kita terlalu cenderung untuk mencari "roti kehidupan duniawi" sehingga lupa mencari "Roti Kehidupan Surgawi." Tetapi marilah kita utamakanlah "Roti Kehidupan Surgawi" dahulu. Jestru itu rajin-rajinlah pergi ke Gereja. Amin.