Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

Jangan jemu berbuat baik bah!

Alkitab iaitu Firman Tuhan berseru, "Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik"(Galatia 6:9a). Adakalanya kita jemu berbuat baik terutama sekali apabila apa yang kita lakukan tidak dihargai oleh penerimanya atau tidak mendapat pengakuan dari mana-mana pihak? Apakah kita menjadi lemah dan tidak bersemangat lagi untuk melakukan kebaikan? Dan akhirnya berhenti sama sekali melakukan kebaikan kerana tidak mendapat pujian atau sanjungan?
Saudara dan saudari, ingatlah bahawa tidak ada orang kita memaksa kita untuk melakukan kebaikan. Kita biasanya memilih untuk melakukanya kerana atas dasar cintakan sesama manusia dan didorong kuat oleh pengajaran agama yang kita ikuti. Tuhan mengajar kita supaya berbuat baik terutama sekli kepada golongan yang miskin dan kekurangan. Sebab itu kita melibatkan diri didalam aktiviti kebajikan. Kerana mahu beramal dan berkhidmat kepada orang-orang yang memerlukan bantuan tanpa memikirkan apa-apa balasan dan ganjaran.
Jadi, janganlah lemah semangat untuk terus melakukan kebaikan kepada sesama manusia meskipun tidak mendapat apa-apa penghargaan atau pujian dan balasan dari mana-mana pihak di dunia ini. Kerana yang penting didalam melakukan kebaikan ialah memberi dan bukannya menerima pujian atau balasan daripada penerima. Janganlah terlalu gilakan pujian dan balasan duniawi. Kerana kalau kita melakukan kebaikan dengan iklas dan jujur, Tuhan akan membalas segala perbuatan kita yang baik di kemudian hari.
Bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan ucapan "Terima Kasih" dari orang yang kita bantu atau tolong. Jangan terlalu gilakan sijil penghargaan daripada mereka. Jadi, sesuai dengan pengajaran Alkitab, marilah kita melaksanakan apa yang diajar oleh Tuhan dimana Dia mengajak kita agar jangan jemu-jemu melakukan kebaikan kepada sesama manusia terutama sekali kepada mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Ok, Selamat beramal kasih kepada sesama insan tanpa bosan! Amin.

Monday, February 23, 2009

Bertobatlah...

Salah satu daripada pengajaran Tuhan Yesus yang penting sekali ialah "Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat!"(Mat.4:17).
Bertobat itu bererti kita melihat dan meninjau kembali sikap dan cara kehidupan kita dan memperbaharuinya atau membetulkannya menurut pengajaran Yesus. Jadi, jika kita sebagai seorang Kristian tetapi tidak hidup sesuai dengan pengajaran Yesus dan tidak menurut nilai-nilai Injil maka pantaslah kita bertobat dengan secepat yang mungkin agar kita menjadi orang Kristian yang baik dan sejati. Sebenarnya, tidak ada gunanya kita mengaku Kristian tetapi kehidupan kita setiap hari tidak menunjukkan bahawa kita adalah seorang pengikut Yesus yang baik dan setia.
Sebenarnya, buat apa menjadi orang Kristian, jika tidak hidup sesuai dengan pengajaran Kristus. Jestu itu, marilah kita perhatikan kehidupan kita masing-masing, dimana ada kesalahan dan kesilapan, kita perbaiki dan perbetulkan agar kita hidup sebagai orang Kristian yang baik dan suci.
Marilah bertobat dengan membuang apa juga cara kehidupan yang bertentangan dengan pengajaran Kristian. Marilah kita tinggalkan cara hidup yang salah dan mengubahnya kepada kehidupan yang baik iaitu kehidupan yang berdasarkan kepada Yesus dan berlandaskan kepada Alkitab, Firman Tuhan yang Maha Esa.
Akhir sekali, bertobat juga bererti kita menjauhkan apa juga jenis kejahatan dan dosa. Dalam kata yang lain, kita membuang sikap dan cara kehidupan "manusia lama" dan menjadi "manusia yang baru" sesuai dengan pengajaran Yesus Kristus, Tuhan dan penyelamat umat manusia.
Kenapa perlu bertobat? Kerana Kerajaan Surga sudah dekat dan ini boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Maka, dengan itu baiklah mempersiapkan diri untuk menghadapi peristiwa ini. Sebab itu, marilah bersiap sedia supaya apabila Kerajaan Surga datang, kita dijemput oleh Tuhan masuk kedalam Kerajaan-Nya. Kerana kita adalah orang-orang yang dengan rendah hati telah bertobat. Amin.