Monday, August 8, 2011
Dapatkan Alkitab bah!
Alkitab adalah Firman Tuhan. aApakah anda dah memiliki sebuah Alkitab? Kalau belum, dapatkan satu! Beli bah! Jangan terlalu kedekut didalam hal membeli Alkitab. Jangan bilang mahal. Kerana ianya mampu kita miliki. Kalau Handphone, TV, Kereta, Jam, Komputer, Baju, Kasut dan lain-lain lagi barang yang dapat kita miliki, mustahil kita tak dapat memiliki Alkitab. Sebab itu dapatkan satu Alkitab supaya anda dapat membaca, merenung dan melakukan pengajarannya didalam kehidupan setiap hari. Jestru itu, dapatkan Alkitab secepat yang mungkin, jika anda belum memilikinya. Dan bagi yang dah ada Alkitab, jangan lupa meluangkan masa untuk membacanya setiap hari. Baca satu bab setiap hari pun...dah memadai. Lama-lama habis tu dibaca. Dan bila dah habis membacanya......BACA LAGI! Ok, selamat membaca Alkitab.
Saturday, May 21, 2011
Carilah dahulu...
Di era IT ini, banyak diantara kita berusaha keras untuk mendapatkan lebih banyak wang, harta, pangkat, kedudukan, keseronokan hidup, dan kuasa. Inilah yang menjadi tumpuan dan buruan utama manusia dimasa kini. Sebenarnya, tak salah mencari perkara-perkara ini. Yang penting ialah ianya dicari secara baik dan tidak melanggar mana-mana nilai etika dan tidak bertentangan dengan pengajaran agama yang dianuti. Walau bagaimana pun, kita janganlah terlalu tergila-gilakan "wang & harta duniawi" kerana ini boelh menyebabkan kita lupa pada Tuhan yang Maha Esa dan membelakangkan pengajaranNya. Sebab itu, jangnalah kita lupa kata Tuhan Yesus," carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarnya...(Mat.6:33). Jestru itu, rajin-rajinlah berdoa dan pergi sembayang dan jangan lupa mengikut dan melakukan pengajaran Tuhan didalam hidup kita setiap hari. Sasaran utama kita ialah melakukan kehendak Tuhan dan menyembahNya sepenuh hati. Semoga semua kita berusaha kearah ini. Kerana tak ada gunanya kita menjadi pengikut Tuhan kalau kita tak mengikutiNya sepenuh hati. Pendek kata, apalah guna mengaku orang yang percaya kepada Tuhan tetapi tidak mengikut pengajaranNya sepenuh hati dna tidak menyembahNya setiap hari.? Jestru itu, marilah menjadi orang saleh dan kudus. Amin.
Wednesday, March 9, 2011
Hari Tiga Abu:Permulaan musim Pra-Paska;Musim Puasa(Lent)
Bagi umat Katolik Hari Rabu Abu(Ash Wednesday) adalah permulaan musim puasa atau musim Pra-Paska menurut bahasa Liturgi. Pada masa ini ada empat perkara yang ditekankan iaitu: 1.Pertobatan, 2:Berdoa, 3.Berpuasa, 4. Memberi derma.
1.Pertobatan: Inilah inti utama musim ini iaitu seruhan pertobatan. Kita semua dipanggil supaya bertobat: "Bertobatlah....."(Mat.4:17).Sebab itu, pada masa ini sangat penting sekali kita melihat cara kehidupan kita dan memperbaiki mana-mana sikap dan cara kehidupan kita yang salah. Jadi, jika kehidupan tidak mengikut cara kehidupan Kristian maka kita bertobat dengan kembali kejalan yang benar dan hidup sebagai orang Kristian yang baik, kudus dan sejati. Jadi, marilah menjadi orang yang bertobat supaya dapat merayakan Hari Paska(Easter) dengan lebih bermakna dan meriah.
2.Berdoa: Pada musim ini, kita luangkanlah masa yang lebih untuk berdoa. Jadi, seandainya kita jarang sekali berdoa baik dirumah atau di Gereja maka inilah masa yang baik untuk memulakan kehidupan yang berdoa lagi. Mulalah rajin-rajin berdoa kepada Tuhan. Dan berdoalah kepada Tuhan dengan rendah hati dan dengan iklas. Jangan mencari nama didalam hal berdoa(Mat.6:5-13).
3.Berpuasa: Perkara ini melibatkan dua aspek iaitu berpuasa dari segi makanan dan minuman dan berpuasa dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan pengajaran Kristian. Pendek kata, kita berpuasa daripada melakukan kejahatan dan dosa. Dan bila kita berpuasalah tanpa menarik perhatian orang lain(Mat 6:16-18). Inilah cara puasa yang mulia.
4.Memberi derma: Pada musim ini, janganlah lupa memberi derma kepada orang-orang yang miskin dan kekurangan. Hulurkanlah bantuan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Mendermalah sesuai dengan kemampuan anda dan mendermalah secara senyap-senyap. Jangan "bising-bising" bila menderma(Mat 6:1-4).
Akhir sekali, jangan hairan jika mengalami banyak godaan dan gangguan sepanjang musim puasa ini. Kerana jika kita sungguh-sungguh berpegang kepada semangat musim puasa ini, jangan harap setan dan iblis akan tidur nyenyak. Mereka pasti akan melipatkan ganda usaha mereka untuk menjatuhkan iman kita. Sebab itu, tabahkanlah hati dan sabarlah menghadapi apa jua jenis godaan yang datang didalam kehidupan kita sepanjang musim puasa ini. Kuatkanlah iman dan semangat anda. Jangan sekali-kali lemah semangat dan awal-awal angkat bendera putih. Berjuanglah dan ingatlah didalam nama Tuhan Yesus, kita boleh mengatasi apa jua tentangan dan godaan yang datang didalam hidup kita. Amin

Thursday, February 24, 2011
Mau jadi Boss?
"Barangsiapa ingin menjadi besar diantara kamu, hendaklah ia menjadi pelayan mu, dan barangsiapa yang mahu menjadi terkemuka diantara kamu, hendaklah ia menjadi hamba untuk semuanya"(Mrk 10:43-44).
Secara am Kecenderungan dan keminatan kita adalah untuk menjadi Boss! Meskipun keinginan ini bukanlah salah kalau disertai dengan motif yang baik tapi ianya dianggap salah jika tujuan kita untuk menjadi Boss adalah tertumpuh kepada "Mencari Nama & untuk mempunyai Kuasa." Ini bahaya nii! Jadi, kalau mau jadi Boss, jadilah Boss yang baik dan bukannya Boss yang jahat, garang dan tak baik. Ingatlah, kedudukan Boss bererti lebih banyak tanggungjawap, kerja dan memberi contoh serta tauladan kpd sesama terutama sekali yang berada dibawah jagaan Boss. Pendek kata, Boss bererti lebih sungguh didalam pelayanan dan pekerjaan dimana ini dihiasi dengan kejujuran, keiklasan, kerendahan hati dan ketegasan secara sihat. Janganlah kerana dah jadi Boss, buruk tabiat pula seperti lambat datang pejabat, tak buat kerja, awal pulang, membebankan kaki-tangan, terlalu mengarah dan tak bertimbang-rasa. Bah, ingatlah menjadi Boss yang sabar, baik, perhatin, penyayang, peramah, understanding, & dll.
Petikan Alkitab diata memberi kita pedoman dan pengajaran bahawa menjadi Boss bererti pelayanan dan perkhidmatan kepada sesama manusia dan bukannya mementingkan kedudukan, pangkat dan kuasa. Jestru itu, jadilah Boss yang baik.

Wednesday, February 16, 2011
Ada apa pada nama?
"Hendaklah engkau memelihara namamu, sebab ia tinggal padamu lebih lama daripada seribu harta emas yang besar"(Sirakh 41:12).
Petikan Alkitab ini memberi kita pengajaran agar menjaga nama sendiri dengan baik. Kerana kalau kita tidak menjaga nama kita dengan baik, maka kita dianggap hina dan kotor oleh orang lain. Sebab itu sangat penting sekali jika menjaga nama kita agar ianya sentiasa baik dan dihormati orang. Jestru itu elakkanlah perkara-perkara yang boleh mencemar nama baik kita sendiri. Ingatlah bahawa apabila nama kita menjaadi cemar, para ahli keluarga kita yang dan para saudara-mara kita juga turut tercemar. Sebab itu, pandai-pandailah menjaga nama sendiri. Buatlah perkara-perkara yang baik dan mulia agar nama kita tetap terpelihara BAIK DAN DIHORMATI MALAH DISEGANI!
Friday, January 14, 2011
Keras kepala
"Jangan keras kepala terhadap ketakutan akan Tuhan, dan
jangan mendekatiNya dengan mendua hati"(Sirakh 1:28).
Banyak orang mengaku dan menanggap dirinya percaya kepada Tuhan namun keras kepala dan tidak takut untuk melanggar pengajaran Tuhan. Jadi, kalau begini sikapnya, apalah guna percaya kepada Tuhan? Jestru itu, jika kita percaya kepada Tuhan, marilah menjadi umatNya yang setia dan taat. Jangan terlalu keras kepala dan "takut-takutlah" kepada Tuhan kerana Dia berkuasa untuk menghantar kita Surga atau ke neraka. Ingat-ingatlah bahawa sebagai umat Tuhan, kita ada tanggungjawap untuk menjadi umatNya yang benar-benar beriman dan bertakwa. Amin.
Tuesday, December 7, 2010
Anggur, Musik & Pelajaran.
"Air anggur dan musik meriangkan hati tetapi cinta kepada kebijaksanaan lebih baik daripada kedua-duanya"(Sirakh 40:20).
Memang air anggur dan musik boleh membuat kita begitu asyik sehingga lupa kepada perkara-perkara yang lebih penting seperti menimba ilmu pengetahuan yang membuat kita bijak. Sebab itu, janganlah terlalu meminum minuman yang beralkohol atau minuman yang boleh memabukkan. Demikian juga dengan musik. Kalau kita terlalu mendengar musik juga boleh membuat kita terlalu asyik sehingga lupa membuat kerja adan membuat kerja-kerja yang lebih berguna dan berfaedah.
Sesungguhnya mencari ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan adalah pilihan yang lebih baik. Sebab itu, luangkanlah masa utnuk membaca bagi menambah ilmu pengetahuan. Belajar baik-baik, jangan terikut-ikut dengan kawan-kawan yang kuat minuman minuman yang keras dan asyik menari dengan iringan musik yang menasyikkan.
Kecenderungan dan minat kepada minuman keras dan musik adalah jelas sekali terutama pada umur sedang meningkat dewasa. "Darah muda" membuat kita lupa kepada perkara yang lebih penting misalanya belajar dan pergi sekolah kerana terlalu asyik dengan minuman keras & musik. Kedua-dua perkara ini boleh membawa kepada kegagalan, kesusahan dan kekecewaan jika terlalu aysik denganya sehinga lupa belajar. Jestru itu, adalah lebih baik tidak meminum minuman keras kalau masih lagi belajar. Demikian juga dengan musik, jangan terlalu mendengar musik sehingga pelajaran pun terjejas. Jadi, pandai-pandailah menjaga diri didalam hal ini. Minum sikit tak apa asalkan dikawal pengambilannya. Demikian juga dengan mendengara musik. Ok bah kalau tak keterlaluan. Walau bagaimana pun jika ternyata bahawa kedua-dua perkara ini menjejaskan pelajaran anda maka adalah lebih baik menumpuhkan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)