Di era IT ini, banyak diantara kita berusaha keras untuk mendapatkan lebih banyak wang, harta, pangkat, kedudukan, keseronokan hidup, dan kuasa. Inilah yang menjadi tumpuan dan buruan utama manusia dimasa kini. Sebenarnya, tak salah mencari perkara-perkara ini. Yang penting ialah ianya dicari secara baik dan tidak melanggar mana-mana nilai etika dan tidak bertentangan dengan pengajaran agama yang dianuti. Walau bagaimana pun, kita janganlah terlalu tergila-gilakan "wang & harta duniawi" kerana ini boelh menyebabkan kita lupa pada Tuhan yang Maha Esa dan membelakangkan pengajaranNya. Sebab itu, jangnalah kita lupa kata Tuhan Yesus," carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarnya...(Mat.6:33). Jestru itu, rajin-rajinlah berdoa dan pergi sembayang dan jangan lupa mengikut dan melakukan pengajaran Tuhan didalam hidup kita setiap hari. Sasaran utama kita ialah melakukan kehendak Tuhan dan menyembahNya sepenuh hati. Semoga semua kita berusaha kearah ini. Kerana tak ada gunanya kita menjadi pengikut Tuhan kalau kita tak mengikutiNya sepenuh hati. Pendek kata, apalah guna mengaku orang yang percaya kepada Tuhan tetapi tidak mengikut pengajaranNya sepenuh hati dna tidak menyembahNya setiap hari.? Jestru itu, marilah menjadi orang saleh dan kudus. Amin.