Tuesday, July 7, 2009

Janganlah bosan!


Firman Tuhan: "Hai anakku, janganlah engkau menolak didikan Tuhan dan janganlah engkau bosan akan perintahNya."(Amasal 3:11).


Berdasarkan kepada Firman Tuhan ini, marilah kita masing-masing bertanya kepada diri sendiri, "Adakah kita menolak didikan Tuhan?" Firman Tuhan ini menuntut kita untuk taat dan setia kepada segala perintahNya seperti yang tercatit didalam Alkitab. Ini bererti kita tidak boleh melanggar atau melawan pengajaran Tuhan. Dan kita juga tidak boleh bersifat 50/50, dimana kita mengikuti pengajaran Tuhan yang kita suka dan menolak pengajaranNya yang kita tidak suka atau yang bertentangan dengan kehendak kita sendiri.


Sesungguhnya, Firman Tuhan ini mencabar kita untuk menjadi pengikut Tuhan yang sejati dan setia. Ini bererti kita tidak jemu dan bosan mengikuti segala pengajaran Tuhan. Meskipun ianya bertentangan dengan kehendak kita. Kerana didalam hal menjadi pengikut Tuhan yang setia kita mestilah dengan sabar melakukan kehendak Tuhan. Kerana sebagai orang yang berimana kepada Tuhan, tugas utama kita adalah untuk melakukan kehendak Tuhan dan bukannya mempertahankan dan memperjuangkan kehendak kita sendiri.


Marilah kita sama-sama ingat dan sedar bahawa hanya dengan kesetiaan dan ketabahan untuk mengikuti semua pengajaran Tuhan, kita beroleh keselamatan dan kebahagian dimasa akan datang. Sebab itu, marilah menjadi orang Kristian yang kuat dan setia melakukan kehendak Tuhan. Amin.

Sunday, July 5, 2009

Percaya meskipun....


Tomas iaitu salah seorang daripada pengikut Tuhan Yesus, tidak percaya dengan kawan-kawannya yang berkata," Kami telah melihat Tuhan!" Ini bererti telah Tuhan Yesus telah bangkit daripada mati dan Ia hidup kembali. Walaupun cuba diyakinkan oleh mereka namun Tomas tidak percaya kecuali dia sendiri melihat dan bertemu dengan Tuhan Yesus. Syukurlah lapan hari selepas itu, Tuhan Yesus muncul didalam pertemuan mereka dan Dia berkata kepada murid yang meragui kebangkitaNya, Kerana engkua telah melihat Aku, maka engkau percaya. Tetapi berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya."(Yohanes 20:28-29).


Saudara dan saudari, mungkin kita juga banyak kali bersikap seperti Tomas didalam hal mempercayai kewujudan Tuhan:" Betulkan nii, ada Tuhan Allah? Betulkah Yesus itu Tuhan dan Penyelamat umat manusia?" Dan mungkin ada berbagai-bagai lagi macam persoalan kita untuk Tuhan terutama sekali bila kita mengalami kesusahan dan ada masalah. Kita meragui dan mempersoalkan cintakasihNya kepada kita. Tapi, apa pun persoalan kita TUHAN ITU TETAP TUHAN dan kita adalah manusia yang diciptaNya dan diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan didalam dunia ini.


Kemudian selepas..... beberapa tahun mungkin selepas 70 tahun atau 80 tahun iaitu bila kita dah "tua dan nyayuk" kita akan pergi daripada dunia ini. Ya! Kita akan mati! Jadi, menyedari hakikat yang pasti akan terjadi didalam hidup kita, tak gunalah kita "bertengkar" dengan Tuhan. Kalau kita percaya kepadaNya, buat apa kita "mengingkari dan melawan" pengajaranNya. Ikut sajalah kalau mau selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat nanti. Lagi pun, buat apa kita percaya kepada Tuhan kalau kita tidak mengikuti pengajaranNya? Lebih baik tak percaya! Habis cerita! Tapi, kita bilang kita percaya kepada Tuhan tapi hidup macam hantu! Bha! Jangan main-main bah didalam hal beriman kepada Tuhan. Kalau kita "main-main" nanti kita yang kena kasih "main-mana" di neraka, baru tau!


Jadi, kalau kita percaya kepada Tuhan, jangalah main-main! Jadilah pengikutNya yang tetap dan setia. Dan, janganlah buat macam-macam yang jahat, Pendek kata janganlah buat hal yang tak baik semasa didunia ini. Nanti bila mati, kita tak dapat masuk Surga baru tau! Sebab itu, marilah kita mantapkan dan kuatkan iman kita kepada Tuhan meskipun kita tidak nampak Dia. Kerana apa yang penting sekali didalam hidup ialah kita PERCAYA KEPADA PENCIPTA IAITU TUHAN ALLAH SENDIRI. Pendek kata, kita tetap percaya meskipun tidak pernah melihatNya dengan mata sendiri. Amin!


Wednesday, July 1, 2009

Cabaran kita.


Ada orang-orang Kristian yang berkata bahawa lebih baik tukar agama kerana mengalami berbagai bentuk penindasan dan ketidak-adilan daripada orang-orang tertentu yang berada ditapuk kekuasaan. Meskipun perkara ini tidak dilakukan secara terang-terangan tetapi secara tersembunyi dan secara halus. Namun ia tetap membuat kita sakit hati, geram, marah dan kecewa.


Misalnya yang dialami oleh beberapa orang Kristian. Meskipun mereka mempunyai kecekapan, kepakaran, pengalaman yang luas, dan berkelayakan tinggi tetapi kerana mereka orang Kristian maka didalam hak kenaikan pangkat mereka diketepikan begitu saja. Mereka tidak dinaikkan pangkat. Kalau ada pun, dekat-dekat mau pencen kira-kira didalam lingkuangan satu atau dua tahun barulah dinaikkan pangkat; Orang-orang Kristian juga mempunyai peluang yang kurang untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi(IPT). Demikan juga didalam hal mendapat biasiswa. Harapan mereka adalah agak tipis. Kenapa? Kerana orang-orang yang berkuasa mempunyai sikap yang pilih-kasih. Mereka biasanya lebih cenderung memberi keutamaan kepada orang-orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Bukankah ini satu bentuk penindasan dan bukti ketidak-adilan?


Walau bagaimana tidak semua orang mereka bersikap seperti itu. Kerana ada juga orang-orang mereka yang baik dan bersempati dengan nasip orang-orang Kristian. Lalu memberi bantuan dan sokongan yang iklas seseuai dengan semangat keperimanusian dan keperhatinan kepada sesama manusia. Namun jumlah mereka tidaklah begitu besar.


Yaa....memang orang-orang Kristian banyak godaan, cabaran dan tentangan. Meskipun begitu, kita tidak boleh berputus asa lalu mengambil jalan yang senang dan mudah dengan bertukar agama. Kita mesti bertahan sehingga akhir hidup kita didunia ini.


Kita mesti ingat dan sedar bahawa Tuhan Yesus pernah berkata"Jikalau dunia membenci kamu, ingatlah bahawa ia telah lebih dahulu membenci Aku daripada kamu"(Yohanes 15:18). Sebab itu bertahanlah. Pertahankan iman Kristianmu, meskipun dipandang rendah oleh orang lain. Kerana apa yang penting ialah bukan kebahagian duniawi tetapi kebahagian yang kekal di akhirat nanti.


Sebab itu, janganlah gara-gara tidak mendapat layanan yang istimewa didunia ini, kita menyangkal dan meninggalkan Tuhan Yesus. Ingatlah Dia adalah satu-satuNya Penyelamat umat manusia yang dihantar oleh Allah Bapa yang Maha Kuasa. Jestru itu, marilah kita bertahan dan menjadi orang-orang Kristian yang tabah, kuat, dan setia sampai selama-lamanya. Meskipun menghadapi berbagai tentangan dan cabaran daripada pihak-pihak yang tertentu yang tak seiman dengan kita. Marilah tetap bersabar dan sentiasa mengampuni mereka kerana membenci kita.


Biarlah mereka "membenci" kita dengan perbagai bentuk dan cara. Yang penting, kita tidak membenci mereka kembali. Kerana kita berpegang kepada pengajaran Tuhan Yesus yang berbunyi: "Kasihilah musuh-musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamau. Kerana dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di Surga...(Matius 5:44-45).Amin.

Sunday, June 28, 2009

Ikutilah Aku...


Yesus berkata kepada Matius, "Ikutilah Aku."(Matius 9:9). Jemputan atau ajakanNya ini memang merupakan satu cabaran bagi Matius. Tetapi sahutannya adalah serta-merta. Dia berdiri lalu mengikuti Tuhan Yesus. Bagaimana dengan kita sendiri? Apakah kita setia mengikutNya?


Inilah cabaran kita selaku pengikut Tuhan Yesus iaitu mengikutiNya dengan setia dan sabar meskipun banyak cabaran dan godaan yang dilalui didalam perjalanan kita selaku pengikutNya. Tapi, kata orang alang-alang mandi kalau tak basah dan alang-alang bercinta kalau tidak sampai berkahwin. Sebab itu, meskipun kita mempunyai banyak cabaran, rintangan dan godaan didalam hal mengikut Tuhan Yesus, janganlah kita mudah putus asa. Kita kuatkanlah hati dan tabah semangat untuk terus mengikutiNya meskipun kita menghadapi perbagai masalah. Kerana lebih baik mati didalam proses terus mencuba menjadi pengikutNya yang baik daripada mati tanpa mencuba.


Jestru itu, marilah kita terus mencuba dan mencuba untuk menjadi umat Kristian yang lebih baik. Dan jangan lupa meminta bantuan rohani daripada Tuhan yang Maha Esa. Janganlah terlalu bergantung kepada tenaga dan kekuatan diri sendiri. Amin.


Wednesday, June 24, 2009

Mintalah...

Firman Tuhan berbunyi: "Mintalah maka akan diberikan kepadamu...."(Matius 7:7a). Cuba kita renungkan secara peribadi: Apakah yang selalu kita minta daripada Tuhan apabila kita menyampaikan permohonan kita didalam doa? Bukankah selalunya kita meminta hal dan perkara yang berkaitan dengan perkara-perkara duniawi?
Biasanya kita meminta kekayaan duniawi seperti wang, harta, emas, rumah, kereta, tanah dan sebagainya. Selain daripada itu kita juga suka meminta kedudukan yang tinggi didalam dunia ini dan meminta pangkat. Meskipun perkara-perkara ini tidak jahat jika ianya digunakan dengan baik namun kenapa kita terlalu meminta kekayaan duniawi? Kenapa tidak meminta harta surgawi? Sedarkah kita bahawa kekayaan duniawi adalah sementara sahaja? Sesungguhnya, harta duniawi bukanlah milik kita selama-lamanya? Kerana semua kekayaan duniawi ditinggalkan apabila kita kembali kehadapan Tuhan. Segala-galanya kita tinggalkan apabila kita mati!
Jadi, marilah kita belajar meminta harta surgawi atau harta rohani seperti ketabahan dan kesabaran melakuan kehendak Tuhan, kesetiaan mengikuti segala pengajaran Tuhan, hati yang dermawan, hati yang pengampun, sifat yang rajin dan setia berdoa, sifat yang bencikan kejahatan dan dosa, dan sebagainya. Kerana inilah harta yang berkekalan yang kita bawa mati. Dan kita diadili oleh Tuhan berdasarkan kepada harta surgawi yang kita miliki dan bukannya berdasarkan kepada banyaknya harta duniawi yang kita miliki. Jestru itu, marilah kita belajar meminta harta surgawi daripada harta duniawi. Amin.

Tuesday, June 23, 2009

Sembunyikan.....

Firman Tuhan berbunyi: "Lebih baiklah orang yang menyembunyikan kebodohannya
daripada yang menyembunyikan kebijaksanaannya"(Sirakh 41:15).
Apakah kebiasaan atau kecenderungan kita? Biasanya berlagak pandaikan!? Inilah yang menjadi masalah kita, walaupun tak faham tetapi mengaku faham; Tak mengerti pun mengaku mengerti; Tak tahu pun mengaku tahu. Akhirnya bila kedapatan maka, orang pun tahu kita sebenarnya bodoh. Sebab itu, Janganlah berlagak pandai kalau tak pandai nanti suatu hari nanti kedapatan dan ketahuan juga. Dan kalau dah kedapatan jangan hairan jika orang menyatakan kepada kita "pandai tapi bodoh!"
Janganlah kerana malu mengaku tidak pandai atau takut dipandang rendah ataua takut kalah maka, kita berlagak pandai. Sebenarnya, lebih baik kita mengakui "kebodohan", atau kelemahan dan kekurangan kita supaya kita lebih terbuka untuk mempelajari apa yang kita tidak tahu. Dan orang pula lebih mudah dan senang untuk memberi bantuan atau pertolongan kepada kita untuk mengatasi kepincangan kita.
Dan kalau kita ada kebijaksanaan atau kepandaian, janganlah luki atau tamak atau kedekut sehingga kita tidak mahu membahagikan atau mengsharingkan kebijaksanaan kita itu kepada orang lain. Disamping itu, janganlah pula bersikap sombong dan minta puji kerana kita bijak. Sesungguhnya, jauhilah sikap yang "masuk bakul dan angkat sendiri." Sebaliknya, jika kita ada kepandaian' bahagiakanlah kepandaian kita itu kepada orang lain terutama sekali yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Dengan ini, Kita lebih diberkati Tuhan dan disayangi orang.Amin.

Monday, June 22, 2009

Kekayaan

Ada kisah tentang seorang muda yang kaya datang kepada Tuhan Yesus dan bertanya apakah yang harus dia buat untuk memperoleh hidup yang kekal. Yesus menjawap bahawa jika dia mahu benar-benar sempurna "pergilah, juallah segala milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di surga, kemudian datanglah kemarai dan ikutlah Aku." Tetapi orang muda itu tidak menyambut cabaran Tuhan Yesus. Dia pergi dengan sedih kerana dia memang banyak harta(Matius 19:16-22).
Menjadi orang kaya tidak salah; dan mempunyai kekayaan juga tidak salah. Tetapi janganlah gara-gara mahu menjadi kaya, kita lakukan apa saja untuk menjadi kaya sehingga Tuhan dan pengajaranNya dilupakan. Ini adalah tindakan yang salah dan tidak bijak. Sebab itu, jika kita mahu mencari kekayaan maka, carilah dengan cara yang baik dan murni.
Ingatlah bahawa kekayaan yang kita miliki janganlah menghalang dan menyebabkan kita lupa kepada Tuhan. Sebab itu, janganlah kita menggunakan kekayaan kita untuk melakukan perkara-perkara yang jahat dan tidak bermoral. Gunakanlah kekayaan yang kita miliki dengan baik. Misalnya membantu orang-orang yang miskin dan susah. Dengan ini, kekayaan mendatangkan berkat keatas diri kita daripada Tuhan; dan kebahagian serta kegembiraan kepada penerimanya. Amin.