Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Janganlah bosan!


Firman Tuhan: "Hai anakku, janganlah engkau menolak didikan Tuhan dan janganlah engkau bosan akan perintahNya."(Amasal 3:11).


Berdasarkan kepada Firman Tuhan ini, marilah kita masing-masing bertanya kepada diri sendiri, "Adakah kita menolak didikan Tuhan?" Firman Tuhan ini menuntut kita untuk taat dan setia kepada segala perintahNya seperti yang tercatit didalam Alkitab. Ini bererti kita tidak boleh melanggar atau melawan pengajaran Tuhan. Dan kita juga tidak boleh bersifat 50/50, dimana kita mengikuti pengajaran Tuhan yang kita suka dan menolak pengajaranNya yang kita tidak suka atau yang bertentangan dengan kehendak kita sendiri.


Sesungguhnya, Firman Tuhan ini mencabar kita untuk menjadi pengikut Tuhan yang sejati dan setia. Ini bererti kita tidak jemu dan bosan mengikuti segala pengajaran Tuhan. Meskipun ianya bertentangan dengan kehendak kita. Kerana didalam hal menjadi pengikut Tuhan yang setia kita mestilah dengan sabar melakukan kehendak Tuhan. Kerana sebagai orang yang berimana kepada Tuhan, tugas utama kita adalah untuk melakukan kehendak Tuhan dan bukannya mempertahankan dan memperjuangkan kehendak kita sendiri.


Marilah kita sama-sama ingat dan sedar bahawa hanya dengan kesetiaan dan ketabahan untuk mengikuti semua pengajaran Tuhan, kita beroleh keselamatan dan kebahagian dimasa akan datang. Sebab itu, marilah menjadi orang Kristian yang kuat dan setia melakukan kehendak Tuhan. Amin.

Friday, September 5, 2008

Kasih;Cinta



Kasih itu sabar;


kasih itu murah hati;


ia tidak cemburu.


Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.


Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri.
Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.
Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran.
Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharap segala sesuatu,
dan sabar menanggung segala sesuatu.


Kasih tidak berkesudahan.

(1 Korintus 13:4-8)
Petikan Alkitab ini, memang sangat mencabar keupayaan kita didalam hal mencintai. Perkara ini memang memerlukan semangat yang tinggi dan tidak mudah mengalah untuk melakukannya. Sebab itulah PENGAJARAN ini termaktub didalam Alkitab. Kalaulah hal mencintai itu senang dan mudah seperti ABC...sudah tentu PENGAJARAN ini tidak tercatat didalam Alkitab. Sebab ianya sukar dan payah maka, ianya termasuk didalam Alkitab supaya ianya tidak dilupakan oleh umat beriman. Jestu itu, selaku manusia yang beriman kepada Tuhan, marilah kita sama-sama belajar berusaha untuk lebih mengasihi atau lebih mencintai Tuhan dan sesama manusia. Meskipun, perkara ini agak susah untuk dilakukan tetapi kita mesti berusaha agar kita dapat menjadi pencinta yang lebih baik. Kerana lebih baik mencuba dan terus mencuba daripada langsung tidak mencuba. Jangan angkat bendera putih sebelum perang bermula. Lagipun, lebih baik mati didalam keadaan mencuba daripada mati tanpa mencuba! Jadi marilah mencintai seperti yang dinyatakan didalam Alkitab ini. Amin.