Showing posts with label kasih. Show all posts
Showing posts with label kasih. Show all posts
Tuesday, August 10, 2010
Perbuatan & Kasih
Perlu kita ingat bahawa setiap perbuatan kita sebagai orang yang beriman kepada Tuhan mestilah berdasarkan kepada cinta atau kasih. Kerana perbuatan yang dilakuan tanpa kasih adalah sia-sia; tak bernilai dan tidak mendatangkan apa-apa berkat dan kebaikan didalam hidup kita. Kerana Tuhan hanya memberkati orang beriman yang mempunyai cintakasih didalam setiap perbuatannya. Seperti yang dinyatakan didalam Alkitab: “ Sekalipun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih aku sama sekali tidak berguna”(1 Kor.13:2b)
Jadi, didalam hidup kita sebagai orang Kristian, kita harus pastikan bahawa apa yang kita buat adalah sesuai dengan pengajaran agama kita dan dilakukan atas dasar cintakasih dan bukan kerana mahu mencari sanjungan, pujian, pangkat , glamour dan populariti dari sesiapa. Bukan juga kerana terpaksa tetapi apa saja yang kita lakukan adalah berdasarkan cinta yang iklas dan jujur kepada Tuhan dan sesama manusia. Pendek kata, Iman tanpa perbuatan adalah kesia-siaan dan perbuatan tanpa cintakasih adalah tidak berguna! Jestru itu, marilah kita menghidupi iman kita kepada Tuhan dengan mengikuti segala PengajaranNya dan melakukannya kerana kita mencintaiNya. Yaaa....iman mesti ada perbuatan; Dan perbuatan mestilah disertai dengan cintakasih......Macam ini barulah ada hasil dan berkat daripada Tuhan Yang Maha Esa. Amin.
Thursday, July 23, 2009
Kasih
Alkitab menyatakan bahawa: " Sekali pun aku mempunyai karunia untuk bernabuat dan aku mengetahui segala rahasia dan memiliki seluruh pengetahun; dan sekali pun aku memiliki iman yang sempurna untuk memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama sekali tidak berguna"(I Kor.13:2).Petikan Alkitab ini mengajar kita bahawa TANPA KASIH atau CINTA, apa saja kita buat atau kerjakan semuanya sia-sia dan tidak bererti sama sekali. Sebab itu, didalam kehidupan kita selaku orang Kristian, kita mesti pastikan bahawa apa yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada cintakasih kepada Tuhan. Dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan pujian dan sanjungan dari mana-mana pihak. Ini bererti, kita tidak mencari nama didalam melakukan sesuatu perkara.
Kerana kita lakukan perkara berkenaan kerana kita iklas dan jujur didalam melakukan perkara berkenaan. Pendek kata, tidak ada "udang disebalik batu" disebalik perbuatan kita.
Sikap seperti ini adalah penting sekali, kerana apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan cintakasih, maka yang penting bagi kita ialah melakukan perkara berkenaan dengan baik dan tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari mana-mana pihak. Dan bukannya mengharapkan ganjaran, sanjungan dan pujian dari mana-mana pihak tertentu. Kalau beginilah sikap kita, maka kita tidak merasa kecil hati atau sakit hati seandainya tidak ada orang menghargai apa yang telah kita lakukan. Kerana apa yang penting bagi kita secara peribadi ialah memberi dan bukannya menerima ganjaran dan pujian.
Jadi, saudara dan saudari, marilah kita melakukan apa saja yang baik dengan berlandaskan kepada cintakasih dan bukannya untuk mengejar nama dan pangkat. Semoga kita diberkati oleh Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin.
Friday, September 5, 2008
Kasih;Cinta

Kasih itu sabar;
kasih itu murah hati;
ia tidak cemburu.
Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.
Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri.
Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.
Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran.
Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharap segala sesuatu,
dan sabar menanggung segala sesuatu.
Kasih tidak berkesudahan.
(1 Korintus 13:4-8)
Petikan Alkitab ini, memang sangat mencabar keupayaan kita didalam hal mencintai. Perkara ini memang memerlukan semangat yang tinggi dan tidak mudah mengalah untuk melakukannya. Sebab itulah PENGAJARAN ini termaktub didalam Alkitab. Kalaulah hal mencintai itu senang dan mudah seperti ABC...sudah tentu PENGAJARAN ini tidak tercatat didalam Alkitab. Sebab ianya sukar dan payah maka, ianya termasuk didalam Alkitab supaya ianya tidak dilupakan oleh umat beriman. Jestu itu, selaku manusia yang beriman kepada Tuhan, marilah kita sama-sama belajar berusaha untuk lebih mengasihi atau lebih mencintai Tuhan dan sesama manusia. Meskipun, perkara ini agak susah untuk dilakukan tetapi kita mesti berusaha agar kita dapat menjadi pencinta yang lebih baik. Kerana lebih baik mencuba dan terus mencuba daripada langsung tidak mencuba. Jangan angkat bendera putih sebelum perang bermula. Lagipun, lebih baik mati didalam keadaan mencuba daripada mati tanpa mencuba! Jadi marilah mencintai seperti yang dinyatakan didalam Alkitab ini. Amin.
Labels:
cemburu,
Cinta,
kasih,
kebenaran,
kesalahan,
ketidakadilan,
keuntungan,
murah hati,
sabar,
sombong
Subscribe to:
Posts (Atom)
