Tuesday, July 7, 2009

Janganlah bosan!


Firman Tuhan: "Hai anakku, janganlah engkau menolak didikan Tuhan dan janganlah engkau bosan akan perintahNya."(Amasal 3:11).


Berdasarkan kepada Firman Tuhan ini, marilah kita masing-masing bertanya kepada diri sendiri, "Adakah kita menolak didikan Tuhan?" Firman Tuhan ini menuntut kita untuk taat dan setia kepada segala perintahNya seperti yang tercatit didalam Alkitab. Ini bererti kita tidak boleh melanggar atau melawan pengajaran Tuhan. Dan kita juga tidak boleh bersifat 50/50, dimana kita mengikuti pengajaran Tuhan yang kita suka dan menolak pengajaranNya yang kita tidak suka atau yang bertentangan dengan kehendak kita sendiri.


Sesungguhnya, Firman Tuhan ini mencabar kita untuk menjadi pengikut Tuhan yang sejati dan setia. Ini bererti kita tidak jemu dan bosan mengikuti segala pengajaran Tuhan. Meskipun ianya bertentangan dengan kehendak kita. Kerana didalam hal menjadi pengikut Tuhan yang setia kita mestilah dengan sabar melakukan kehendak Tuhan. Kerana sebagai orang yang berimana kepada Tuhan, tugas utama kita adalah untuk melakukan kehendak Tuhan dan bukannya mempertahankan dan memperjuangkan kehendak kita sendiri.


Marilah kita sama-sama ingat dan sedar bahawa hanya dengan kesetiaan dan ketabahan untuk mengikuti semua pengajaran Tuhan, kita beroleh keselamatan dan kebahagian dimasa akan datang. Sebab itu, marilah menjadi orang Kristian yang kuat dan setia melakukan kehendak Tuhan. Amin.