Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Satu lagi yang kurang....


Didalam Alkitab, Injil Markus 10:17-27, menceritakan tentang seorang muda yang kaya. Dia bertanya kepada Yesus bagaimana untuk memperolehi hidup yang kekal. Lalu Yesus memberi petunjuk supaya dia mengikuti segala Perintah Tuhan seperti Jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan berdusta, hormatilah ibubapamu.....dll.


Orang muda itu berkata semua perintah Tuhan dia dah ikut sejak dahulu lagi. Lalu Yesus memandang dia dengan kasih dan berkata, "Hanya satu lagi yang kurang. Juallah segala milikmu dan berikanlah kepada orang-orang miskin. Lepas itu datanglah dan ikutilah Aku." Petunjuk karamat daripada Yesus ini tidak disambut dengan gembira oleh orang muda yang kaya itu. Sebaliknya dia pergi dengan perasaan kecewa dan sedih. Kerana dia memang mempunyai kekayaan yang banyak. Dia tak ikut kata Yesus. Inilah Satu tindakan yang tidak bijak dan merugikan diri sendiri. Kalau dia mematuhi pengajaran Yesus, dia akan beroleh harta di Surga. Tetapi, bagi dia, kekayaan duniawi adalah lebih penting. Dia merasa bahawa apa yang dia miliki iaitu harta duniawi adalah surga baginya. Memang jelas sekali, dia memilih yang salah.



Bah! Bagaimana dengan kita? Apakah kita juga seperti dengan orang muda itu? Lebih mementingkan harta harta duniawi daripada harta surgawi? Emmm...baguslah kita duduk diam-diam dan merenung secara mendalam mengenai diri kita masing-masing dab bertanya: Adakah kita mirip-mirip dengan orang muda itu? Kalau YA, maka marilah kita mengubah sikap kita. Marilah kita untuk mendahulukan kepentingan surgawi yang membawa kita menuju kepada Surga. Dan belajar "main kasi balakang-balakang" itu pasal duniawi. Misalnya, kita mau main futsal atau bolasepak pada hari minggu(Ahad). Boleh bah! Tapi......jangan lupa pegi sembayang di Gereja dulu atau pegi Gereja selepas main.


Atu kita mau Makan-makan atau Ramai-ramai pada hari minggu. Boleh bah! Tapi...." Kasi kena kenalah sebelah petang-petang bah supaya kita sendiri dan para bakal tetamu kita pun ada peluang pegi sembayang dulu. Lepas tuu barulah datang ke rumah kita.


Pasal makanan, bah main katering saja bah. Janganlah gara-gara mau kasi sedia makanan dan minuman, maka upacara yang penting sekali iaitu pergi ke Gereja, kita batalkan! Jangan begitu bah. Ingatlah kewajiban kepada Tuhan lebih penting daripada "kasi makan" orang.



Jadi, saudara dan saudari pandai-pandailah kita mengatur kehidupan kita agar mengutamakan dan mendahulukan Tuhan dan hal-hal yang berkaitan dengan agama dahulu. Kerana perkara-perkara seperti inilah yang membantu kita memgumpul harta di Surga! Pendek kata, kita dahulukanlah hal mencari "Harta Surgawi" dan bukannya "Harta duniawi." Amin.

Thursday, July 16, 2009

Harta: "Halal atau Haram"


"Harta benda yang diperolehi dengan kefasikan tidak berguna"(Amsal 10a:2).




Memang tepat sekali menurut Firman Tuhan bahawa harta benda atau kekayaan yang didapati dan dimiliki melalui cara kejahatan adalah tidak berguna kerana ianya adalah "harta hitam" atau harta haram." Mungkin kekayaan berkenaan membahawa kesenangan dan keseronokan hati tetapi ia adalah "harta hitam." Sebab itu, pemiliknya sentiasa ada merasa tidak aman dan tidak tenang serta tidak tenteram didalam hatinya. Ia banyak harta tetapi tidak memiliki ketenangan jiwa dan roh. Kerana apa yang dia miliki adalah dari dari cara dan sumber yang salah, jahat dan haram. Misalnya orang yang memiliki kekayaan melalui penjualan barang-barang curian(kereta, handphone, dll) dan melalui aktiviti-aktiviti penipuan, peras-ugut, pelacuran, penjualan dadah, perjudian, dan sebagainya. Semua harta atau kekayaan yang didapati melalui kegiatan seperti ini adalah haram dan jahat. Ia adalah tidak halal dan tidak mendatangkan berkat kepada pemiliknya. Hartanya tidak diberkati Tuhan. Sekalipun sebahagian daripada harta berkenaan didermakan ia tetapi dianggap "harta hitam dan haram."




Berdasarkan kepada Firman Tuhan ini, marilah kita tanda kepada diri kita sendiri: :Harta dan kekayaan yang kita miliki datang daripada sumber yang baik atau jahat. Wang yang kita miliki didapati dengan cara yang baik atau tidak. Atau ianya datang dari sumber dan cara yang salah dan jahat. Pendek kata, apakah semua yang kita miliki adalah halal atau haram?




Saudara dan saudari mencari kekayaan memang tidak salah. Tetapi sebagai orang yang beriman kepada Tuhan, marila kita mencari kekayaan dengan cara yang betul, jujur, dan baik supaya apa yang kita miliki mendatangkan berkat didalam hidup kita. Sebab itu, jauhilah cara yang jahat untuk memiliki harta dan kekayaan. Amin.

Monday, June 22, 2009

Kekayaan

Ada kisah tentang seorang muda yang kaya datang kepada Tuhan Yesus dan bertanya apakah yang harus dia buat untuk memperoleh hidup yang kekal. Yesus menjawap bahawa jika dia mahu benar-benar sempurna "pergilah, juallah segala milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di surga, kemudian datanglah kemarai dan ikutlah Aku." Tetapi orang muda itu tidak menyambut cabaran Tuhan Yesus. Dia pergi dengan sedih kerana dia memang banyak harta(Matius 19:16-22).
Menjadi orang kaya tidak salah; dan mempunyai kekayaan juga tidak salah. Tetapi janganlah gara-gara mahu menjadi kaya, kita lakukan apa saja untuk menjadi kaya sehingga Tuhan dan pengajaranNya dilupakan. Ini adalah tindakan yang salah dan tidak bijak. Sebab itu, jika kita mahu mencari kekayaan maka, carilah dengan cara yang baik dan murni.
Ingatlah bahawa kekayaan yang kita miliki janganlah menghalang dan menyebabkan kita lupa kepada Tuhan. Sebab itu, janganlah kita menggunakan kekayaan kita untuk melakukan perkara-perkara yang jahat dan tidak bermoral. Gunakanlah kekayaan yang kita miliki dengan baik. Misalnya membantu orang-orang yang miskin dan susah. Dengan ini, kekayaan mendatangkan berkat keatas diri kita daripada Tuhan; dan kebahagian serta kegembiraan kepada penerimanya. Amin.