Yesus mati dan kemudian bangkit. Peristiwa ini memberi kita gambaran dan pengajaran yang jelas sekali bahawa hidup didunia ini ada akhirnya. Kita semua akan mati, tetapi kita tidak perlu bersedih kerana ada kebangkitan. Dan Yesus sudah membuktikannya dengan kebangkitanNya. Sebelum ini, Yesus pun pernah membangkitkan orang yang sudah mati iaitu Lazarus (Yoh.11:1-44).
Yesus berfirman: "Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati, dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.(Yoh.11:25-26). Ini bererti hanya melalui belaskasihan dan cintakasih Tuhan Yesus maka seseorang itu akan dibangkitkan diakhir zaman. Sebab itu, marilah menjagi pengikut Tuhan Yesus yang baik dan setia. Kerana Dialah Penebus dan Penyelamat umat manusia yang diberikan oleh Allah Bapa di Surga.
Samaada kita suka atau tidak, kematian memang menanti kita dan ianya akan datang pada waktu yang kita tidak duga. Tapi, apa yang penting ialah kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya dengan mencintai Tuhan sepenuh hati kita dan sesama manusia. Disamping sentiasa melakukan yang baik dan menjauhkan apa juga perkara yang salah dan dosa. Dan jangan kita lupa setia dan tabah berdoa kepada Tuhan.
Berdoa bukan saja untuk menyembahNya, memujiNya, dan bersyukur kepadaNya tetapi juga memohon pengampunan diatas segala dosa-dosa kita dan memohon petunjuk daripadaNya supaya tidak jatuh kedalam jerat setan dan iblis yang sentiasa menarik dan mengoda kita untuk berdosa.
Saudara dan saudari, marilah kita sentiasa rajin berdoa agar kita sentiasa ingat kepada Tuhan dan sedar bahawa kita ini adalah manusia ciptaanNya, dan DIA adalah Tuhan Allah yang Maha Esa yang patut kita sembah dan puji melalui ibadat kita setiap hari. Jestru itu, marilah kita dengan tabah dan setia bertakwa kepadaNya. Amin.