Tuesday, November 27, 2012

Mintalah....

Mari kita merenung sebuah petikan Alkitab yang berbunyi: "Mintalah, maka akan diberikan kepadamu...(Matius 7:7). Petikan Alkitab ini mengajak  kita untuk berfikir dan bertanya kepada diri kita, 1) Apakah yang kita minta apabila kita berdoa kepada Tuhan? Apakah yang biasanya kita minta? Bukankah kita biasannya meminta perkara-perkara duniawi seperti kekayaaan dan harta duniawi:  Kita memohon agar  bisnes lebih maju walaupun bisnes dah maju; Kita meminta  perkerjaan yang lebih bagus walaupun dah ada kerja yang bagus; Kita meminta keselamatan semasa didalm perjalanan tapi memandu laju-laju; meminta kawan yang lebih baik tapi bila dapat tak pandai pula jaga hati  kawan; Kita meminta agar lulus dengan cemerlang didalam peperiksaan  tapi malas belajar dan sebagainya. Kita selalu meminta hal-hal duniawi. Meskipun hal-hal ini tidak salah tapi kita jangan lupa meminta  hal atau perkara yang lebih penting dari segala harta duniawi iaitu harta Surgawi.
 
Kenapa tidak meminta hal-hal surgawi atau hal-hal yang rohani seperti meminta supaya lebih rajin pergi sembayang, lebih taat berdoa, setia berpegang kepada ajaran-ajaran Tuhan, kuat melawan godaan setan dan dosa, lebih sabar, lebih mencintai  dan sebagainya. Sepatutnya kita  meminta perkara-perkara surgawi yang  dapat membantu kita  untuk menjadi orang beriman yang lebih baik dan memohon hal-hal yang boleh membantu kita untuk memasuki Kerajaan Surga. Inilah "harta yang berkekalan" dan yang akan kita bawa mati. Sebab itu, marilah kita belajar meminta hal-hal yang dapat membantu  MENYELAMATAN JIWA DAN ROH KITA  DI AKHIR ZAMAN. Dan bukannya terlalu tertumpuh kepada harta duniawi. Amin.

Sunday, November 4, 2012

Sesat

"Jangan mencari-cari maut dengan hidup sesat.."(Keb.Salomo 1:12a). Ajaran dari Alkitab ini memberi kita peringatan yang penting sekali bahawa kehidupan yang kita terima daripada Tuhan, janganlah disalahgunakan dengan melakukan kejahatan. Kerana kejahatan adalah jalan kehidupan yang membawa maut kepada diri sendiri. Sebab itu, kita harus usahakan untuk menjalani kehidupan yang suci, murni dan baik.

Maut dan kejahatan, jangan kita cari dan jangan kita usahakan atau sokong. Kita mestilah menjauhkan apa saja yang kesesatan dan kejahatan kerana perkara-perkara ini membawa kepada maut dan kerugian dan kesengsaraan pada kehidupan kita sendiri. Kata orang, "Sarang tebuan jangan dijolok" nanti sendiri juga yang mendapat kesakitan dan kesusahan. Misi dan tanggungjawap kita didalam hidup ini adalah untuk melakuan yang baik dan bukan yang jahat. Jestru itu, marilah sentiasa mencari dan  melakukan yang baik agar kita tidak mendapat maut. Amin.

Friday, September 14, 2012

Hati-hati di masa muda...

Kecenderungan dimasa muda adalah  mau "enjoy dan siok-siok" saja sehingga lupa hal atau perkara  yang penting seperti pelajaran dan hal yang terpenting sekali didalam  iaitu iman kepada Tuhan Allah. Perkara-perkara ini begitu mudah dilupakan kerana terlalu sibuk bersama-sama dengan kawan-kawan melakukan hal-hal yang konon-konon membuat diri  enjoy dan  merasa siok.  Sifat seperti ini boleh membinasakan masa depan sendiri terutama sekali bila pelajaran diabaikan dan Tuhan Allah dilupakan. Jestru itu Firman Tuhan yang berbunyi: "Ingatlah akan Penciptamu pada masa mudamu, sebelum hari-hari yang malang dan mendekat tahun-tahun yang kau katakan:" Tidak ada kesenangan bagiku didalamnya!"(Pengkhotbah 12:1).
Jadi,  semasa masa muda, janganlah  abaikan perkara-perkara yang penting dan yang terpenting didalam hidup. Sebab itu, tumpuhkan perhatian yang perkara-perkara yang lebih penting dan yang terpenting sekali didalam hidup. Memang banyak perkara yang penting didalam hidup ini tetapi bukan semuanya berguna. Pilih dan buat yang benar-benar penting dan berguna. Dan didalam apa juga keadaan dan dimana saja berada, jangan lupa kepada perkara yang terpenting sekali didalam hidup ini iaitu Tuhan Allah. Jangan lupakan DIA dan jangan lalai didalam hal melakukan dan berpegang kepada semua pengajaranNya. Melakukan kehendakNya adalah yang terpenting sekali didalam hidup. Lakukanlah kehendakNya, anda pasti akan bahagia dan selamat didunia dan diakhirat nanti. Jestru itu, marilah beriman kepadaNya dengan rendah hati dan sentiasa memohon pengampunan daripadaNya apa juga jenis kesalahan dan dosa kita. Pendek kata, JANGAN LUPA TUHAN ALLAH. Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Kasih abadi

Didalam Alkitab dinyatakan bahawa "Kasih tidak berkesudahan.."( 1 Kor.13:8). Ini bererti  Kasih tidak berhenti.Ia adalah sepanjang masa tanpa nokta. Tidak ada titik berhenti. Sebab itu bila kita mengasih seseorang maka kasih-sayang kita itu mestilah berkekalan. Ini menuntut kesetiaan tanpa batas. Misalnya bila seseorang telah berjanji untuk mengasihi suami  atau isterinya maka, cintanya kepada suami/isteri adalah sampai selama-lamanya. Hanya kematian yang memisahkan mereka.

Biasanya, didalam Upacara perkahwinan janji yang diucapakan  mempunyai sifat dan unsur cintakasih  yang berkekalan dan kesetiaan sampai bila-bila dan tanpa mengira kedudukan, status, dan keadaan. Biasanya orang yang berkahwin akan melafaskan perjanjian kahwin  dimana mereka akan saling mencintai dan menghormati baik pada masa suka dan duka, baik pada masa sihat atau sakit dan baik pada masa kaya atau miskin, mereka akan tetap kekal mengasihi sesama sampai selama-lamanya. Pendek kata, cinta mereka adalah kekal dan cinta abadi. Sebab itu, kalau ada masalah atau kesalahan semasa didalam pejalanan hidup mereka sebagai suami-isteri, mereka mestilah mempunyai sifat toleransi dan saling mengampuni kesalahan   supaya cinta-kasih yang tersaling itu tidak akan terputus dan tetap terpelihara. Dengan  itu, perkahwinan mereka tetap utuh meskipun kadang-kadang ianya  mengalami "kejutan dan gangguan". Tetapi hal ini tidak merosakkan perjalan hidup mereka sebagai pasangan suami-isteri yang sah.

Jadi, kepada pasangan suami-isteri ingatlah bahawa kasih-sayang diantara kamu adalah untuk selama-lamanya. Sebab itu, jagalah cinta-kasih kamu bersama agar ianya tidak rosak dan tidak terjadi perceraian. Jestru itu, Tanamlah dan pupuklah semangat saling mengasihi didalam nama Tuhan supaya cinta-kasih kamu tetap  kekal selama-lamanya dan bahagia bersama-sama sampai bila-bila masa. Kalau hal ini dipelihara dan dikekalkan maka tidak hairanlah kalau berkat Tuhan sentiasa berlimpah-limpah bersama-sama dengan kamu. Pujilah Tuhan! Amin.


Friday, July 27, 2012

Menabur...

"Orang yang menabur  sedikit, akan menuai sedikit juga, dan orang yang menabur banya, akan menabur banyak juga"(2 Kor.9:6). Pengajaran daripada Alkitab ini memang benar. Misalnya hal berkerja: Kalau kita  malas berkerja, maka hasil  pencapaian kita pun sedikit, maka dengan itu  tak hairanlah kalau kita  mendapat gaji yang rendah dan tidak mendapat kenaikan gaji atau pangkat. (Padan muka! Hehehe...)

Begitu juga hasilnya jika kita hayati Firman Tuhan  ini dan kaitankan dengan kehidupan kita sebagai orang Kristian. Kalau kita malas berdoa, maka berkat kita pun kurang juga. Maka dengan itu tak hairanlah kalau kita selalu jatuh kedalam "kegelapan & dosa." Jestru itu, janganlah kita malas untuk berdoa. Marilah kita Rajin-rajinlah berdoa agar kita menerima berkat & rahmat yang lebih banyak daripada  Tuhan Allah yang  Maha Esa. Amin.

Friday, June 22, 2012

Celakalah....

"Celakalah mereka yang menyebut kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan menjadi terang, dan terang menjadi kegelapan, yang mengubah pahit menjadi manis, dan manis menjadi pahit"(Yesaya 5:20).

Mari kita renungkan Firman Tuhan ini secara mendalam dan melihat didalam hidup kita , apakah kita menghalalkan atau membenarkan perkara yang memang jahat menjadi baik. Misalnya berjudi. Adakah kita terlibat didalam perjudian? Atau pasangan kekasih yang berlum lagi berkahwin secara sah, tetapi dah tinggal bersama-sama "macam suami-isteri" sudah. Atau apakah kita membiarkan perkara dan perbuatan yang jahat terus berlaku didepan mata kita sendiri, sedangkan kita tahu perkara itu memang jahat? Adakah kita melakukan sesuatu yang baik untuk memperbaiki & mengubah yang jahat menjadi baik, dan yang baik, menjadi  lebih baik.

Adakah kita memandang rendah perkara yang baik? Adakah kita segan dan malu melakukan hal yang baik didepan mata orang lain seperti berdoa dan bersifat jujur? Adakah kita malu ke Gereja sebab takut digelar "orang alim"?

Sesungguhnya petikan dari Alkitab ini memberi kita banyak kesedaran dan pengajaran. Marilah kita ubah sifat kita agar kita tidak menjadikan yang jahat itu baik. Tetapi membuang apa yang jahat dan memelihara serta mempertahankan apa yang baik dan murni. Amin.

Tuesday, February 21, 2012

HIDUP D.A.P!

Musim Puasa atau PraPaska dah tiba. Yang ditekankan dimusim ini ialah D=DOA, A=AMAL@menderma, P=PUASA. Seandainya kita gagal atau kurang berjaya didalam ketiga-tiga perkara ini D.A.P maka, inilah masanya kita untuk berubah untuk menjadi  orang Kristian yang lebih baik. Pendek kata, BERTOBATLAH  sebelum terlambat.
OK, Selamat menghayati semangat Puasa(Lent). Semoga kita semua diberkati oleh Tuhan Yesus Kristus. Amin.