Didalam Alkitab dinyatakan bahawa "Kasih tidak berkesudahan.."( 1 Kor.13:8). Ini bererti Kasih tidak berhenti.Ia adalah sepanjang masa tanpa nokta. Tidak ada titik berhenti. Sebab itu bila kita mengasih seseorang maka kasih-sayang kita itu mestilah berkekalan. Ini menuntut kesetiaan tanpa batas. Misalnya bila seseorang telah berjanji untuk mengasihi suami atau isterinya maka, cintanya kepada suami/isteri adalah sampai selama-lamanya. Hanya kematian yang memisahkan mereka.
Biasanya, didalam Upacara perkahwinan janji yang diucapakan mempunyai sifat dan unsur cintakasih yang berkekalan dan kesetiaan sampai bila-bila dan tanpa mengira kedudukan, status, dan keadaan. Biasanya orang yang berkahwin akan melafaskan perjanjian kahwin dimana mereka akan saling mencintai dan menghormati baik pada masa suka dan duka, baik pada masa sihat atau sakit dan baik pada masa kaya atau miskin, mereka akan tetap kekal mengasihi sesama sampai selama-lamanya. Pendek kata, cinta mereka adalah kekal dan cinta abadi. Sebab itu, kalau ada masalah atau kesalahan semasa didalam pejalanan hidup mereka sebagai suami-isteri, mereka mestilah mempunyai sifat toleransi dan saling mengampuni kesalahan supaya cinta-kasih yang tersaling itu tidak akan terputus dan tetap terpelihara. Dengan itu, perkahwinan mereka tetap utuh meskipun kadang-kadang ianya mengalami "kejutan dan gangguan". Tetapi hal ini tidak merosakkan perjalan hidup mereka sebagai pasangan suami-isteri yang sah.
Jadi, kepada pasangan suami-isteri ingatlah bahawa kasih-sayang diantara kamu adalah untuk selama-lamanya. Sebab itu, jagalah cinta-kasih kamu bersama agar ianya tidak rosak dan tidak terjadi perceraian. Jestru itu, Tanamlah dan pupuklah semangat saling mengasihi didalam nama Tuhan supaya cinta-kasih kamu tetap kekal selama-lamanya dan bahagia bersama-sama sampai bila-bila masa. Kalau hal ini dipelihara dan dikekalkan maka tidak hairanlah kalau berkat Tuhan sentiasa berlimpah-limpah bersama-sama dengan kamu. Pujilah Tuhan! Amin.