Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Jangan takut!

Apabila berada ditengah-tengah dengan orang-orang yang tak seiman, kita biasanya "merasa takut dan merasa malu" menjadi orang Krisitan. Kenapa yaa? Dan biasanya didalam keadaan berkenaan kita tidak juga diugut atau diancam supaya jangan menunjukkan iman kita kepada mereka. Malah mereka yang tak seiman dengan kita tidak pun menyatakan apa-apa atau melakukan apa untuk menakut-nakut kita. Tetapi kita sendiri yang merasa terpaksa "menyembunyikan" identiti kita sebagai orang Kristan. Macam kita "main tapuk" pula!
Kita pula cuba membenarkan tindakan kita itu dengan berbagai alasan yang kurang logik dan kurang manasabah seperti takut mereka tersinggung, takut mereka marah, ini perkara sensitif, takut kena diskriminasi, takut mereka tidak mau kawan dan sebagainya.
Sebenarnya dimana saja kita berada sebagai orang Krisitan, kita tidak perlu takut untuk mempraktis iman kita selaku orang Kristian. Kerana tujuan kita untuk melakukan demikian bukanlah untuk membangkit kemarahan mereka. Kita juga bukan mahu menghina atau memandang hina agama mereka. Kita juga bukan mahu menunjukkan bahawa kita lebih baik atau kudus daripada mereka. Tidak! Tetapi sebenarnya, apa yang kita lakukan adalah sekadar untuk mempraktis iman kita sebagai orang yang beriman kepada Tuhan. Hanya itu dan sekadar itu. Kenapa pula mereka merasa terancam? Mereka itu lemah sangatkah?
Kalau mereka mempunyi berbagai andaian atau tafsiran yang negatif dan jahat disebalik perbuatan kita maka, itu adalah masalah mereka. Ini bukan masalah kita. Kadang-kadang tuu, saya harian juga, kenapa mereka tidak belajar membuat andaian secara baik dan positif? Ini asyik prasangka saja dengan orang lain!
Biarlah mereka membuat perbagai-bagai andaian mengikut kesukaan mereka. Kerana kita tidak dapat melarang atau menghalang orang lain membuat andaian yang bermacam-macam kepada kita. Yang penting, kita jujur dan iklas didalam hal mempraktis iman kita kepada Tuhan. Kalau ada pihak-pihak yang tertentu merasa sangsi dan berfikiran jahat disebalik perbuatan kita yang murni dan sejati, itu terserahlah kepada mereka.
Kalau mereka marah kerana kita mempraktis iman kita maka, ajukanlah beberapa soalan kepada mereka seperti:"Salahkah saya mempraktis agama saya sendiri?, Kenapa kamu tidak gembira melihat orang percaya kepada Tuhan? Adakah agama kamu mengajar kamu membenci orang lain yang tak seagama dengan kamu? Adakah agama kamu mengajar supaya jangan menghormati agama orang lain? Apa yang lebih baik bagi kamu, saya percaya kepada Tuhan atau saya tidak percaya kepadaNya? Apa yang lebih baik menjadi orang baik atau menjadi orang jahat? Dan sebagai ini....Kalaulah jawapan mereka "Positif atau Ya" maka katalah kepada mereka bahawa Ajaran agama mereka memang lain-lain dan unik.
Kesimpulannya ialah dimana saja kita berada janganlah kita takut mempraktis iman kita atau "malu-malu" menjadi orang Kristian. Ingatlah Firman Tuhan yang berbunyi: Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka(Mat 10:28). Jestru itu, marilah kita dengan berani mempraktis iman dimana saja kita berada kita tanpa takut dan malu. Amin.

Sunday, March 15, 2009

Akulah Tuhan Allahmu....

Pembacaan pertama sempena dengan Minggu Ketiga musim Puasa ini yang di petik Alkitab, Kitab Keluaran berbunyi, "Akulah Tuhan Allahmu..... Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku(Kel.20:1-2). Petikan ini meningatkan saya satu larangan baru-baru ini bahawa perkataan "Allah" tidak boleh dipakai oleh orang-orang yang beragama lain selain daripada agama resmi.
Arahan ini memberi beberapa impklasi. 1) Seolah-olah si pelarang menunjukkan bahawa ia mempunyai suatu pemikiran yang sempit dan mentaliti yang masih seperti "Katak dibawa tempurung"; 2) Seolah-olah memperlihatkan bahawa si pelarang bertindak tidak adil kepada orang-orang yang tak seagama dengannya; 3) Seolah-olah si pelarang menunjukkan sifat dan sikap diskriminasi terhadap orang-orang tak sebulu dengannya.
Meskipun hujah dan alasan si pelarang ada kebenarannya menurut sudut pandangan dan pendapatnya, namun jika dihayati sepenuhnya larangan berkenaan boleh dianggap keterlaluan. Kerana kita semua sedia maklum bahawa semua bahasa yang terdapat didunia adalah kurnia dan pemberian TUHAN YANG MAHAKUASA. Dan DIA tidak pernah mengeluarkan apa-apa larangan kepada individu atau kepada mana-mana pihak bahawa perkataan itu atau perkataan ini hanya boleh dipakai oleh orang-orang tertentu. Selain daripada itu, jika kita lihat dimana-mana negara tidak wujuh larangan seperti ini. Malah dinegara-negara asal-usul perkataan berkenaan tidak ada larangan aneh bin ganjil ini.
Selain daripada itu, jika dikaji dimana-mana buku dan termasuklah didalam mana Buku Suci atau Kitab Suci yang dimiliki oleh mana-mana agama tidak terdapat catitan mengenai larangan penggunaan mana-mana bahasa atau perkataan. Pendek kata, semua manusia yang dicipta oleh Tuhan bebas dan berhak belajar dan menggunakan mana-mana bahasa yang mereka suka dan minati serta bermakna bagi mereka.
Biasanya orang berhak melarang orang lain menggunakan sesuatu benda atau perkara kerana benda/perkara berkenaan miliknya. Misalnya si tokey melarang orang mencuri barang-barang dikedainya. Ini memang larang yang logik dan betul kerana barang-barang itu adalah miliknya. Tetapi arahan melarang untuk menggunakan suatu bahasa/perkataan yang bukan dimilik oleh pelarang adalah satu tindakan yang tidak logik, dan tidak betul, dan tidak boleh diterima. Kerana bahasa/perkataan berkenaan bukan miliknya.
Larangan berkenaan memang aneh bin ganjil sekali, dan tidak masuk akal kerana yang dicipta(manusia) pula yang mengeluarkan larangan berkenaan, sedangkan yang mencipta dan memberi bahasa iaitu Pencipta, iaitu Tuhan Yang Mahakuasa tidak mengeluarkan apa-apa larangan. Jestu itu, didalam hal ini siapa yang kita ikut? Manusia atau Tuhan?
Jadi, perlukah kita takut untuk menggunakan perkataan berkenaan? Apa yang ditakutkan? Kerana kita bukan menggunakan perkataaan berkenaan untuk mengelirukan orang atau untuk menghujat atau menghina sesiapa. Bagi saya, Firman Tuhan ini memberi kekuatan: "Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka(Mat.10:28). Dan akhir sekali, janganlah kita sekali-kali membenci dan merasa panas hati kepada si pelarang. Ingatlah Firman Tuhan yang berbunyi "Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka...."(Mat.5:44). Semoga kita semua diberkati Tuhan yang Maha Esa. Amin.