Sunday, March 15, 2009

Akulah Tuhan Allahmu....

Pembacaan pertama sempena dengan Minggu Ketiga musim Puasa ini yang di petik Alkitab, Kitab Keluaran berbunyi, "Akulah Tuhan Allahmu..... Jangan ada padamu allah lain dihadapan-Ku(Kel.20:1-2). Petikan ini meningatkan saya satu larangan baru-baru ini bahawa perkataan "Allah" tidak boleh dipakai oleh orang-orang yang beragama lain selain daripada agama resmi.
Arahan ini memberi beberapa impklasi. 1) Seolah-olah si pelarang menunjukkan bahawa ia mempunyai suatu pemikiran yang sempit dan mentaliti yang masih seperti "Katak dibawa tempurung"; 2) Seolah-olah memperlihatkan bahawa si pelarang bertindak tidak adil kepada orang-orang yang tak seagama dengannya; 3) Seolah-olah si pelarang menunjukkan sifat dan sikap diskriminasi terhadap orang-orang tak sebulu dengannya.
Meskipun hujah dan alasan si pelarang ada kebenarannya menurut sudut pandangan dan pendapatnya, namun jika dihayati sepenuhnya larangan berkenaan boleh dianggap keterlaluan. Kerana kita semua sedia maklum bahawa semua bahasa yang terdapat didunia adalah kurnia dan pemberian TUHAN YANG MAHAKUASA. Dan DIA tidak pernah mengeluarkan apa-apa larangan kepada individu atau kepada mana-mana pihak bahawa perkataan itu atau perkataan ini hanya boleh dipakai oleh orang-orang tertentu. Selain daripada itu, jika kita lihat dimana-mana negara tidak wujuh larangan seperti ini. Malah dinegara-negara asal-usul perkataan berkenaan tidak ada larangan aneh bin ganjil ini.
Selain daripada itu, jika dikaji dimana-mana buku dan termasuklah didalam mana Buku Suci atau Kitab Suci yang dimiliki oleh mana-mana agama tidak terdapat catitan mengenai larangan penggunaan mana-mana bahasa atau perkataan. Pendek kata, semua manusia yang dicipta oleh Tuhan bebas dan berhak belajar dan menggunakan mana-mana bahasa yang mereka suka dan minati serta bermakna bagi mereka.
Biasanya orang berhak melarang orang lain menggunakan sesuatu benda atau perkara kerana benda/perkara berkenaan miliknya. Misalnya si tokey melarang orang mencuri barang-barang dikedainya. Ini memang larang yang logik dan betul kerana barang-barang itu adalah miliknya. Tetapi arahan melarang untuk menggunakan suatu bahasa/perkataan yang bukan dimilik oleh pelarang adalah satu tindakan yang tidak logik, dan tidak betul, dan tidak boleh diterima. Kerana bahasa/perkataan berkenaan bukan miliknya.
Larangan berkenaan memang aneh bin ganjil sekali, dan tidak masuk akal kerana yang dicipta(manusia) pula yang mengeluarkan larangan berkenaan, sedangkan yang mencipta dan memberi bahasa iaitu Pencipta, iaitu Tuhan Yang Mahakuasa tidak mengeluarkan apa-apa larangan. Jestu itu, didalam hal ini siapa yang kita ikut? Manusia atau Tuhan?
Jadi, perlukah kita takut untuk menggunakan perkataan berkenaan? Apa yang ditakutkan? Kerana kita bukan menggunakan perkataaan berkenaan untuk mengelirukan orang atau untuk menghujat atau menghina sesiapa. Bagi saya, Firman Tuhan ini memberi kekuatan: "Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka(Mat.10:28). Dan akhir sekali, janganlah kita sekali-kali membenci dan merasa panas hati kepada si pelarang. Ingatlah Firman Tuhan yang berbunyi "Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka...."(Mat.5:44). Semoga kita semua diberkati Tuhan yang Maha Esa. Amin.