Friday, August 14, 2009

Bersunat

Satu daripada yang menjadi persoalan dikalangan umat Krisitan dimasa dahulu terutama sekali diantara abad pertama dan abad ketiga ialah sama ada seseorang yang mahu menjadi Kristian perlu disunat secara fisikal atau tidak. Ini bererti mengikut "Hukum Taurat" orang-orang Isreal. Perkara ini menimbulkan "perang mulut" diantara umat Kristian yang berbangsa Yahudi dan Non-Yahudi. Ini menyebabkan perpisahan dikalangan umat Kristian. Walau bagaimana pun, perkara ini kini dah selesai. Pada hari perkara ini kini menjadi sejarah saja, ia tidak dipakai lagi. Seperti yang dikatakan oleh Alkitab," Sebab bersunat atau tidak bersunat tidak penting. Yang penting ialah mentaati hukum-hukum Allah."( 1 Korintus 7:19).
Jadi, yang menjadi cabaran kita semua pada hari ini sebagai orag-orang Kristian ialah adakah kita "mentaati hukum-hukum Allah?" Dalam erti-kata yang lain, adakah kita mengikuti semua pengajaran Tuhan seperti yang terdapat didalam Alkitab dengan jujur dan setia atau tidak.
Cuba kita buat "periksa dan selidik" kepada diri kita masing-masing: Adakah kita mencintai Tuhan Allah sepenuh hati kita?, Adakah kita menyebut nama Tuhan secara tidak hormat?, Adakah kita setia pergi sembayang pada hari Minggu?, Adakah kita menghormati dan mencintai ibubapa kita? Pernah membunuh?, Pernah mencuri? Selalu berbohong? dan sebagainya. Marilah kita masing-masing bertanya kepada diri sendiri: "Saya taat kepada pengajaran Tuhan atau tidak?"
Saudara dan saudari, marilah kita setia dan taat kepada semua pengajaran Tuhan dan sentiasa menjauhkan segala jenis kejahatan. Marilah menjadi pengikut Tuhan yang saleh dan kudus. Amin.