Didalam Injil Matius tercatat: "Kemudian dibawalah kepada Yesus seorang yang kerasukan setan. Orang itu buta dan bisu, lalu Yesus menyembuhkannya, sehingga si bisu itu berkata-kata dan melihat. Maka takjublah sekalian orang banyak itu, katanya: "Ia ini agaknya Anak Daud. Tetapi ketika orang Farisi mendengarnya, mereka berkata: "Dengan Beelzebul, penghulu setan, Ia mengusir setan"(Mat.12:22-24).
Orang-orang yang melihat Yesus menyembuhkan banyak orang yang mengalami berbagai-bagai penyakit merasa takjub dengan kebolehan Yesus memberi penyembuhan. Tetapi didalam masa yang sama, mereka ragu-ragu dengan asal-usul Yesus. Sementara itu, para orang Farisi bukan pula memuji dan mengakui kebolehan Yesus memberi penyembuhan tetapi sebaliknya mereka membuat tuduhan yang buruk dan jahat sekali kepada Yesus. Kenapa mereka berbuat demikian? Mungkin mereka ada alasan yang tersediri tetapi apa yang jelas ialah mereka "iri hati dan cembura dengan kebolehan Yesus menyembuhkan orang yang berpenyakit! Lalu, mereka memburuk-burukkan Yesus supaya Dia tidak diterima dan tidak dihormati oleh orang. Inilah motif utama mereka mengaitkan Yesus dengan Beelzebul, penghulu setan. Aneh yaaa......Yesus buat kebaikan pun dikeji dan dihina!
Apakah anda pernah mengalami perkara seperti yang dialami oleh Yesus? Anda buat sesuatu yang baik dan mulia tetapi dipandang serong pula oleh orang lain. Anda iklas memberi bantuan tetapi disalah-faham oleh orang pula. Anda berbuat baik, tetapi bukan pula mendapat pujian sebaliknya mendapat kejian dan dilemparkan dengan perbagai kata-kata kesat dan makian. Dan.....pengalaman seperti ini boleh melemahkan semangat kita untuk tidak melakukan kebajikan lagi. Atau terus berhenti daripada melakukan kerja-kerja amal.
Sesungguhnya, saudara dan saudari, jika kita mengalami pengalaman yang pahit semasa membantu orang, janganlah tawar hati. Teruskanlah perbuatan yang baik. Biarlah kerja-kerja kita yang baik tidak mendapat apa-apa penghargaan dan pujian; Biarlah ada orang yang memandang rendah dan memburuk-burukkan perbuatan kita yang baik. Kerana apa yang penting ialah memberi bantuan dan pertolongan dengan iklas dan baik. Seperti yang dikatakan oleh Alkitab, Memberi lebih diberkati daripada menerima. Lagi pun, setiap perbuatan yang baik, tidak akan dilupakan oleh Tuhan. Inilah yang paling penting. Biarlah kita tidak mendapat apa-apa dari orang semasa didunia ini. Yang pasti, suatu masa nanti Tuhan akan membalas perbuatan kita yang baik. Amin.