Perintah Tuhan yang ke 6: "Jangan berbuat cabul atau zina""(Rujukan Kitab Keluaran 20:1-17; Kitab Ulangan 5:1-22), mengajar kita agar menghormati dan memelihara kurnia seks. Ini adalah kurnia Tuhan yang baik dan suci. Oleh sebab itu, kita diingatkan agar menggunakan kurnia ini dengan baik dan jangan sekali-kali menyalah-gunakan kurnia ini.
Keinginan seks adalah perkara normal didalam hidup manusia. Tetapi keinginan atau nafsu ini haruslah dipenuhi melalui cara yang betul dan sah. Jestru itu, perbuatan seperti hubungan seks sebelum kahwin, merogol, melacur, hubungan sumbang(hubungan seks sesama saudara yang ada talian perhubungan yang dekat) dan hubungan sejenis(homo & lesbian) dan hubungan dengan binatang, perzinaan (seperti suami/isteri ada hubungan seks dengan orang lain) dan percabulan (seperti pasangan kekasih yang melakukan seks sebelum kahwin);semua ini ada pebuatan yang salah dan berdosa. Sebab itu, janganlah menyalah-gunakan kurnia Tuhan.
Jika kita ingin memenuhi keinginan seks, kita penuhilah keperluan ini secara baik dan betul. Dimana ini biasanya dipenuhi melalui perkahwinan yang sah. Ini bererti hubungan seks diluar perkahwinan adalah dilarang kerana perbuatan ini adalah salah dan berdosa.
Perintah Tuhan yang ke enam, ini juga mengajar kita supaya tidak terlibat dengan aktiviti atau kegiatan yang berunsur lucah seperti menonton CD/Video/ wayang/ gambar atau bahan-bahan yang melibatkan unsur-unsur seks. Kerana penglibatan didalam perkara ini menunjukkan seseorang itu tidak ada penghormatan kepada seks, kurnia Tuhan.
Selain daripada itu menunjuk-unjukkan badan dengan berpakaian yang seksi atau berbogel dimuka umum atau dihadapan orang ramai adalah salah dan bertentangan dengan pengajaran Gereja yang mendukung kesucian seks sebagai kurnia Tuhan. Jestru itu, janganlah kita terlibat didalam apa juga bentuk yang tidak bermoral, buruk, jahat dan merosakkan kurnia Tuhan ini. Jadi, kurnia seks daripada Tuhan haruslah kita pelihara dengan baik dan dipertahankan serta digunakan dengan baik. Janganlah menyalah-gunakan kurnia Tuhan yang suci ini. Amin.