Perintah Tuhan yang ke-5: "Jangan membunuh" (Kel.20:13; Ulg.5:17 )mengajar kita supaya mencintai kehidupan. Bukan saja kehidupan sendiri dan orang lain tetapi juga kehidupan lain yang ada didalam dunia ini seperti binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Kehidupan adalah pemberian dan kurnia Tuhan yang Maha Esa. Ini adalah milik dan hak-Nya. Kerana Dia yang memberi, maka hanya Dia yang berhak untuk mengambilnya balik. Ini bererti kehidupan dan kematian kita berada di tangan-Nya. Jadi, sebagai penerima kehiudapan tidak ada hak untuk menamatkan kehiudpan kita tau pun kehidupan orang lain. Kita tidak boleh membunuh. Inilah sebabnya pihak Gereja berdasarkan kepada Alkitab tidak menyokong hukuman mati yang dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak. Gereja juga tidak membenarkan apa juga bentuk pembunuhan atau penamatan kehidupan seperti membunuh diri dan pengguguran bayi. Ini ditentang keras oleh Gereja. Jadi, kita selaku ahli-ahli Gereja adalah wajib mematuhi Undang-Undang atau Pengajaran ini yang berdasarkan kepada Alkitab. Kita mesti mencintai kehidupan. Jestu itu, kita wajib menghormati dan mempertahankan kehidupan. Kita harus mengamalkan "budaya cintakan kehidupan" dan bukannya "budaya membunuh kehidupan."
Sebagai contoh: Mengandung sebelum berkahwin. Pasangan janganlah mengugurkan kandungan berkenaan. Kasihanilah dan cintailah bayi/jenin yang ada didalam rahim anda. Janganlah kerana gara-gara mau "tutup muka" atau "jaga nama" maka bayi berkenaan digugurkan. Ingatlah penguguran jenin sebenarnya pembunuhan bayi anda/kamu sendiri. Dia adalah darah daging anda/kamu sendiri. Peliharalah anak berkenaan. Biarlah malu seketika kerana mungkin "kena cakap-cakap orang" daripada membunuh bayi yang tak berdosa. Janganlah kesilapan dan kelalaian didalam hal bercinta ditambah lagi dengan kesalahan yang paling besar iaitu mengugurkan anak sendiri. Kalau ini kamu lakukan, mungkin nama kamu baik didepan orang kerana mereka tidak tahu apa yang telah kamu lakukan. Tetapi, ingatlah....kamu tidak akan ada ketenangan jiwa dan fikiran selama-lamanya. Kamu akan sentiasa merasa bersalah sampai bila-bila. Lagi pun, ingatlah......orang lain mungkin kita boleh tipu tetapi mampukah kita menipu dan menyembunyi perbuatan kita yang jahat dari Tuhan? Pilihlah kehiudpan. Kalau anda/kamu tak mampu mahu memeliharan bayi berkenaan, dia boleh diberikan kepada orang lain terutama sekali mereka yang benar-benar mahukan anak. Dengan ini anda/kamu bukan saja menyelamatkan satu kehidupan tetapi anda/kamu juga telah berbakti kepada orang lain yang tidak mendapat anak kerana masalah mengandung atau akibat mandul. Yang yang paling penting anda/kamu dapat hidup dengan tenang dan aman kerana anda/kamu tidak melakukan penguguran anak.
Perintah Tuhan ini juga mengajar supaya tidak membunuh dengan perkataan. Kerana ini boleh mengakibatkan tekanan mental dan kesengsaraan jiwa dan batin kepada orang yang kita "bunuh dengan kata-kata." Sebab itu, elakanlah perkataan yang kotor dan memaki-hamun yang boleh menyakiti orang lain. Seperti kata Alkitab: "Janganlah ada perkataan kotor keluar dari mulutmu, tetapi pakailah perkataan yang baik....(Efesus 4:29).
Selain daripada itu, janganlah sembarangan membunuh atau merosakkan kehidupan yang lain seperti binatang-binatang, ikan-ikan dan tumbuh-tumbuhan. Memamg semuanya ini diberikan oleh Tuhan untuk kegunaan kita. Tetapi semua ini perlu kita gunakan dengan bijak dan baik. Jangan membazir. Ambil dan guna apa yang diperlukan. Perbuatan seperti meracun ikan-ikan disungai atau penggunaan bom bagi menangkap ikan adalah satu perbuatan yang salah dan tidak bermoral. Perbuatan seperti ini bukan saja merugikan banyak pihak malah menunjukan orang-orang yang melakukannya adalah tamak, bodoh dan tidak berpandangan jauh demi kebaikan kehidupan dimasa akan datang. Hentikanlah perbuatan yang merugikan ini.
Ada juga orang sanggup membunuh demi mendapatkan apa yang mereka ingin. Ini pun sungguh-sungguh bertentangan dengan perintah Tuhan ini. Sebab itu, janganlah kita terlibat didalam hal-hal seperti ini. Jauhilah pembunuhan meskipun kita terlalu geram dan marah. Jangan sekali-kali menggunakan pembunuhan sebagai jalan untuk menyelesaikan satu masalah. Pilihlah jalan kesabaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Bukan dengan pembunuhan.
Tapi.....kalau mahu sembelih binatang atau tangkap ikan untuk tujuan makanan, ini tidak menjadi masalah. Yang penting ambil dan guna apa yang diperlukan. Jangan sembarangan membunuh binatang atau ikan tanpa tujuan yang manasabah dan betul. Perbuatan membunuh binatang atau ikan sesuka hati dan membazir adalah salah dan tidak beretika. Jadi, elakkanlah perbuatan seperti ini.
Demikian juga dengan tumbuh-tumbuhan dan hutan. Ambil yang diperlukan. Jangan menebang pokok-pokok tanpa memikirkan risikonya. Misalnya kalau pokok-pokok ditebang habis maka hilanglah sumber atau punca air. Peliharlah alam semulajadi. Berhati-hatilah menggunakannya. Ingat alam semulajadi pun ciptaan Tuhan. Marilah menggunakannya dengan baik dan dengan penuh bertanggunjawap.
Kesimpulanya, perintah Tuhan yang ke-5: "Jangan membunuh" ini mengajar kita supaya mencintai, menghormati, dan mempertahankan kehidupan; Dan menolak "budaya membunuh." Jestru itu, janganlah kita terlibat didalam budaya ini didalam apa bentuk pun. Baik dari segi perbuatan atau perkataan. Sebab itu, marilah mencintai kehidupan dan membenci serta menjauhkan pembunuhan didalam segala bentuk. Marilah menyayangi kehidupan dan kehidupan orang lain serta kehidupan yang lain. Amin.