Showing posts with label Kejahatan. Show all posts
Showing posts with label Kejahatan. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Buat baik

"Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepada mu, perbuatlah demikian juga kepada mereka.
"(Matius 7:12).

Ada orang tak sukakan kejahatan dan hanya mahukan yang baik-baik untuk  dirinya sendiri. Tetapi suka pula membuat kejahatan kepada orang lain seperti memburuk-burukkan orang lain, menghina dan menfitnah orang, menuduh tanpa bukti dan usul-periksa, tak membayar hutang,  menumbuk, menipu, memaki-maki, dan sebagainya. Nah! Petikan Alkitab  diatas mencabar kita supaya melakukan yang baik-baik kepada orang lain kerana kita sukakan kebaikan; Dan jangan buat yang jahat kepada orang lain kerana kita sendiri pun tak sukakan kejahatan  dilontarkan kepada diri kita. Sesungguhnya, Kita semua mahukan yang baik-baik dan tidak mahu yang jahat-jahat. Jadi, marilah kita sama-sama memperjuangankan apa yang baik dan menjauhkan kejahatan demi kebaikan, kebahagian, keamanan, kegembiraan dan  kesejahteraan bersama selaku manusia ciptaan Tuhan yang bertuah kerana dapat hidup di bumi yang bertuah ini! Amin.

Sunday, July 4, 2010

Balas bah!??

Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! (Roma 12:17)

Kebanyakan manusia memang cenderung dan selalu mahu membalas kejahatan yang dilakukan orang lain kepadanya. Membalas dendam adalah dianggap sebagai satu keadilan dan satu kepuasan bila berjaya  melakukan pembalasan kepada orang jahat atau musuhnya. Tetapi Firman Tuhan yang tersebut diatas memberi kita pengajaran yang jelas sekali bahawa kita tidak boleh membalas "kejahatan dengan kejahatan" sebaliknya kita dicabar dan diminta supaya membalas kejahatan dengan kebaikan. Pendek kata, kita diminta untuk mengasihi sesama manusia termasuklah orang-orang yang jahat. Nah, sekarang mari kita tanya diri kita sendiri, "Apakah kita cenderung untuk membalas kejahatan dengan kejahatan atau dengan sabar belajar mengasihi dan mengampun orang-orang yang bertindak jahat kepada kita?

Didalam hidup ini, kejahatan jangan kita lakukan.  Musuh atau penjahat bukan dimusnahkan. Tetapi, marilah kita menawan dan memenangi hati mereka dengan kebaikan agar mereka tergerak untuk  menjadi manusia yang lebih baik dan seterusnya bertobat kepada Tuhan dan menjadi orang yang beriman kepada Tuhan. 

Saudara dan saudari, marilah kita sama-sama menjauhkan kejahatan dan sentiasa mengutamakan cintakasih, pengampunan, keamanan, dan kedamaian didalam hidup kita.