Sunday, November 13, 2016

Waspadalah

Yesus berfirman," Waspadalah, jangan sampai kamu disesatkan. Sebab banyak orang akan datang dengan memakai namaKu dan berkata "Akulah Dia" atau " Saatnya sudah dekat. Janganlah kamu mengikuti mereka"(Lukas 21: 8)

Friman Tuhan Yesus ini sudahlah Dia sampaikan kepada para pengikutNya. Lebih daripada 2000 tahun yang lalu. AjaranNya ini bukan saja untuk mereka di masa itu tetapi ia juga untuk kita semua dimasa kini. Kerana memang banyak gereja agama baru yang muncul seperti cendawan yang memakai nama Tuhan Yesus. Mereka juga menggunakan Alkitab sebagai landasan ajaran mereka kerana inilah cara mereka untuk mendapat pengikut. Inilah teknik mereka disamping memburuk-burukkan Gereja yang didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri. Mereka bertindak demikian sememangnya ada unsur-unsur untuk kepentingan diri sendiri. Kalaulah mereka mahu maklumkan Tuhan Yesus, kenapa tidak mengikuti atau menajdi ahli Gereja yang didirikan oleh Tuhan Yesus sendiri?

Yaaa.....mereka mempunya ialasan dan hujah-hujah sendiri. Mereka berhak untuk melakukan itu kerana manusia tidak pernah diikat okeh Tuhan untuk mengikuti KehendakNya. Manusia bebas untuk membuat keputusan sesuai dengan keyakinan dan kemahuan dirinya sendiri. Bagi  kita yang dah mengikuti Gereja yangdidirikan oleh TuhanYesus, kita janganlah menjatuhkan penghakiman kepada mereka. Kita hormatilah jalan yang telah mereka pilih kerana Tuhan sendiri pun tidak memaksa mereka untuk menjadi anggota GerejaNya.

Walau bagaimana pun, kita haruslah sentiasa berwaspadalah dengan pengajaran orang lain yang mendirikan agama atau gereja sendiri supaya kita tidak disesatkan. Kita mestilah bersandarkan kepada Tuhan  Yesus didalam apa pun keadaan terutama sekali bila kita menghadapi orang-orang yang cuba menyesatkan kita dan cuba memisahkan kita daripada Tuhan Yesus dan daripada GerejaNya. Jestru itu, SENTIASALAH BERWASPADA. Amin.

Saturday, August 30, 2014

Malas; rajin

"Orang yang malas tidak akan menangkap buruannya, tetapi orang yang rajin akan memperoleh harta yang berharga"(Amsal 12:27).

Petikan Alkitab ini mengingatkan kita supaya jangan bersifat malas. Kerana kemalasan tidak mendatangkan kejayaan dan kemajuan didalam hidup. Jadi, kalau kita mahu Berjaya dan maju didalam hidup ini, kita mestilah rajin dan tabah berusaha. Contohnya seorang pelajar tidak akan maju dan Berjaya didalam pelajarannya jika dia malas belajar dan malas pergi ke sekolah. Sebaliknya pelajar yang rajin belajar dan aktif ke sekolah akan mendapat kejayaan didalam pelajarannya.

Jadi jelas sekali bahawa Tidak ada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Sifat malas adalah mengundang kegagalan. Jestru itu, marilah menjadi manusia yang menjauhkan kemalasan dan menjadikan sifat yang rajin menjadi pegangan didalam segala hal didalam hidup kita setiap hari supaya kita menikmati kemajuan dan kebahagian didalam hidup. (Bah......rajin-rajinlah berusaha dan jangan malas-malas kio......).  Demikanlah kata-kata renungan daripada  Pak Janggut. God bless you all. Amen).

Thursday, June 5, 2014

Yesus

YESUS berkata, "AKULAH  JALAN, KEBENARAN DAN KEHIDUPAN" (Yoh 14:6). Jadi, kalau kita sudah mengikuti Tuhan Yesus maka tabahkanlah hati dan setialah mengikuti-Nya sepanjang hidup. Jangan menyimpang atau mengikuti jalan-jalan yang lain kerana hanya satu jalan yang benar menuju kepada Allah Bapa di Surga iaitu melalui Tuhan Yesus. Dialah satu-satunya JALAN  yang benar ke Surga. Inilah kebenaran yang utuh dan penuh. Dan kebenaran ini membawa kita kepada kehidupan abadi. Kerana kepenuhan kebenaran adalah Tuhan Yesus sendiri dan kehidupan abadi adalah didalam  tangan-Nya. Kerana Dialah Tuhan, penebus dan penyelamat umat manusia. Jestru itu, janganlah mencari jalan, kebenaran dan kehidupan yang lain kerana didalam Tuhan Yesus kita memiliki segal-galanya. Jestru itu, ikutilah DIA sampai menghembuskan nafas yang terakhir diduni ini. Amin. 

Tuesday, March 11, 2014

SEMANGAT P.B.S



Kini kita didalam musim Prapaska(sebelum Paska/Easter) dimana pada musim ini kita diingatkan supaya mendukung semangat P.B.S! Ini bukan ada kaitan dengan politik bah...tetapi ada kena-mengena dengan kerohanian hidup kita terutama sekali di dalam kontex Pertobatan: "Bertobatlah....."(Matius 4:17).

P=Puasa: "Apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu...supaya jangan dilihat atau diketahui orang bahawa kamu sedang berpuasa..."(Matius 6:16-18).Jadi dimusim Prapaska ini kita diundang dan diminta untuk berpuasa bukan saja dari segi makanan dan minuman tetapi lebih-lebih lagi berpuasa daripada membuat perkara-perkara yang jahat. Kerana ini membawa kepada dosa. Jestru itu, kita diingatkan agar membuat perkara-perkara yang baik dan berguna sepanjang musim Prapaska ini agar kita lebih diberkati Tuhan Allah.

B=Beri derma:"Hendaklah sedekahmu(dermamu) itu diberikan secara tersembunyi..."(Matius 6:4). Di musim ini juga kita diingatkan supaya membantu orang-orang yang miskin dan susah dengan memberi bantuan  dalam bentuk wang atau material atau keperluan seharian seperti makanan. Selain daripada itu,  jangan lupa menderma dari segi bakat, masa dan tenaga juga seperti melakukan kerja-kerja amal. Jadi, rajin-rajinlah menderma sesuai dengan kemampuan dan kedudukan. Beri dengan iklas dan jujur. Jangan memberi kerana mengharapkan balasan atau sambil mencari nama. Berilah derma dengan senang hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari si penerima. Ingatlah Tuhan memberkati orang yang murah hati dan ringan tangan.

S=Sembayang: "Apabila kamu berdoa......masuklah kedalam bilikmu..."(Matius 6:5-6). Bah, jangan lupa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Tuhan dengan berdoa lebih atau meningkatkan aksi doa terutama sekali kalau jarang berdoa. Cubalah perbaiki diri. Janganlah malas-malas berdoa. Kalau jarang ke Gereja maka cubalah mulakan langkah untuk ke Gereja lagi. Rajin-rajinlah pergi Sembayang dan juga sembayang secara peribadi baik di rumah atau dimana saja anda berada. Dan berdoalah secara tetap dan mantap!

Sebenarnya, Seruhan utama dimusim PraPaska ini ialah BERTOBATLAH. Ubah kehidupan yang jahat menjadi baik dan yang dah baik buat kehidupan itu lebih baik dan yang dah berada ditahap lebih baik, majulah ketahap yang terbaik. Dan seandainya anda sudah di tahap "Terbaik" bah...kekalkan. Jangan jatuh ketahap yang rendah pula.

Ok! Mari kita sama-sama  mendukung semangat P.B.S sepanjang musim PraPaska ini. Semoga melalui Tuhan Yesus, kita semua diberkati oleh Tuhan Allah. Amin.

Wednesday, March 5, 2014

Harta

"Jangan percaya pada harta benda yang diperoleh dengan tidak adil,
sebab tidak berguna sedkit pun pada hari sial."(Sirakh 5:8).
 
Mencari dan mengumpul harta benda atau kekayaan secara tidak adil dengan menggunakan cara yang tidak bermoral dan  jahat adalah salah dan haram. Kekayaan yang didapati secara jahat bukanlah menjadi suatu berkat dan kebahagian  tetapi menjadi sumber kesedihan, kerisauan, kebimbingan dan kesusahan. Ini bukan saja semasa  hidup di dunia tetapi lebih-lebih lagi setelah meninggalkan dunia ini.
 
Harta yang diperolehi dengan cara yang jahat tidak mendapatkan kebahagian yang sejati. Jestru itu, kalau ingin mencari harta  atau kekayaan gunakanlah cara  yang baik dan mulia supaya apa yang dimiliki nanti membawa ketenangan dan kebahagian yang sejati didalam hidup. Maka dengan itu, janganlah menggunakan cara yang jahat untuk mencari kekayaan. Pendek kata, carilah kekayaan dengan cara yang baik, bermoral, iklas dan jujur.

Saturday, December 14, 2013

Bila Letih lesu dan susah

Yesus berkata: "Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu"(Matius 11:28).

Apabila kita menghadapi atau mengalami kesusahan atau masalah, apakah jalan penyelesian yang kita ambil? Apa tindakan yang kita buat untuk mengatasinya? Jalan mudah dan cepat? Cara duniawi? Membelakangi Firman Tuhan?

Ada kecenderungan dikalangan kita dimana kita biasa menyelesaikan masalah atau kesusahan dengan tidak menitik-beratkan samada keputusan atau tindakan yang kita ambil itu bertentangan atau tidak dengan pengajaran Tuhan. Yang dipentingkan ialah perkara itu selesai tanpa mengambil-kira ajaran Tuhan didalam Alkitab. Kalau perkara ini berlaku maka, tidak hairanlah jika pelakunya akan menghadapi masalah yang lebih berat lagi iaitu jatuh kedalam dosa. Kerana tindakan dan perbuatan yang diambilnya adalah bertentangan dan tak sejajar dengan Firman Tuhan.

Hal seperti ini sepatutnya kita elakkan kerana kita adalah orang Kristian. Jestru itu, setiap tindakan dan keputusan yang diambil untuk mengatasi sesuatu masalah haruslah berdasarkan kepada pengajaran Tuhan sebagaimana tercatat didalam Alkitab. Ini bererti, kita mencari penyelesian "cara Kristiani" dengan bertanya," Apakah pengajaran Tuhan didalam hal ini? Apa kata Alkitab? Apa pengajaran Gereja didalam hal ini? Ini sangat penting dihayati supaya keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah adalah  berdasarkan "Kehendak Tuhan" dan bukannya kehendak dan kemahuan diri sendiri. Jadi, bila kita ada masalah, datanglah kepada Tuhan Yesus dan mohonlah bantuan dan bimbingan daripada-Nya. Jangan segan dan jangan takut kerana Tuhan sentiasa membantu orang yang jujur dan iklas memohon bantuan daripada-Nya. Maka dengan itu, bila ada masalah atau kesusahan didalam hidup DATANGLAH KEPADA TUHAN YESUS DAHULU. Janganlah mendahulukan cara duniawi tetapi utamakan dahulu cara Tuhan. Amin.



Monday, November 25, 2013

Hikmat;Pelajaran

Alkitab menyatakan bahawa:" Berbahagialah orang yang mendapat hikmat, orang yang memperoleh kepandaian, 14 karena keuntungannya melebihi keuntungan perak, dan hasilnya melebihi emas."(Proverbs 3:13-14).

Sesungguhnya, untuk mendapatkan hikmat dan kepandaian kita harus utamakan pelajaran. Kerana pelajaran itu adalah sangat penting sekali didalam hidup kita semasa berada didalam dunia ini. Pelajaran bukan sekadar tertumpuh pada masa persekolahan tetapi juga selepas alam persekolahan. Ini bererti pelajaran sepanjang masa dengan membaca buku-buku yang berguna dan menonton program-program TV  yang berguna. Disamping itu, kita boleh juga  menghadiri seminar-seminar atau kursus-kursus yang memberi kita ilmu yang baru dan berguna didalam kehidupan kita setiap hari. Jestru itu, tidak rugi menimba ilmu pelajaran sebanyak yang mungkin kerana ianya berguna didalam hidup kita.

Belajar banyak-banyak dan jangan lupa kongsikan juga kepada orang lain. Kerana ilmu itu bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain. Ini bererti kita berbakti kepada sesama manusia melalui perkongsian ilmu.Jadi, janganlah bersifat kedekut didalam hal membantu orang yang lemah didalam pelajaran. Tolonglah yang lemah agar mereka juga menjadi manusia yang berilmu dan berguna.

Ilmu pelajaran adalah kurnia Tuhan Allah dan DIA telah memberi  kita perbagai ilmu yang berguna didalam hidup kita. Jestru itu, apa yang kita dapat daripada Tuhan Yang Maha Esa kita kongsi atau bagi-bagi juga dengan sesama insan secara gratis atau percuma. Kerana Tuhan telah memberikan kita ilmu tanpa bayaran , maka kita juga memberi ilmu tanpa meletakkan harga . 

Bah! Selamat belajar dan selamat berkongsi ilmu.

Friday, October 25, 2013

Jahat

"Jangan berbuat jahat, maka yang jahat takkan menimpa dirimu, jauhilah durjana, necaya engkaupun akan dihindarkannya pula"(Sirakh 7:1-2).

Sesungguhnya tidak ada guna dan tidak ada keuntungan untuk melakukan kejahatan semasa hidup didalam dunia ini. Kerana bila kita mati, pengadilan  daripada Tuhan akan menanti kita. Sebab itu, kalau ada buat kejahatan, maka bertobatlah sebelum meninggalkan dunia ini. Lebih baik bertobat daripada mendapat "sebat" di kemudian hari. Jestu itu, apa saja jenis kejahatan  yang kita lakukan samada kecil atau besar, ringan atau berat, BERHENTILAH  dan ubahlah  diri  menjadi manusia yang sebaik mungkin. Jangan berlengah. Kerana lebih cepat bertobat lebih baik. 
Bila bertobat atau berubah, Jangan alang-alang atau separuh hati. Buatlah yang terbaik untuk  menjadi manusia yang baik,  jujur, iklas dan beriman sepenuh hati kepada Tuhan.

Wednesday, October 16, 2013

Takut akan Tuhan

"Kemolekan adalah bohong dan
kecantikan adalah sia-sia
tetapi isteri yang takut akan
Tuhan dipuji-puji"
(Pengkhotbah 31:30).
Walau bagaimana pun orang yang cantik tetap menawan!(Hehehe...)

Tuesday, August 20, 2013

Baik dan Jahat

Firman Tuhan: "Carilah yang baik dan jangan yang jahat , supaya kamu hidup;... Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik"(Amos 5:14-15). Apa yang kita cari didalam hidup ini? Wang? Harta? Pangkat? Tanah? Kedudukan? Kekayaan? Mencari hal-hal ini  tidaklah salah. Yang penting kita mencarinya dan mendapatkannya dengan cara yang baik dan dengan keadah yang betul dan murni. Jangan mencarinya dengan menggunakan cara yang salah dan jahat.  Sebab itu, kita harus membenci yang  cara yang jahat untuk mendapatkan perkara-perkara yang  disebut tadi. Dan mencintai cara yang baik untuk mendapatkannya agar kita mempunyai fikiran yang tenang dan kehidupan yang bahagia. Jestru itu, marilah kita sentiasa membenci yang salah dan jahat. Dan sentiasa mencintai yang benar, betul dan baik. Marilah kita melaksanakan pengajaran daripada Alkitab ini didalam hidup kita setiap hari agar Tuhan dipermuliakan dan kita diberkati-Nya. Amin.

Monday, June 24, 2013

Renung-renunglah...

Mari kita renung Firman Tuhan seperti berikut:

 1) "Lebih baik menjadi orang kecil tetapi berkerja untuk diri sendiri, daripada berlagak orang besar tetapi kekurangan makanan"(Amsal 12:9).

2) Di jalan kebenaran terdapat hidup; tetapi jalan kemurtadan menuju maut(Amsal 12:28).

3) Keangkuhan hanya menimbulkan pertengkaran, tetapi mereka yang mendengar nasihat mempunyai hikmat(Amsal 13:10);

4) Harta yang cepat diperolehi akan berkurang, tetapi siapa mengumpulkan sedikit demi sedikit, menjadi kaya(Amsal 13:11).

Sunday, May 5, 2013

Injil

  1. "Hendaklah kehidupan mu berpadanan dengan Injil Kristus..."(Filipi 1:27a). Apakah kita mengenal apa itu INJIL KRISTUS? Apakah kita mengenal Kristus dan menerima semua ajaranNya yang terdapat didalam Injil? Kalau tidak maka, berusahalah untuk mengetahuinya. Dan kalau kita dah tahu, apakah kita hidup menurut ajaran Yesus yang terdapat didalam Injil? Renunglah secara mendalam dan bertindaklah sesuai dengan kedudukan dan keperluan anda. Bah, selamat mengenal Injil dan Tuhan Yesus Kristus. Dan kalau dah tahu, jangan lupa melakukannya didalam kehidupan setiap hari dan jangan lupa "Share-sharelah"(bagi-bagilah) dengan  orang lain. Amin.

Thursday, April 18, 2013

KASIH ALLAH

"Kerana begitu BESAR KASIH ALLAH akan dunia ini, sehingga IA telah mengaruniakan  ANAK-NYA yang TUNGGAL, supaya setiap orang yang percaya kepada-NYA tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal"(Yohanes 3:16).

Yaaa.....begitulah besarnya kasih Allah kepada kita, umat manusia sehingga Dia tidak teragak-agak memberi yang terbaik sekali kepada kita, supaya kita mempunyai  harapan untuk  hidup kekal bersama-sama dengan-Nya  di  Surga. Allah sesungguhnya telah memberikan Tuhan Yesus Kristus untuk kita supaya kita selamat dari cengkaman kuasa setan dan iblis. Kini.....atas pengorbanan Tuhan Yesus di kayu Salip, kita semua mendapat rahmat untuk mengalahkan kuasa setan dan iblis. Kini, Kita bukanlah hidup tanpa harapan dan tanpa arah, tetapi kita  semua ada peluang untuk bersatu dan hidup bersama-sama dengan Tuhan Allah di Surga.
 
Sesungguhnya, Tuhan Yesus adalah satu-satunya harapan kita yang dikurniakan kepada kita oleh Allah. Jestru itu, marilah kita  dengan tetap dan setia mengikuti Tuhan Yesus sampai berakhirnya perjalanan hidup kita di atas bumi ini. Pendek kata, marilah menjadi orang Kristian yang  bertakwa dan setia sampai akhir hayat kita di dunia ini, supaya kita mendapat  Penyelamatan melalui Tuhan Yesus Kristus.  Amin.

Monday, April 8, 2013

Perempuan

Alkitab mengajar, "Jangan berzinah.....Setiap  orang yang memandang perempuan serta menginginikannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya."(Matius 5:27-28).  Petikan Alkitab ini jelas mengajar kita supaya jangan sekali-kali memandang perempuan sebagai "objek seks". Kerana mereka juga  dicipta Tuhan dengan martabat dan kedudukan yang sama dengan lelaki. Sebab itu lelaki mestilah memandang perempuan dengan hormat iaitu selaku  manusia yang sama martabat dengannya. Kerana baik lelaki maupun perempuan, kedua-duanya adalah cipta Tuhan Allah. Dimata Tuhan mereka adalah sama sahaja. Jestru itu lelaki yang lebih bertenaga, janganlah menindas dan mengambil kesempatan disebalik kelemahan wanita.

Lelaki patutlah melindungi dan mempertahankan maruah dan martabat setiap perempuan. Sesungguhnya, lelaki dan perempuan saling memerlukan sesama dan haruslah saling membantu sesama demi kehidupan yang selesa, bahagia dan aman.

Tuesday, March 26, 2013

Jangan takut

Kewujudan setan memang tidak dapat disangkal. Tetapi kita tidak perlu takut dan gentar kerana kalau kita  sungguh-sungguh beriman dan kuat berdoa dan bersandar kepada Tuhan Yesus Kristus, kita pasti dapat mengalahkan kuasa setan dan iblis. Ingatlah bahawa Alkitab mengajar kita supaya kuat iman dan tenang serta waspada bila berhadapan dengan godaan setan(1 Petrus 5:8-9). Jangan mudah mengalah. Lawan dan berdoalah supaya tidak terpedaya dengan godaan setan.

Tuesday, November 27, 2012

Mintalah....

Mari kita merenung sebuah petikan Alkitab yang berbunyi: "Mintalah, maka akan diberikan kepadamu...(Matius 7:7). Petikan Alkitab ini mengajak  kita untuk berfikir dan bertanya kepada diri kita, 1) Apakah yang kita minta apabila kita berdoa kepada Tuhan? Apakah yang biasanya kita minta? Bukankah kita biasannya meminta perkara-perkara duniawi seperti kekayaaan dan harta duniawi:  Kita memohon agar  bisnes lebih maju walaupun bisnes dah maju; Kita meminta  perkerjaan yang lebih bagus walaupun dah ada kerja yang bagus; Kita meminta keselamatan semasa didalm perjalanan tapi memandu laju-laju; meminta kawan yang lebih baik tapi bila dapat tak pandai pula jaga hati  kawan; Kita meminta agar lulus dengan cemerlang didalam peperiksaan  tapi malas belajar dan sebagainya. Kita selalu meminta hal-hal duniawi. Meskipun hal-hal ini tidak salah tapi kita jangan lupa meminta  hal atau perkara yang lebih penting dari segala harta duniawi iaitu harta Surgawi.
 
Kenapa tidak meminta hal-hal surgawi atau hal-hal yang rohani seperti meminta supaya lebih rajin pergi sembayang, lebih taat berdoa, setia berpegang kepada ajaran-ajaran Tuhan, kuat melawan godaan setan dan dosa, lebih sabar, lebih mencintai  dan sebagainya. Sepatutnya kita  meminta perkara-perkara surgawi yang  dapat membantu kita  untuk menjadi orang beriman yang lebih baik dan memohon hal-hal yang boleh membantu kita untuk memasuki Kerajaan Surga. Inilah "harta yang berkekalan" dan yang akan kita bawa mati. Sebab itu, marilah kita belajar meminta hal-hal yang dapat membantu  MENYELAMATAN JIWA DAN ROH KITA  DI AKHIR ZAMAN. Dan bukannya terlalu tertumpuh kepada harta duniawi. Amin.

Sunday, November 4, 2012

Sesat

"Jangan mencari-cari maut dengan hidup sesat.."(Keb.Salomo 1:12a). Ajaran dari Alkitab ini memberi kita peringatan yang penting sekali bahawa kehidupan yang kita terima daripada Tuhan, janganlah disalahgunakan dengan melakukan kejahatan. Kerana kejahatan adalah jalan kehidupan yang membawa maut kepada diri sendiri. Sebab itu, kita harus usahakan untuk menjalani kehidupan yang suci, murni dan baik.

Maut dan kejahatan, jangan kita cari dan jangan kita usahakan atau sokong. Kita mestilah menjauhkan apa saja yang kesesatan dan kejahatan kerana perkara-perkara ini membawa kepada maut dan kerugian dan kesengsaraan pada kehidupan kita sendiri. Kata orang, "Sarang tebuan jangan dijolok" nanti sendiri juga yang mendapat kesakitan dan kesusahan. Misi dan tanggungjawap kita didalam hidup ini adalah untuk melakuan yang baik dan bukan yang jahat. Jestru itu, marilah sentiasa mencari dan  melakukan yang baik agar kita tidak mendapat maut. Amin.

Friday, September 14, 2012

Hati-hati di masa muda...

Kecenderungan dimasa muda adalah  mau "enjoy dan siok-siok" saja sehingga lupa hal atau perkara  yang penting seperti pelajaran dan hal yang terpenting sekali didalam  iaitu iman kepada Tuhan Allah. Perkara-perkara ini begitu mudah dilupakan kerana terlalu sibuk bersama-sama dengan kawan-kawan melakukan hal-hal yang konon-konon membuat diri  enjoy dan  merasa siok.  Sifat seperti ini boleh membinasakan masa depan sendiri terutama sekali bila pelajaran diabaikan dan Tuhan Allah dilupakan. Jestru itu Firman Tuhan yang berbunyi: "Ingatlah akan Penciptamu pada masa mudamu, sebelum hari-hari yang malang dan mendekat tahun-tahun yang kau katakan:" Tidak ada kesenangan bagiku didalamnya!"(Pengkhotbah 12:1).
Jadi,  semasa masa muda, janganlah  abaikan perkara-perkara yang penting dan yang terpenting didalam hidup. Sebab itu, tumpuhkan perhatian yang perkara-perkara yang lebih penting dan yang terpenting sekali didalam hidup. Memang banyak perkara yang penting didalam hidup ini tetapi bukan semuanya berguna. Pilih dan buat yang benar-benar penting dan berguna. Dan didalam apa juga keadaan dan dimana saja berada, jangan lupa kepada perkara yang terpenting sekali didalam hidup ini iaitu Tuhan Allah. Jangan lupakan DIA dan jangan lalai didalam hal melakukan dan berpegang kepada semua pengajaranNya. Melakukan kehendakNya adalah yang terpenting sekali didalam hidup. Lakukanlah kehendakNya, anda pasti akan bahagia dan selamat didunia dan diakhirat nanti. Jestru itu, marilah beriman kepadaNya dengan rendah hati dan sentiasa memohon pengampunan daripadaNya apa juga jenis kesalahan dan dosa kita. Pendek kata, JANGAN LUPA TUHAN ALLAH. Amin.

Wednesday, September 12, 2012

Kasih abadi

Didalam Alkitab dinyatakan bahawa "Kasih tidak berkesudahan.."( 1 Kor.13:8). Ini bererti  Kasih tidak berhenti.Ia adalah sepanjang masa tanpa nokta. Tidak ada titik berhenti. Sebab itu bila kita mengasih seseorang maka kasih-sayang kita itu mestilah berkekalan. Ini menuntut kesetiaan tanpa batas. Misalnya bila seseorang telah berjanji untuk mengasihi suami  atau isterinya maka, cintanya kepada suami/isteri adalah sampai selama-lamanya. Hanya kematian yang memisahkan mereka.

Biasanya, didalam Upacara perkahwinan janji yang diucapakan  mempunyai sifat dan unsur cintakasih  yang berkekalan dan kesetiaan sampai bila-bila dan tanpa mengira kedudukan, status, dan keadaan. Biasanya orang yang berkahwin akan melafaskan perjanjian kahwin  dimana mereka akan saling mencintai dan menghormati baik pada masa suka dan duka, baik pada masa sihat atau sakit dan baik pada masa kaya atau miskin, mereka akan tetap kekal mengasihi sesama sampai selama-lamanya. Pendek kata, cinta mereka adalah kekal dan cinta abadi. Sebab itu, kalau ada masalah atau kesalahan semasa didalam pejalanan hidup mereka sebagai suami-isteri, mereka mestilah mempunyai sifat toleransi dan saling mengampuni kesalahan   supaya cinta-kasih yang tersaling itu tidak akan terputus dan tetap terpelihara. Dengan  itu, perkahwinan mereka tetap utuh meskipun kadang-kadang ianya  mengalami "kejutan dan gangguan". Tetapi hal ini tidak merosakkan perjalan hidup mereka sebagai pasangan suami-isteri yang sah.

Jadi, kepada pasangan suami-isteri ingatlah bahawa kasih-sayang diantara kamu adalah untuk selama-lamanya. Sebab itu, jagalah cinta-kasih kamu bersama agar ianya tidak rosak dan tidak terjadi perceraian. Jestru itu, Tanamlah dan pupuklah semangat saling mengasihi didalam nama Tuhan supaya cinta-kasih kamu tetap  kekal selama-lamanya dan bahagia bersama-sama sampai bila-bila masa. Kalau hal ini dipelihara dan dikekalkan maka tidak hairanlah kalau berkat Tuhan sentiasa berlimpah-limpah bersama-sama dengan kamu. Pujilah Tuhan! Amin.


Friday, July 27, 2012

Menabur...

"Orang yang menabur  sedikit, akan menuai sedikit juga, dan orang yang menabur banya, akan menabur banyak juga"(2 Kor.9:6). Pengajaran daripada Alkitab ini memang benar. Misalnya hal berkerja: Kalau kita  malas berkerja, maka hasil  pencapaian kita pun sedikit, maka dengan itu  tak hairanlah kalau kita  mendapat gaji yang rendah dan tidak mendapat kenaikan gaji atau pangkat. (Padan muka! Hehehe...)

Begitu juga hasilnya jika kita hayati Firman Tuhan  ini dan kaitankan dengan kehidupan kita sebagai orang Kristian. Kalau kita malas berdoa, maka berkat kita pun kurang juga. Maka dengan itu tak hairanlah kalau kita selalu jatuh kedalam "kegelapan & dosa." Jestru itu, janganlah kita malas untuk berdoa. Marilah kita Rajin-rajinlah berdoa agar kita menerima berkat & rahmat yang lebih banyak daripada  Tuhan Allah yang  Maha Esa. Amin.