Didalam Injil Lukas bab 17, ayat 11 sehingga ayat 19, tersebut kisah mengenai 10 orang berpenyakit kusta. Semua mereka datang kepada Tuhan Yesus dan meminta kasihan daripada-Nya. Dia telah memenuhi permintaa mereka; Semua mereka disembuhkan-Nya tetapi hanya seorang saja yang kembali untuk berterima kasih kepada-Nya! (Lk 17:11-19).Kenapa?
Yaaa... beginilah sifat kebanyakan manusia semasa susah, mereka mencari Tuhan dan memohon bantuan-Nya tapi bila mereka mendapat apa yang mereka hajati mereka lupa berterima kasih kepada Tuhan. Kenapa? Mungkin kerana terlalu ghairah atau terlalu naik "siok" maka Tuhan pun dilupakan. Apakah kita seperti mereka? Yang tidak tahu berterima kasih kepada Tuhan? Dan juga kepada sesama insan?
Sifat tidak berterima kasih juga terbawa-bawa didalam kehidupan kita selaku manusia. Banyak orang yang berbakti dan berjasa kepada kita sepanjang hiudp kita seperti ibubapa kita, para ahli keluarga kita, guru-guru, para doktor dan orang-orang yang berkerja dengan kerajaan dan swasta dan sebagainya. Pernahkah kita berterima kasih kepada mereka? Atau kita "acuh tak acuh" saja bila kebetulan bertemu dengan mereka?
Kebanyakan orang yang pernah menabur budi, jasa, bakti, pertolongan kepada kita biasanya tidaklah mengharap sangat balasan secara material atau kewangan daripada kita. Bagi mereka ucupan "Terima Kasih" atau "Thank You" dah memadai dan mencukupi. Sebenarnya, kita tak dapat membayar atau membalas jasa dan bakti mereka kepada kita. Kerana jasa dan bakti baik daripada ibubapa atau orang lain tidak dapat kita nilai dengan wang dan harta. Sebab itu, sebanyak mana pun kita berikan kepada mereka, kita tetap terhutang budi kepada mereka untuk selama-lamanya. Begitu juga dengan jasa dan bakti yang Tuhan kurnikan kepada kita. Bagaimana kita mampu "membayarnya? Kita tetap selama-lamanya "berhutang" kepada Tuhan yang Masa Esa dan Maha Pengasih.
Meskipun kita tidak mampu "membayar" jasa dan bakti mereka dan kepada Tuhan, kita sekurang-kurangnya dapat mengucapkan "Ribuan Terima Kasih." Disamping memperlihatkan penghormatan kita kepada mereka dan memberi aksi Penyerahan dan Penyembahan kepada Tuhan yang Maha Esa dengan sepenuh hati.
Bah! Marilah kita belajar mengucapkan "Terima Kasih" kepada setiap insan yang berbakti dan berjasa kepada kita. Lebih-lebih lagi kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah memberi kita kehidupan, dan berbagai-bagai lagi hadiah dan berkat. Amin.