"Kenapa dengan kamurang nii? Kenapa kamurang buat begini? Kamurang betul-betul kasi malu keluarga!, demikianlah kata-kata pedas yang keluar dari mulut ibu Tina yang begitu marah sekali apabila mendapat anaknya yang sedang belajar di Kolej dah berbadan dua.Hamil sebelum kahwin!
"Gontudok! Kau betul-betul menconteng arang dimuka saya! Rugi saya kasi murah-murah tu berian. Kau tada guna pula! Celaka betul!" kata bapa Tina sambil mengangkat tangannya mau menampar muka boyfriend si Tina. Tapi dia terpaksa membatalkan niatnya kerana seperti kilat Tina pegi dihadapan jejaka yang dicintainya. Dalam keadaan yang tegang dan "panas-panas" hati. Tiba-tiba muncul nenek Tina dan berkata dengan nada yang relax saja....."Bah, apa gia kamurang marah-marah sama diurang? Kamurang tidak ingat lagikah? Si Tina tu lahir selepas kamurang baru berkahwin 4 bulan. Cepat juga saya dapat cucu....masa tu. Hmmm.....apa salah kalau saya awal-awal dapat dukung cicit.Huuu..! Marah-marah kaka, pada hal dual kali lima juga......" Kata-kata nenek ini meredakan keadaan. Semua orang terdiam! Macam kena karan letrik. Ibubapa si Tina pun tersipu-sipu malu.).
Yaaa......beginilah sifat manusia. Pantang nampak kesalahan orang lain. Mesti bising-bising punya tapi kesalahan diri sendiri tak nampak. Memang betullah yang dikatakan didalam Alkitab: Mengapakah engkau melihat selumbar(kayu kecil) di mata saudara mu, sedangkan balok (kaya besar)didalam matamu tidak engkau ketahui?(Matius 7:3).
Kalau orang ada buat kesalahan atau kesilapan, baguslah ditegur dan dibimbing dengan baik. Bukan main teriak-terik dan kasi malu. Cara ini tidak membantu malah boleh memburukkan keadaan. Jadi, berilah kata-kata yang membina & memberi semangat bahawa kegagalan/ kesilapan bukan titik berhenti tetapi permulaan langkah baru utk memulakan kehidupan yang lebih berhati-hati supaya tidak mengalami kegagalan/kesilapan lagi dimasa akan datang.
Ingatlah , kita sebagai manusia tidak lari daripada buat kesilapan. Biasanya kita menjadi manusia yang lebih baik setelah melalui pengalaman kegagalan/kesalahan. Jadi, jgnlah terlalu bersifat "alim-alim" sehingga gagal melihat kepincangan dan kelemahan diri sendiri. Ingatlah setiap kegagalan ada peluang yang terbuka baginya utk memperbaiki diri; dan setiap dosa ada pintu pertobatan yang terbuka luas kerana cintakasih Tuhan itu lebih besar drp dosa-dosa manusia. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Jadi, marilah bersifat seperti Tuhan. Amin.