Tuesday, October 6, 2009

Tidak akan puas!


Firman Tuhan yang berbunyi:"Siapa mencintai wang tidak akan puas dengan wang, dan siapa mencintai kekayaan tidak akan puas dengan penghasilannya"(Kitab Pengkhotbah 5:9).

Manusia memang tidak puas-puas mencari wang dan kekayaan. Dah dapat banyak, dan melebihi daripada keperluan masih juga mau lebih banyak lagi. Dah jadi ribuan, mau jadi jutawan. Lepas tu tak puas hati juga maka berkerja keras lagi kerana mau bergelar billioner atau manusia yang terkaya didunia.

Beginilah sifat manusia. Ketamakan manusia memang tidak ada batasnya. Kalau boleh segala-galanya ingin miliki. Dan inilah yang menjadi "perangkap maut" bagi kebanyakan kita. Kerana gara-gara mahukan wang yang bertimbun dan mengejar kekayaan duniawi, roh sendiri menjadi mangsa. Keperluan roh diabaikan. Kerana Tuhan tidak disembah dan ditaati tetapi wang dan kekayaan menjadi "tuhan" didalam hidup sehingga Tuhan yang Maha Esa tidak diendahkan malah ditinggalkan. Malah dengan sombong berkata,"Dia Tuhan? Mana ada Tuhan!" Dan macam-macam lagi perkataan yang kesat, jahat dan bodoh dilepaskan begitu saja dari mulut yang bukan ciptaannya sendiri!

Saudara dan saudari, memang didalam kehidupan ini kita perlukan wang dan juga kekayaan. Tetapi janganlah kerana terlalu gilakan perkara ini, kita lupa Tuhan. Ingatlah suatu hari nanti semua wang dan kekayaan yang kita bangga-banggakan akan kita tinggalkan begitu saja. Sebab itu, janganlah lupa Tuhan kerana gara-gara mencari wang dan kekayaan duniawi. Ingat-ingatlah bah Tuhan selagi bernafas didunia ini. Nanti kalau sudah nahas alis mati ada juga harapan besar dan cerah masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Jestu itu, janganlah tergila-gilakan harta duniawi. Berimanlah kepada Tuhan sepenuh hati. Amin.