Saya percaya banyak diantara kita yang bimbang atau risau dan susah hati dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita. Bimbang tidak cukup makan, risau tentang anak-anak, susah hati kerana kekurangan wang, risau dengan keselamatan suami/isteri yang bekerja, risau dengan anak-anak di sekolah, risau dengan perbagai kekurangan, bimbang kerana bisnes tak begitu baik, bimbang pasal loan atau wang pinjaman yang perlu dibayar, bimbang pasal kereta rosak, susah hati pasal handphone habis kredit, risau pasal komputer kena virus, risau tak cukup duit beli kasut dan pakaian baru dan sebagainya. Inilah liku-liku kehidupan!
Kita risau dan bimbang perbagai hal sehingga kita merasa tertekan dan "stress" betul. Jiwa dan fikiran kita tidak tenang dan aman. Hidup kita seolah-olah penuh dengan masalah yang mengakibatkan kita bimbing dan susah hati sehingga kita rasakan tidak ada kebahagian didalam hidup kita. Jadi, tak hairanlah jika kadang-kadang kita teranjur berkata, "Hidup umpamakan didalam neraka! "
Sesungguhnya, kalau kita terlalu memikirkan apa yang kurang didalam hidup, ini boleh membuat kita bimbang dan risau. Ini terjadi terutama sekali jika kita asyik melihat keberadaan dan kejayaan orang lain. Sebab itu elakkanlah membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita janganlah terlalu melihat apa yang kurang didalam hiudp kita tetapi, lihat dan hargailah apa yang kita ada pada kita dan bersyukurlah dengan apa yang seadanya pada diri kita. Sebenarnya, Tidak ada gunanya kita membandingkan diri dengan orang lain. Kerana ini hanya membuat kita iri hati dan risau.
Cukupkanlah diri kita dengan apa yang kita ada dan dapat sesuai dengan kemampuan dan usaha kita. Yang penting kita ada keperluan asas yang diperlukan didalam hidup iaitu makanan, maka kita tidak kelaparan; pakaian maka kita tidak bogel; dan rumah maka, ada tempat berteduh diwaktu hujan dan tidak perlu berbumbungkan langit diwaktu malam. Kerana kita ada tempat tinggal.
Masih lagi bimbang dan risau? Cuba buka Alkitab dan bacalah Injil Matius bab 6, ayat 25. Firman Tuhan berbunyi: "Janganlah kuatir akan hidupmu, akan apa yang hendak kamu makan atau minum, dan janganlah kuatir pula akan tubuhmu, akan apa yang hendak kamu pakai. penting dari pada makanan dan tubuh itu lebih penting dari pada pakaian?"(Mat.6:25). Semoga Firman Tuhan ini mententeramkan hati yang berdebar-debar dan menenangkan fikiran yang runsing dan risau. Amin.